Friday, November 26, 2010

Menepuk Dulang Akhirnya Terpercik ke Muka Sendiri

"...Begitulah pengajaran yang boleh kita belajar disini. Kadang berlaku persaingan keji oleh kononnya satu pertubuhan dakwah terhadap pertubuhan dakwah yang lain, sanggup melakukan apa sahaja usaha untuk mematikan dan menghalang perkembangan pertubuhan yang lain.

Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki melihat pertubuhan lain lebih maju, berkembangan dan diberkati oleh Allah dari pertubuhnnya. Lalu ia melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabotaj kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh kumpulan lain. Ini akhlak pendokong dakwah yang mewarisi akhlak datuk mereka Qabil...."

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh

Aku terbaca artikel yang mempunyai petikan di atas dalam sebuah blog pemimpin gerakan dakwah di Malaysia. Aku tak faham apa yang dimaksudkan olehnya. Komen aku bahawa penulis blog itu kiranya bingung dengan dirinya sendiri. Tak pasal-pasal dia kata ada pertubuhan dakwah lain bersaing dengannya.

Kemudian dia tuduh pertubuhan yang bersaing dalam alam fantasinya itu cuba mematikan dan menghalang perkembangan pertubuhannya.

Dia berperasangka orang lain sanggup lakukan apa sahaja dan dengki kepadanya....

Kemudian dia tuduh lagi ada pertubuhan dakwah lain mensabotaj kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh kumpulannya.

Tak pasal-pasal pula dia kata pertubuhan lain itu mewarisi sifat Qabil.

Aduh! aku cari melalui search dalam ROS adakah pertubuhan begitu. Jawapannya macam tiada. Aku tanya gerakan Islam yang lebih lama berdakwah, dia kate tak de kerje aku nak matikan pertubuhan dakwah lain. Cari dalam surat kabor tak de. hampir semua laman web, FB dan Blog aku cari kalau ade yang buat demikian tidak aku jumpe.

Ini sakit mental namanya. Memang aku tak jumpe berita pertubuhan dakwah nak matikan ke, sabotaj ke pertubuhan dakwah lain... Sakit orang tu...

Maafkan aku... Ini fitnah terbuka dibuat oleh penulis dalam blog terbukanya itu. Ikut sedap dia. Kalau aku tak komen dia terus kurang ajar...Semua orang baca. Dia buat macam Touch and Go. Timbulkan curiga, BUKAN AKHLAQ ISLAM.

Tuduh tanpa sebut siapa, bawa kisah dalam quraan macam berdalil dan berhujjah lagaknya.. Dia tak belajar adab mendakwa, adab membukti, adab bersaksi...Kena anta dia belajar UIA, baru dia reti...Karpal Singh lagi pandai "mendakwa" walau tak pernah belajar Mesir. Betul aku cakap...Kau tak percaya ke ilmu Karpal Singh tu dalam bab undang-undang?

Lepas tu nanti dia kata: "saya tidak bermaksud..." atau "..saya tak kata..." Dia puas bila dapat simpati "tak tentu pasal"

Hormatlah sedikit perjuangan PAS yang dah memberi kesan kepada suasana politik tanah air..Hormatlah Ust Asyaari yang berjaya menukar aurat wanita Melayu, Hormatlah ABIM yang pernah bawa fikrah Hasan AlBanna dalam suasana kampus awal 70an.

Hormatlah Tabligh yang berjaya memberi suntikan solat berjemaah di masjid/surau, Hormatlah Ust Dahlan yang berjaya tarbiyyah sejumlah besar pendakwah.

Hormatlah JIM dan ikram yang berjaya menyuntik fikrah dan tarbiyyah Hasan Albanna dalam tahun-tahun 80an. Hormatlah kumpulan zikir/wirid/torekat yang menyentuh di majlis-majlis zikir. Hormatilah gerakan salaf yang sentiasa ikat kita dengan al-quraan dan sunnah. Mereka tidak saling membunuh walau berbeza pendapat

Ini baru setahun jagong dah medabik kata, kita pertubuhan dakwah nak mematikan dan menghalang dia. Ini akhlaq apa ni, sakit org tu, aku yakin...Baik minta orang kanan dia hantar ke hospital

Kena Ajar Jangan tak Ajar

Wassalam

Monday, November 15, 2010

Antara Helah dan Hujjah...

"....Walaupun tindakan mereka tersebut bercanggah dengan fiqh harakah dan amal jama’i yang mereka sendiri sering syarahkan, mereka tetap mempertahankannya.

Kadang-kadang penat kita memikirkan, bagaimana boleh jadi sedemikian? Kenapa mereka sanggup sehingga bertindak sedemikian?.."

Perkembangan mutaakhir mengenai kumpulan anak syarikat yang mengeluarkan diri mereka dari organisasi payung mengundang pelbagai tafsiran. Yang jelas, ada di kalangan manusia yang mengambil keputusan pelik شـاّ ذ berdasarkan emosi dan nafsu.

Walaupun keputusan yang dibuat tidak dapat dipertahankan melalui hujjah aqli dan naqli, bahkan bertentangan dengan Syara’, mereka tetap mempertahankannya.

Walaupun tindakan mereka tersebut bercanggah dengan fiqh harakah dan amal jama’i yang mereka sendiri sering syarahkan, mereka tetap mempertahankannya.

Kadang-kadang penat kita memikirkan, bagaimana boleh jadi sedemikian? Kenapa mereka sanggup sehingga bertindak sedemikian?

Bagaimana mereka boleh membelakangkan Syara’, mengenepikan aqal dan logik, menyisihkan fiqh haraki dan amal jama’i?

Penulis teringat kepada beberapa kaedah yang digunakan oleh syaitan untuk mengganggu anak Adam dari terus bertaubat.

Antara yang masyhur ditulis oleh ulama’ Salaf dan Khalaf ialah:

1. التـزييّن (Pengindahan) Syaitan akan membisikkan kepada kita sesuatu yang dah dikenalpasti salah, kepada satu suasana yang tidak bersalah. Dia akan mengindahkan maksiat itu supaya kelihatan tidak maksiat. Kadang-kadang hal ini dinamakan التـبـرير menzahirkan kebaikan.

Di sana terdapat banyak hujjah dan dalil mengenai kewajipan menyempurnakan tuntutan bai’ah dan janji, tetapi Syaitan akan menampakkan penyelewengan sebagai satu kebaikan, menghiasi tindakan tersebut dengan tujuan islah, menampakkan mereka sebagai kumpulan muslihun:

Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan". Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar. (QS. 2:12)

Contoh: Sebuah Hadis dari Muslim dan ada yang seumpamanya dalam Bukhari dan ibnu Majah:

....وفّوا بيعة الأوّل فالأوّل وأعطوهم حقّهم فإنّ الله سا ئلهم عمّا استرعاهم...

… Penuhilah bai’ah yang pertama sebagai yang utama dan berikan kepada mereka hak mereka. Sesungguhnya Allah akan menanyakan kepada mereka segala pertanggungjawapannya”

Bai’ah pertama yang lengkap susur galurnya menjadi utama dari bai’ah peribadi yang tidak ketahuan puncanya.

Kalau ada pemimpin yang soleh membuat kesilapan atau ada kelemahan, tugas kita ialah menegur, bukan berpecah, berpindah dan meninggalkannya serta menongkah bai’ah.

Contoh: Hadis dari Musnad Imam Ahmad

با يعه فمن بايع أميرا عن غير مشورة المسلمين فلا بيعة له للّذى

Barangsiapa membai’ah seorang amir tanpa bermesyuarat dengan kaum muslimun tiada bai’ah baginya dan tidak ada bai’ah bagi orang yang membai’ahnya itu

Hadis ini jelas menerangkan sekiranya ada amalan bai’ah, tentunya disyurakan di kalangan orang-orang Islam yang layak disyurakan, guru-guru yang ramai di luar sana, bukan mengandaikan diri sendiri layak dibai’ahkan, dan meminta orang lain berbai’ah kepadanya.

Namun, syaitan akan menyediakan 1001 alasan untuk tidak memenuhi tuntutan bai’ah ini, daripada “pimpinan yang zalim” sehingga kita yang lebih aslah”, daripada “syura tidak betul” sehingga “ sistem tarbiyah ita lebih baik” dan seumpamanya.

2. التـلبـيـس Mencampuradukkan sehingga hukum yang jelas menjadi kabur; yang haram kelihatan seperti sudah tidak haram lagi.

Contoh: Hadis dari Imam Bukhari:

مات ميتة جاهلـية من كره من أميره شيئا فليصبر فإنّ ه من خرج من السلطان شبرا

Barangsiapa yang tidak menyukai sesuatu pada amirnya (ketuanya), maka hendaklah ia sabar, kerana orang yang keluar dari sultan (pemimpin)) sejengkal, ia mati dalam keadaan jahiliyyah”

Maksud sejengkal, cuba menjauhi sedikit dari pemimpin, apatah lagi keluar dan meninggalkan jamaah dan kepimpinan itu.

Walaupun hadis sebelum itu jelas, namun syaitan akan cuba membisik kepada guru mereka, kita tidak buat dosa, kita tidak dimurkai Allah kerana kita sedang buat sesuatu yang baik. Mereka akan menta’wilkan malah mengeluarkan kaedah-kaedah yang menjauhkan dari makna asal yang cukup jelas.

Mereka akan mengatakan kita tidak meninggalkan pemimpin atau kumpulan tertentu; kita cuma keluar sekejap.

Mereka mengatakan kita bukan menyerang pemimpin tetapi menegur sahaja. Walau di belakang pelbagai fitnah dan maklumat tidak tepat yang tersebar.

Mereka melarang dari cuba memahami apa orang lain cakap, kerana mereka menganggap orang lain sebagai ahli sihir sedangkan mereka pendita seperti kisah ashabul-ukhdud.

3. الـتـسـويـف Menangguh-nangguh.

Contoh:

…padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang Yang Berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka….” (An-Nisa':83)

Sekiranya ada perkara penting yang memerlukan keputusan alangkah baik untuk dirujuk kepada Ulil Amri yang mampu mengistinbathkan atau membantu membuat keputusan. Bukan ikut ilmu sendiri dan meninggalkan guru-guru dan pihak atasan yang layak membuat keputusan.

Syaitan akan meminta si guru untuk mententeramkan pengikutnya yang bimbang dengan keputusan tidak merujuk kepada guru-guru yang lebih tinggi. Kata si guru; nanti sampai masanya kita rujuklah, buat masa ini kita jangan rujuk guru-guru yang lebih alim itu. “Akan sampai masanya” si guru mententeramkan pengikutnya yang memang sekali-sekala cuba berfikir.

4. تـهـويـن الـمـعـصـية Memandang mudah atau kecilnya maksiat

Contoh: Mencuri dan tidak amanah adalah dua perbuatan yang sangat terkutuk. Kalau seseorang diamanahkan dengan sesuatu tugas, dibayar gaji untuk membuka sebuah syarikat. dibekalkan dengan keewangan, malah seluruh tenaga penggerak syarikat itu datang dari si empunya modal. Tiba-tiba bila ditagih dia mengatakan ini syarikatnya sendiri. “Bawalah ke muka pengadilan, anda tidak boleh berbuat apa-apa kerana di dalam pendaftaran syarikat ini tertera nama saya.”

Syaitan akan mengatakan anda telah membuat seribu kebaikan, mencuri syarikat ini dosa kecil sahaja. Satu kesalahan kecil jika hendak dibanding dengan seribu kebaikan, Bagaikan debu sahaja. Lagipun anda buat kebaikan untuk syarikat itu. Malah kebaikan yang luar biasa.

Begitulah syaitan menggoda anak Adam, sehingga orang yang kagum dengan peribadi itu, terlupa cara bertaubat kepada Allah. Bukankah Allah tidak akan menerima taubat si pencuri selagi si pencuri tidak memulangkan apa yang dicurinya.

Halus sungguh syaitan menggoda anak Adam.

Adapun syaitan itu menderhaka kepada Allah semata-mata kerana sifatnya yang angkuh dan takabbur. Dia melihat dirinya lebih mulia dari Adam. Sedangkan Allah memerintahkan dia supaya tunduk kepada Adam.

Al-ayat yang bermaksud: Aku lebih mulia darinya. Kau ciptakannya dari tanah dan ....

Syaitan juga mungkin merasakan yang keingkarannya tunduk kepada Adam itu betul-betul berasas, berhujjah dan bersebab. Manakan tidak, ketika itu ilmu dan pengalamannya jauh lebih luas dan lebih lama daripada ilmu dan pengalaman Adam. Ilmunya sampai ke tahap 'hakikat' dan 'yakin' barangkali. Dia mengenal Allah, dan dia mengenal dan melihat malaikat dan syurga dan neraka dan semuanya. Keangkuhan dan takabburnya jugalah yang mengheret syaitan berikrar dan bertekad untuk menghasut seberapa ramai anak Adam menjadi hulubalang dan pengikutnya.

Begitu banyaknya ayat al-Quran yang mengulang-ulangi peringatan supaya kita berwaspada dengan godaan syaitan.

Moga, selepas membuat keputusan yang sedemikian berani, ada yang ingin berfikir semula secara berani pula.

Moga ada di kalangan mereka yang bertanya “Apakah kita wajar kita terus kekal dengan keputusan pelik شـاّ ذ yang telah dibuat?”.

Moga timbul kesedaran, selepas sekian lama menongkah arus, untuk kembali ke pangkal jalan.

والـلـه أعـلـم

Friday, November 5, 2010

Bapa syarikat dan Anak syarikat



CERPEN: Di sini ia bermula…

Sebuah syarikat besar di Malaysia, IsoMetrico (M) Berhad merupakan sebuah syarikat multinasional yang telah sekian lama wujud di Malaysia. Bisnes syarikat ini meliputi pengumpulan bahan-bahan mentah dan diproses untuk kegunaan di Malaysia dan antarabangsa. Sistem pemperosesan menggunakan templat/model yang dihasilkan dipatentkan oleh sebuah syarikat antarabangsa IsoMetrico International yang telah lama wujud dan beroperasi di berpuluh-puluh negara.

Syarikat IsoMetrico (M)  telah menubuhkan pelbagai anak syarikat di Malaysia termasuk Aman Plus Sdn Berhad, Ismatic Ori  Sdn Bhd dan Jimat Wang Sdn Bhd.  Syarikat  IsoMetrico (M) telah  melabur wang dan tenaga yang banyak dalam membangunkan syarikat-syarikat berkenaan.

Semua anak-anak syarikat ini pada mulanya sangat berdaya maju serta memenuhi kehendak IsoMetrico (M). Semua anak syarikat dikawal-selia dengan baik oleh IsoMetrico (M), memastikan semua berjalan mengikut perancangan bisness keseluruhan bagi mencapai matlamat KPI yang ditetapkan oleh IsoMetrico International. Semua anak syarikat diberikan bidang khusus (niche) masing-masing dan dengan itu operasi dan bidang tugas mereka tiada persaingan atau pertindihan dengan anak-anak syarikat yang lain, apa lagi dengan bapa syarikat mereka, IsoMetrico (M).

Sebagai syarikat milik penuh IsoMetrico (M), semua ahli Lembaga Pengarah Aman Plus Sdn Berhad, Ismatic Ori  Sdn Bhd dan Jimat Wang Sdn Bhd dilantik oleh IsoMetrico (M).  Dari semasa ke semasa, Lembaga Pengarah anak-anak syarikat ini dipanggil menemui Lembaga Pengarah IsoMetrico (M) bagi membentangkan perancangan dan prestasi masing-masing.

Ada kalanya, berdasarkan keperluan operasi, ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat di tukar ganti, dan dipindahkan dari satu anak syarikat ke anak syarikat yang lain. Ini tidak menimbulkan sebarang masalah kerana semua ahli Lembaga Pengarah  berkenaan tahu, mereka adalah pekerja yang hanya menjalankan amanah syarikat bapa  dan mereka sentiasa taat dan sedia berkhidmat untuk IsoMetrico (M), bukan untuk kepentingan peribadi.

Masa berlalu…

Tanpa disedari oleh pihak IsoMetrico (M), beberapa orang di kalangan pengurus dan ahli lembaga pengarahnya telah secara diam-diam menubuhkan sebuah syarikat lain dengan nama Qutlah Sdn. Bhd. Secara diam-diam juga, Qutlah telah berusaha membuat bisness yang hampir sama dengan IsoMetrico (M).

Dan untuk mendapatkan platform yang lebih baik, mereka telah berkonspirasi bagi mengambil-alih secara senyap-senyap pengurusan dan Lembaga Pengarah Syarikat Ismatic Ori  Sdn Bhd. Di samping itu, mereka telah menyingkirkan beberapa ahli Lembaga Pengarah Ismatic Ori Sdn Bhd yang masih setia menjalankan bisnes asal yang ditetapkan Isometrico (M). Hasilnya, Ismatic Ori  Sdn Bhd akhirnya menjadi anak syarikat dan kuda tunggangan bagi Syarikat Qutlah Sdn. Berhad.

Selang beberapa lama syarikat Qutlah kini menjelmakan diri mereka di dalam Ismatic Ori.  Bukan itu, sahaja Qutlah telah mengarahkan agar nama Ismatic Ori  Sdn Bhd ditukar menjadi Ismatic Fake  Sdn Bhd dan menukar bidang kerja dan business Ismatic Fake tanpa merujuk kepada Isometrico (M).

Ismatic Fake mula menyebarkan dakwaan bahawa bapanya, IsoMetrico (M) tidak begitu pandai mengurus bisness di Malaysia.  Ismatic Fake  mengembangkan operasi sehingga bersaing dan bertindih bukan sahaja dengan rakannya Jimat Wang, tetapi juga IsoMetrico (M) sendiri. Seolah-olah Ismatic Fake  pula mahu melawan tawkey!

Pihak Lembaga Pengarah IsoMetrico (M) telah membuat beberapa tindakan bagi memperbetulkan keadaan, memberi nasihat, membuat domestic enquiry dan cuba membawa Ismatic Fake   kepada fungsi dan peranan yang sepatutnya di mainkan. Namun semua itu tidak diendahkan.

Untuk menjaga keutuhan Syarikat dan tidak mahu menunjukkan perpecahan, IsoMetrico (M) terpaksa bertolak-ansur dan kadangkala membiarkan Ismatic Fake   beroperasi sedemikian, walaupun menyalahi peraturan.


Perkara yang sama dilakukan oleh syarikat Qutlah terhadap Amal Plus Sdn Bhd. Aman Plus ditubuhkan oleh Isometrico (M) untuk melakukan tugas-tugas khas memasarkan produk khas syarikat Isometrico .  Malangnya, setelah syarikat Qutlah menguasai Aman Plus, mereka lantas mencantas kepentingan dan hubungan dengan Isometrico (M) dan menjadikan seolah-olah syarikat itu milik peribadi mereka.

Untuk melaporkan operasi di peringkat IsoMetrico International, kadangkala IsoMetrico (M) menghantar beberapa orang wakil yang ada kalanya terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat yang tanpa disedari telah menubuhkan Qutlah Sdn Bhd . Malangnya, wakil-wakil menggunakan kesempatan ini untuk memburuk-burukkan bapa syarikat IsoMetrico (M)  di peringkat antarabangsa. Walaupun mereka dilantik oleh Lembaga Pengarah dan dibayar gaji oleh Isometrico (M) , mereka sanggup menyebar fitnah bahwa IsoMetrico (M) tidak melaksanakan bidang tugas yang diperuntukkan kepadanya seperti diperuntukkan oleh IsoMetrico International. Mereka menggunakan kesempatan perjalanan ke luar negara atas biayaan IsoMetrico (M) untuk melobi agar IsoMetrico International menamatkan kontraknya dengan IsoMetrico (M) dan menggantikannya dengan Isma Fake sdn bhd  sebagai wakil sah di Malaysia. Di samping itu mereka mengambil peluang untuk membuka cawangan-cawangan Isma Fake Sdn. Bhd di beberapa negara asing.

Masa terus berlalu…

Oleh kerana bisnessnya semakin membesar, Isma Fake  menjadi semakin besar kepala. Pada satu ketika, ia mula membuat dakwaan di kalangan pelanggan-pelanggan baru bahawa IsoMetrico (M) telah ditamatkan perkhidmatannya oleh IsoMetrico International. Diceritakan juga bahawa kononnya Isma Fake  kini telah mengambil alih peranan IsoMetrico (M) dan diiktiraf sebagai wakil rasmi IsoMetrico International di Malaysia. Ia mula melaksanakan hal-hal yang sebelum ini dibuat oleh IsoMetrico (M), termasuk membuat kontrak-kontrak khas dengan pelanggan-pelanggan atas nama IsoMetrico International. Mereka juga melaksanakan program kesetiaan (loyalty program) sendiri berbentuk kad keahlian, dan bersaing dengan IsoMetrico (M) dalam setiap bidang perniagaan.


Setelah membuat semakan kepada IsoMetrico International, semakin jelas bahawa Isma Fake sebenarnya membohongi pelanggan-pelanggan mereka. Pihak Lembaga Pengarah IsoMetrico International tidak pernah berbincang, apa lagi berhasrat untuk melantik Isma Fake  sebagai wakil di Malaysia kerana itu bertentangan dengan prinsip operasi IsoMetrico yang dilaksanakan di semua negara. IsoMetrico International yang mula risau dengan perkembangan yang tidak sihat itu telah menegur pimpinan Isma Fake.

Beberapa nasihat dan surat diutus oleh Lembaga Pengarah IsoMetrico International kepada ahli Lembaga Pengarah Isma Fake untuk menghentikan tindakan di luar disiplin dan memudaratkan keutuhan Syarikat payung IsoMetrico (M) yang telah sekian lama wujud, dilesenkan oleh IsoMetrico International dan mempunyai sistem pengurusan yang sistematik dan mantap.

Akhirnya, pihak IsoMetrico International menghantar wakil-wakil rasminya bagi menyelesaikan kemelut tersebut melalui domestic enquiry. Pihak ahli Lembaga Pengarah Isma Fake telah dipanggil untuk memberi penjelasan terhadap aktiviti di luar sistem yang dilaksanakan mereka. Akhirnya semua yang hadir menandatangani satu surat yang antara lain menyebutkan persetujuan akujanji untuk setia bersama IsoMetrico (M) dan Lembaga Pengarahnya serta menyokong semua peraturan dan strategi perniagaan yang ditetapkan.

Namun, dakwat tandatangan belum kering, kumpulan Lembaga Pengarah Isma Fake telah bertindak melanggar akujanji mereka sendiri. Semua butiran-butiran akujanji dibakul-sampahkan.

Natijahnya, pihak IsoMetrico International memberi mandat kepada pengurusan IsoMetrico (M) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung kedegilan Isma Fake yang masih dibuai dengan harapan mereka menjadi wakil rasmi IsoMetrico . Namun, harapan mereka semakin berkecai.

Pihak Lembaga Pengarah IsoMetrico (M) memberi kata-dua kepada pihak Isma Fake; terus menjadi anak syarikat IsoMetrico yang berdisiplin, kembali berganding tangan dan mengikut perancangan keseluruhan IsoMetrico (M) atau bersedia untuk ditamatkan pertalian dengan IsoMetrico (M) dan seterusnya IsoMetrico International.

Isma Fake  memilih untuk memutuskan hubungan dengan IsoMetrico (M), tetapi  oleh kerana khuatir akan kehilangan pengaruh dan pelanggan serta keinginan untuk menjadi juara, pihak Isma Fake mengambil keputusan untuk terus menjalankan aktiviti haram mereka atas nama IsoMetrico International, walaupun tidak direstui oleh Syarikat mega antarabangsa tersebut.

Hasilnya, IsoMetrico (M) membuat pengisytiharan kepada umum bahawa syarikat Isma Fake Sdn Berhad dan Aman Plus yang dirampas secara haram oleh Qutlah Sdn Bhd kini dianggap sebagai bukan lagi anak syarikat yang sah IsoMetrico. IsoMetrico (M) juga mengeluarkan semua saham daripada Isma Fake dan Aman Plus  mengarahkan semua anak-anak syarikat lain IsoMetrico (M)  agar tidak lagi membuat sebarang urusan bisness dengan Isma Fake dan Aman Plus. Berdasarkan mandat dari IsoMetrico International, semua anak syarikat IsoMetrico di negara-negara lain juga sedang diarahkan untuk tidak lagi memberi kerjasama dengan aktiviti bisness Isma Fake Sdn Berhad atau Amal Plus Sdn Bhd di negara masing-masing.

Setelah dikenakan tindakan sedemikian, Isma fake dan Aman Plus membawa cerita kepada pelanggan-pelanggan dan rakan-rakannya bahawa ia dizalimi. Kononnya  IsoMetrico (M) telah bertindak seperti diktator, padahal tindakan yang terakhir ini terhasil setelah bertahun-tahun Qutlah Sdn bhd  menjalankan bisness haram di luar pengawasan dan pemantauan Isometrico (M). Ia dibuat setelah dinilai dan dinasihatkan dengan teliti oleh IsoMetrico International.

Apabila pembohongan mereka semakin terserlah dan ruang lingkup pergerakan haramnya mula menjadi semakin sempit, Isma Fake mula membuat storyline baru yang lain iaitu menyalahkan Lembaga Pengarah IsoMetrico (M) yang kononnya melobi IsoMetrico International agar tidak mengiktiraf Isma Fake.

Sayangnya, Lembaga Pengarah Isma Fake  lupa bahawa untuk mengatakan Ahli Lembaga Pengarah IsoMetrico International boleh di’tipu’ kononnya oleh lobi Lembaga Pengarah IsoMetrico (M) adalah satu penghinaan kepada kewibawaan dan maruah IsoMetrico International. Adakah masuk logika akal pemimpin-pemimpin besar dan berpengalaman di dalam IsoMetrico International boleh termakan oleh kononnya ‘cerita-ceriti’ yang dibawa oleh pimpinan IsoMetrico (M)?

Mereka juga lupa bahawa pihak IsoMetrico International telah mempunyai pengalaman yang banyak menangani pelbagai kerenah anak-anak syarikat yang tidak berdisiplin di banyak negara lain. Mereka tahu siapa yang sebenarnya pembawa cerita dan siapa yang membawa fakta. Bak kata perpatah, bagi pengurusan IsoMetrico International yang sangat arif dengan sepak terajang politik perpecahan, ‘Sekilas ikan di air, mereka sudah tahu jantan betinanya’.

Apabila storyline ini juga semakin tidak diyakini oleh pelanggan-pelanggannya, kisah terbaru pula dikeluarkan oleh Lembaga Pengarah Isma Fake  iaitu “sebenarnya syarikat Isma Fake tidak perlu mempunyai hubungan dengan IsoMetrico International. Walaupun mereka masih memasarkan produk dan perkhidmatan yang serupa dengan apa yang dibuat oleh IsoMetrico International dan IsoMetrico, mereka tidak perlu mendapat lesen dari IsoMetrico International untuk memasarkan produk tersebut, kerana produk yang baik itu milik semua orang.”

Untuk menyedapkan hati pelanggan setia mereka,  mereka berkata  bahawa Isma Fake tidak pernah dimiliki oleh sesiapa.  Mereka juga tidak segan silu mendakwa bahawa Aman Plus ditubuhkan oleh mereka sebagai individu. Tanpa segan silu mereka berbohong dengan memadamkan peranan dan penglibatan Isometrico (M) dan  pelaburannya yang banyak di dalam dua buah syarikat tersebut. Mereka tidak sedar pembohongan tersebut dicatat oleh Allah dan dilihat oleh pelanggan-pelanggannya.

Pelanggan-pelanggan Isma Fake yang bijak dan matang kini mula dapat menilai setiap perkembangan yang berlaku dan mula berhijrah  kembali melanggan produk-produk Ikrar Setia Bhd.

Baru-baru ini IsoMetrico (M) yang kini telah berkembang menjadi Syarikat Berhad  dengan menubuhkan puluhan anak syarikat baru dan menukar namanya kepada Ikrar Setia Bhd.

Helah terkini Isma Fake ialah, Isma Fake tak ada kena mengena dengan Ikrar Setia Bhd, seolah-olah ingin memadamkan sejarah hitamnya.   Tidak kah mereka sedar bahawa hutang tidak terhapus sekadar kerana syarikat sudah bertukar nama.

Sama-samalah kita saksikan…entah apa lagi helah dan storyline yang bakal muncul…


http://fikrah-dakwah.blogspot.com