Tuesday, December 21, 2010

Adakah mereka faham dan beramal dengan inti Fikrah IM?

Shidqul Intima (Menjadi Anggota Jamaah Yang Sebenarnya)

Berikut disiarkan petikan beberapa perenggan menarik dan relevan dari artikel Shidqul Intima (Menjadi Anggota Jamaah Yang Sebenarnya) .

Artikel asal Bahasa Arab di http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=31856&SecID=323

Terjemahan penuh Bahasa Indonesia di http://www.al-ikhwan.net/shidqul-intima-menjadi-anggota-jamaah-yang-sebenarnya-1284/

1. Beza Jamaah Dengan Perkumpulan (Tajammu’)

Tajammu’ :

  • Berdiri dan bubar berdasarkan pendapat, kesenangan dan keinginan personal,
  • Tidak ada nizham yang mengikatnya,
  • Tidak ada pula kaidah-kaidah yang mengatur pergerakannya.
  • Setiap orang memiliki pendapat dan kepribadiannya secara mandiri.

Sedangkan jama’ah memiliki:

  • Sistem dan manhaj hayah,
  • Perancangan strategi, sasaran taktik,
  • Nizham idari, struktur organisasi, dan jalur perintah (line of command),
  • Perlembagaan (Laihah), dan perturan (qanun),
  • Program dan instrumen kerja

2. Syahwat ataukah Syubhat?

Beliau (Imam Al-Banna ) pun meminta Ikhwan untuk memperhatikan bahaya urusan ini dan akibatnya yang sangat fatal. Beliau juga menekankan pentingnya melakukan pengawasan terhadap barisan serta membersihkannya dari orang-orang lemah.

Beliau berkata: “Jika ada di tengah-tengah kamu orang yang sakit hatinya, cacat tujuannya, tersembunyi keinginannya, dan cacat masa lalunya, maka keluarkanlah mereka dari dalam barisan kalian, sebab orang seperti ini menjadi penghalang rahmat dan penutup taufiq Allah SWT”.

3. Emosi ataukah Akal

“Kekanglah lompatan-lompatan emosi dengan akal, dan terangi cahaya akal dengan bara emosi, kekang khayalan yang ada dengan kebenaran hakikat dan realiti, ungkap berbagai hakikat dalam sorotan khayalan yang memukau dan berkilau, dan janganlah seluruh kecenderungan diikuti, sebab ia akan menjadikannya seperti tergantung (tidak membumi dan tidak pula melangit)”.

Ini adalah kata-kata abadi yang diarahkan oleh Imam Al-Banna rahimahullah kepada para ikhwan. Taujih (arahan) ini dimaksudkan untuk:

  • Mendisiplinkan barisan muslim agar tidak terjadi inhiraf dalam pemahaman, pemikiran ataupun perilaku.
  • Merealisasikan fokus tawazun dan i’tidal (moderasi) dalam manhajiyyatut-tafkir al-ikhwani (metodologi berfikir Ikhwan).
  • Menjaga barisan agar tidak dipermainkan oleh berbagai emosi yang meluap nan membara atau akal pikiran yang berfikir dengan gaya para ahli falsafah.

Jadi, jangan ada dominasi akal atas emosi dan jangan ada permainan perasaan yang mendominasi pemikiran. Taujih ini adalah pandangan yang objektif, seimbang, moderat, dan bimbingan dari seorang panglima yang mengasaskan dakwah ini, semoga Allah SWT merahmatinya.

4. Hawa Nafsu ataukah Prinsip?

Imam Al-Banna menulis Ushul ‘Isyrin ini:

  1. Dalam rangka kesatuan pemikiran, gerakan dan manhaj tarbawi bagi Jama’ah di tengan berbagai badai,
  2. Agar tidak muncul berbagai madrasah pemikiran atau “jama’ah-jama’ah” yang menyusup ke tengah-tengah Jamaah,
  3. Untuk tidak memberi toleransi terhadap adanya pemikiran yang menyusup atau gagasan yang menengtang Jamaah –disebabkan adanya emosi yang meluap yang bermaksud menyusupbarisan,
  4. Untuk menjaga jama’ah agar tetap berada di atas garis tarbawi dan da’awi yang asal, menepis berbagai kotoran dan upaya-upaya penumpangan terhadapnya,
  5. Dan pada akhirnya agar menjadi rujukan saat terjadi ikhtilaf (perbedaan) atau saat munculnya satu bentuk inhiraf, sebab Ushul ‘Isyrin dapat membantu penyelamatan amal, dan implementasi yang baik yang akan menjaga Jama’ah dan anggotanya dari berbagai penyelewengan.

5. Orang-Orang yang Muncul di Permukaan ataukah Tersembunyi

Kepada Ikhwan yang seperti itulah yang mulia Mursyid ‘Am Syeikh Mahdi ‘Akif mengarahkan taujih-nya dalam risalahnya yang mutaakhir “Dan bagi mereka yang melihat bahwa dalam menjalani jalan dakwah ini terdapat peluang populariti umum dan gemerlapnya para bintang, sungguh ia telah benar-benar merugi, sebab, para pelaku dakwah tidak melihat adanya balasan selain pahala Allah SWT jika mereka ikhlas, dan syurga jika Allah SWT mengetahui bahwa dalam dirinya terdapat kebaikan, dan mereka itu beginilah adanya, orang-orang yang tersembunyi dari sisi tampilan umum, dan miskin dari sisi material, keadaan mereka adalah men-tadh-hiyah-kan apa yang mereka miliki, dan memberikan apa yang ada di tangan mereka, harapan mereka adalah ridha Allah, dan Dia-lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”.

6. Tsawabit ataukah Mutaghayyirat?

Ia merupakan tsawabit al-’amal dalam dakwah kita. Darinya menjadi jelas sebagian dari kaedah-kaedah tanzhimi kita:

  • Siapa menyalahkan siapa?
  • Siapa meng-audit siapa?
  • Adakah anggota (person) berhak menyalahkan Jamaah? Ataukah sebaliknya?!

Perbezaan antara nasihat, tidak mendiamkan kesalahan dan kritik membina yang diletakkan pada tempatnya yang benar di satu sisi dan antara memaksakan pendapat. Di manakah nasihat? Bilakah diberikan? Dan apakah ia bersifat mulzimah (mengikat)?

7. Membela ataukah Menjaga

Shidqul intima’ wal wala’ (keanggotaan dan kesetiaan yang benar) terhadap dakwah yang diberkati ini, yang ada di dalam jiwa seorang akh yang shadiq, diukur berdasarkan tingkat pelaksanaannya terhadap tugas yang diminta darinya untuk dakwahnya, dalam berbagai keadaan, dalam zhuruf apapun.

Hendaklah kita menjaga faktor-faktor kekuatan di dalam Jama’ah, yang wujud dalam:

  • Kesatuan pemikiran, keanggotaan dan tanzhimi
  • Keterikatan barisan yang tegak di atas ukhuwwah,
  • Pelaksanaan hak-hak ukhuwwah secara sempurna yang berupa: cinta, penghargaan, bantuan dan itsar
  • Menghadiri berbagai pertemuan jama’ah dan jangan tidak hadir kecuali karena adanya alasan yang “memaksa”.
  • Selalu mendahulukan ber-mu’amalah dengan ikhwah
  • Menerima pendapat dalaman yang berbeza
  • Saling memberi nasihat, tidak mendiamkan kesalahan dan berterus terang dalam memberikan mauizhah, akan tetapi pada tempatnya yang wajar.
  • Bekerja untuk menyebarluaskan dakwah kita di semua tempat.
  • Memberitahukan kepada qiyadah tentang berbagai situasi dan keadaan kita secara sempurna.
  • Tidak melakukan suatu pekerjaan yang memiliki pengaruh secara mendasar kecuali dengan izin
  • Selalu berhubung secara ruhi dan amali dengan dakwah
  • Selalu memandang diri sendiri sebagai perajurit di berek yang menunggu segala perintah
  • Melepaskan diri dengan berbagai hubungan dengan institusi atau jama’ah apapun yang tidak membawa maslahat bagi fikrah kita, khususnya jika hal ini diperintahkan

Wednesday, December 15, 2010

DI MANA USUL ISYRIN MEMBENARKAN KETIDAK-TAATAN KEPADA JAMAAH??

....Mereka kata mereka hafal dan hadham Usul Isyrin


Peristiwa yang berlaku kepada kita semua baru-baru ini memang memeritkan kita. Tiada siapa ingin melihat jamaah dan orangnya pecah dan tenaga dihabiskan dengan perbincangan perkara-perkara begini. Kita mahu dakwah maju ke depan, tarbiyyah berjalan mengukuhkan saf yang telah dibina bersama dari orang yang telah di tajmik oleh wadah-wadah jamaah kita.

Tetapi sunnatullah dalam dakwah telah berlaku pada kita. Pembersihan saf mesti berlaku. Akan ada orang yang akan merasakan bahawa mereka lebih betul dari orang lain. Tetapi hal ini adalah perkara biasa selagi mana masing-masing masih berpegang kepada tsawabit (prinsip tetap) yang telah digariskan oleh pengasas jamaah.


Di sinilah kehebatan Ikhwan.


Garisan prinsip tetap ini telah memelihara jamaah dari awal dulu lagi. Prinsip perlunya ketaatan kepada pemimpin sah yang telah dipilih telah menjadi pemelihara kepada jamaah dalam melalui pelbagai badai fitnah dalaman yang akhirnya akan menguji siapakah yang mampu bertahan mengikut prinsip jamaah dan sanggup meleburkan pendapat peribadi.

Ramai orang mengaku pendokong Ikhwan tetapi sebenarnya mereka telah lama keluar dari garisan amal, fikrah, akhlak dan tsawabit Ikhwan.

Sebahagian orang mendakwa mereka masih mengikut manhaj Ikhwan yang diasaskan oleh Imam AlBanna.

Mereka mendakwa tetap ikhwan walaupun telah dikeluarkan dari sistem tandzim Ikhwan.

Mereka belum menyedari bahwa sebenarnya mereka dikeluarkan dari sistem Ikhwan kerana mereka tidak lagi berpegang kepada tsawabit Ikhwan yang jelas seperti mentaati keputusan syura dan pimpinan yang sah.

Di antara asas Ikhwan ialah Usul Isyrin, yang menjadi tonggak rukun pertama daripada rukun-rukun baiah. Kefahaman dan pegangan yang kukuh dengan 20 prinsip itu membezakan di antara pendokong Ikhwan sebenar dengan orang yang berpura-pura mendokong ikhwan, walaupun mereka menghafal setiap mukasurat daripada kitab-kitab Ikhwan.

Timbul persoalan, adakah mereka membaca Usul Isyrin, memahaminya, menghayatinya dan berpegang dengannya?

Mari kitab lihat Usul yang kelima.

USUL KELIMA:

“Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau telah dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat. Taabud (pengabdian) adalah menjadi asas kepada ibadat dengan tidak melihat kepada rahsia, hikmat dan tujuan ibadat tersebut.”

Apa huraian yang tertera di dalam kitab-kitab Ikhwan mengenai Usul ini?

Berikut kita nukilkan beberapa petikan yang relevan:

1. Syarah Usul Isyrin

“Pendapat imam dalam perkara-perkara ijtihadiah, iaitu perkara-perkara yang tidak disebutkan dalam nas Al-Quran atau hadith, atau ada nas yang menyentuh perkara tersebut tetapi boleh ditafsirkan dengan beberapa pengertian dan demikian juga pendapat imam dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan masalehulmursalah (maslahat umum) adalah diterima dan berkuatkuasa, kecuali pendapat-pendapat beliau itu bertentangan dengan kaedah-kaedah syariat atau bertentangan dengan asas-asas yang telah dipersetujui oleh ulamak Islam, atau bertentangan dengan nas Al-Quran atau hadith yang jelas, kerana kaedah dalam Islam telah mengatakan: “Ijtihad tidak boleh dilakukan dalam masalah yang bertentangan dengan nas”.

Anggota jamaah haruslah mematuhi dan mentaati keputusan yang dibuat oleh ketua mereka melalui ijtihadnya, kerana ijtihadnya adalah sah di segi syariat. Tetapi andainya ijtihad ketua keluar dari landasan yang telah diharuskan dan bertentangan dengan nas syariat, anggota jamaah tidaklah wajib mematuhi dan mentaati ketua mereka dalam ijtihadnya, kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Khalik.”

2. Nadhorat Fi Risatuttalim

“ Dalam usul ini, Imam Assyahid menerangkan beberapa siasah syari’yah, perkara yang harus atau tidak bagi imam dan naibnya. Beliau meletakkan batas-batas syarak untuk itu. Apabila batas-batas tersebut tidak dijaga, ia akan menatijahkan tidak terlaksananya hukum hudud, hak-hak pula akan menjadi sia-sia di samping membuka pintu-pintu kejahatan dan kerosakan.

Di antara hak-hak penting di dalam usul ini ialah beramal dengan pandangan ijtihad imam dan naibnya dalam ruang-lingkup yang tertentu dengan syarat-syarat yang akan kita sebutkan nanti.

Kepentingan beramal dengan pandangan imam dan naibnya terserlah dalam menyelesaikan pertelingkahan, memutuskan urusan-urusan serta menjaga jamaah daripada berpecah dan tenaga tidak berpadu”.

3. Annahjul Mubin Lisyarhi Al-Usul Ishrin

“ Pensyarah Kitab Akidah Thahawiyah mengatakan: “ Nash-nash al-Quran, Sunah dan ijmak menunjukkan bahawa pemimpin negara, imam salat, hakim, panglima perang dan amil zakat harus ditati dalam masalah-masalah ijtihadiah, bukan ia yang mengikuti pengikutnya dalam masalah-masalah ijtihdiah. Merekalah yang wajib mentaati pemimpin dan meninggalkan pandangan pribadi mereka sendiri. Hal itu kerana kemaslahatan persatuan dan kesatuan, serta bahaya perpecahan dan polemik lebih besar dibanding dengan maslaah-maslah ijtihadiah yang parsial ini.”

Monday, December 13, 2010

Adakah mereka faham inti maksud rukun Baiah Ats-TSIQAH?

.. walaupun mereka menghafalnya..!!

Min Kutubil Ikhwan

18/6/2009 | 24 Jumada al-Thanni 1430 H | 1,726 views

Oleh: Muhamad Abdul Halim Hamid

Artikel asal: http://www.al-ikhwan.net/perspektif-ats-tsiqah-yang-diinginkan-atas-setiap-ikhwah-2782



Imam Syahid berkata: “Yang saya maksud dengan tsiqah adalah rasa puasnya seorang prajurit atas komandannya dalam hal kemampuan dan keikhlasan; dengan kepuasan mendalam yang dapat menumbuhkan rasa cinta, penghargaan, penghormatan dan ketaatan”. Allah SWT berfirman:

“Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (An Nisa:65)

Pemimpin adalah sebahagian dari dakwah. Tiada dakwah tanpa kepemimpinan. Sikap saling mempercayai antara pemimpin dan yang dipimpin, menjadi kayu ukur yang menentukan kekuatan sistem jamaah, kemantapan gerak langkah, kejayaan mencapai tujuan serta kemampuan mengatasi pelbagai rintangan yang menghalang..

“Maka lebih utama bagi mereka ketaatan dan perkataan yang baik” (Muhammad: 21).

Kepemimpinan –dalam dakwah Ikhwan—memiliki hak sebagaimana hak orang tua dalam hubungan batin; hak seorang guru dalam penyampaian ilmu; hak seorang syeikh dalam pendidikan rohani; dan hak pemimpin dalam menentukan percaturan politik secara umum bagi dakwah. Dakwah kita menghimpunkan nilai-nilai tersebut secara keseluruhan.

Musuh-musuh Islam menyedari bahawa Islam adalah musuh terbesar. Sejarah masa silam dan realiti masa kini telah membuktikan kepada mereka bahawa apabila umat kita telah menemui jalan kebenaran menuju Islam, maka kekuasaan musuh akan terancam runtuh dan lenyap. Pihak musuh tidak takut kepada Islam yang “lunak” yang tidak memiliki kekuatan, tetapi mereka takut kepada Islam dalam bentuk gerakan jihad yang menggabungkan seluruh kekuatan kaum muslimin dan menyatukan barisan mereka untuk menghadapi musuh.

Wahai Ikhwan, oleh kerana dakwah kita bertunjangkan kepada kekuatan aqidah dan pergerakannya secara besar-besaran adalah untuk melawan musuh-musuh Islam dan menggagalkan perancangan mereka, maka sudah tentulah amat wajar jikalau pihak musuh sentiasa berusaha mengerahkan segala senjata dan kemampuan untuk menghadapi dakwah kita. Bahkan setiap inci ruang dan peluang akan mereka manfaatkan untuk memerangi dan menghancur leburkan dakwah kita.

Tektik paling merbahaya dan licik yang digunakan oleh pihak musuh ialah dengan menimbulkan ‘perpecahan dalaman’ di dalam dakwah, sehingga memungkinkan mereka memenangi pertarungan kerana kekuatan dakwah kita akan menjadi lemah akibat perpecahan yang berlaku. Unsur yang paling efektif bagi menimbulkan perpecahan dalaman dalam dakwah adalah hilangnya tsiqah (kepercayaan) antara ahli dan pihak pimpinan. Kerana apabila ahli telah tidak memiliki kepercayaan kepada pimpinannya, bermakna ketaatan akan tercabut dari dalam jiwa mereka. Bila ketaatan telah hilang, maka tidak mungkin akan wujud kepemimpinan dan kesannya tidak mungkin jamaah akan dapat wujud.

Oleh karena itulah, Imam Syahid menekankan rukun tsiqah dalam “risalah ta’lim” dan menjadikannya sebagai salah satu rukun baiah. Ia menjelaskan perlunya rukun ini dalam menjaga keutuhan dan kesatuan jamaah. Ia mengatakan: “…Tiada dakwah tanpa kepemimpinan. Sikap saling mempercayai antara pemimpin dan yang dipimpin, menjadi penentu kekuatan sistem jamaah, kemantapan gerak langkah, kejayaan mencapai tujuan serta kemampuan mengatasi pelbagai rintangan yang menghalang..

“Maka lebih utama bagi mereka ketaatan dan perkataan yang baik” (Muhammad: 21).

…”Dan tsiqah terhadap pemimpin merupakan segala-galanya bagi kejayaan dakwah”

Bukanlah menjadi syarat bahawa pemimpin yang berhak mendapat tsiqah ahli adalah pemimpin yang memiliki segala kemampuan sebagai seorang yang paling kuat, paling bertaqwa, paling memahami dan paling fasih dalam berbicara. Syarat seperti ini hampir sukar diperolehi, bahkan hampir tidak dapat dipenuhi setelah wafatnya Rasulullah SAW.

Cukuplah seorang pemimpin itu, merupakan seorang yang dianggap mampu oleh saudara-saudaranya untuk memikul amanah (kepemimpinan) yang berat ini. Kemudian apabila ada seorang ikhwah (saudara) yang merasakan bahawa dirinya atau mengetahui orang lain memiliki kemampuan dan bakat yang tidak dimiliki oleh pemimpinnya, maka hendaknya ia mendermakan kemampuan dan bakat tersebut untuk digunakan oleh pemimpin, agar dapat membantu tugas-tugas kepemimpinan. Bukan menjadi pesaing bagi pimpinan dan jamaahnya.

Saudaraku, mungkin engkau masih ingat dialog yang terjadi antara Abu Bakar ra. Dan Umar ra. Sepeninggal Rasulullah saw. Umar ra. Berkata: “Hulurkanlah tanganmu! Aku akan membaiahmu” Abu Bakar berkata: “Akulah yang membaiahmu” Umar berkata: “kamu lebih utama daripada aku” Abu Bakar berkata: “kamu lebih kuat daripada aku” Setelah itu, Umar berkata: “kekuatanku kupersembahkan untukmu karena keutamaanmu” Dan Umar ra. benar-benar menjadikan kekuatannya sebagai pendukung Abu Bakar ra.

Ketika seorang bertanya kepada Imam Syahid, “bagaimana bila suatu keadaan menghalangi kebersamaanmu dengan kami? Menurutmu siapakah orang yang akan kami lantik sebagai pemimpin kami?” Imam Syahid menjawab: “Wahai Ikhwan, lantiklah menjadi pemimpin orang yang paling lemah di antara kalian. Kemudian dengarlah dan taatilah ia. Dengan (bantuan) kalian, ia akan menjadi orang yang paling kuat di antara kalian”

Wahai Ikhwan, mungkin kalian masih ingat perselisihan yang terjadi antara Abu Bakar dan Umar dalam menghadapi orang-orang yang tidak mau mengeluarkan zakat. Sebahagian besar sahabat berpendapat seperti pendapat Umar, iaitu tidak memerangi mereka. Namun demikian, ketika Umar mengetahui bahwa Abu Bakar bertegas untuk memerangi mereka, maka ia mengucapkan kata-katanya yang terkenal, yang menggambarkan ketsiqahan yang sempurna, “Demi Allah, tidak ada hal lain yang aku fahami kecuali Allah telah melapangkan dada Abu Bakar untuk memerangi (mereka). Karena itu, aku tahu bahwa dialah yang benar”

Andai Umar ra. tidak memiliki ketsiqahan dan ketaatan yang sempurna, maka jiwanya dengan mudah akan dapat memperdayakannya. Memperdaya bahwa dialah yang benar, apalagi setelah dia mendengar Rasulullah saw bersabda, “Allah swt. telah menjadikan al-haq (kebenaran) pada lisan dan hati Umar”

Alangkah perlunya kita mencontohi sikap seperti Umar ra., di saat terjadi perbezaan pendapat di antara kita, terutama dalam keadaan di mana kita tidak pernah mendengar Rasulullah saw. memberikan pengesahan kepada salah seorang di antara kita, bahwa kebenaran itu pada lisan dan hatinya.

Menyedari betapa pentingnya ketsiqahan terhadap fikrah dan ketetapan pimpinan, maka musuh-musuh Islam berusaha sekuat tenaga untuk menimbulkan keraguan-keraguan pada Islam, jamaah, manhaj jamaah dan pimpinannya. Dan, betapa banyak serangan yang dilancarkan untuk misi tersebut.

Oleh karena itu, seorang aktivis jangan sampai terpengaruh oleh serangan-serangan tersebut. Ia harus yakin bahwa agamanya adalah agama yang hak, yang diterima Allah swt. Ia harus yakin bahwa Islam adalah manhaj yang sempurna bagi seluruh urusan dalam kehidupan dunia maupun akhirat. Ia harus tetap tsiqah bahwa jamaahnya berada di jalan yang benar dan selalu merujuk kepada Al-Qur’an dan Sunnah dalam setiap langkah dan tindakannya. Ia harus tetap tsiqah bahwa pimpinannya selalu bercermin pada langkah Rasulullah saw. serta para sahabatnya dan selalu tunduk pada syariat Allah dalam menangani persoalan yang muncul ketika melakukan aktiviti serta selalu mengutamakan kemaslahatan dakwah.

Apabila seorang aktivis mendengar sesuatu atau ragu-ragu tentang sesuatu, maka jangan dibiarkan ia berlarutan. Tetapi sebaiknya segeralah tabayun (re-check) terhadap hakikat yang sebenarnya, sehingga dadanya tetap bersih dari buruk sangka dan ketsiqahannya tetap terjaga. Dengan itu ia telah memenuhi seruan Allah swt. terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (Al-Hujarat:6)

Allah swt. menegur segolongan orang yang melakukan kesalahan dalam firman-Nya:

“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau pun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu)”. (An Nisa:83)

Kami ingin mengingatkan bahwa adakalanya sebahagian surat kabar atau media massa lainnya mengutip pembicaraan atau pendapat yang dilakukan oleh pimpinan jamaah, dengan tujuan untuk menimbulkan keragu-raguan, menggoncangkan kepercayaan, dan menciptakan ketidakstabilan di dalam susuk tubuh jamaah.

Oleh itu, seorang aktivis muslim tidak sewajarnya menyimpulkan suatu hukum berdasarkan apa yang dibaca di dalam media massa. Malah tidak boleh melunturkan tsiqah-nya dan tidak boleh menyebarkan atas dasar kebenaran. Sebaliknya ia harus melakukan tabayyun (re-check) terlebih dahulu.

Mengenai rukun tsiqah ini, Imam Syahid berkata: “Sesungguhnya, tsiqah kepada pimpinan merupakan segala-galanya bagi kejayaan dakwah. Oleh itu, aktivis yang tulus ikhlas harus mengutarakan beberapa pertanyaan berikut kepada diri sendiri, untuk mengetahui sejauh mana ketsiqahan dirinya kepada pimpinannya:

1. Sudahkah mengenal pemimpin dan mengamati seluruh kehidupannya?

2. Percayakah pada kemampuan dan keikhlasannya?

3. Sanggupkah menganggap seluruh perintah yang diberikan pemimpin untuknya –tentunya yang tidak berunsur maksiat- sebagai arahan yang mesti dilaksanakan tanpa curiga, tanpa ragu, tanpa mengurangi dan memberi komen dengan disertai nasihat untuk mencapai kebenaran?

4. Sanggupkah menganggap dirinya salah dan pemimpinnya benar, jika terjadi pertentangan antara sikap pemimpin dan apa yang ia ketahui dalam masalah-masalah ijtihadiyah yang tidak ada teks tegasnya di dalam syariat.

5. Sanggupkah meletakkan seluruh aktiviti kehidupannya dalam urusan dakwah? Apakah dalam pandangannya pemimpin berhak untuk men-tarjih (menimbang dan memutuskan yang terkuat) antara kepentingan pribadi dan kepentingan dakwah secara umum?

Dengan menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas dan yang seumpamanya , aktivis yang tulus ikhlas dapat memastikan sejauh mana hubungan tsiqah/kepercayaan terhadap pemimpin. Namun, hati, ia berada dalam genggaman Allah. Dia yang menggerakkan hati sekehendak-Nya.

“Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Al-Anfal:63)

Sunday, December 5, 2010

Kesimpulan saya terhadap perbincangan "pandangan terhadap ketuanan Melayu serta Fokus Melayu" & "ketuanan Melayu Menyanggahi ISLAM"


Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah ..penyelesaian-nya ialah ISLAM ..الإسلام هو الحال

...Islam dengan sistemnya yang syumul dan global...

Persoalannya .. Kenapa perlu menggunakan ketuanan melayu utk mengislah masyarakat?..Method apakah ini..? bolehkah mengislah masyarakat dengan menggunakan strategi perkauman (melayu)?...seolah2 Islam itu tidak sempurna apabila memerlukan ketuanan atau perkauman melayu dalam mengajak kepada ISLAM..Naudzubillah Min Dzaalik...

Penetangan antara Hak dan Batil akan terus berlaku walau dimana2 aspek pun, tak kiralah dalam aspek politiknya,ekonominya, masyarakatnya, negaranya, dll ...Bagi ana ini memerlukan satu perbincangan @ kajian yg panjang ..Tapi secara ringkasnya ..Asas kesatuan Ummah (bangsa2) dll adalah pada Aqidah ..Islam yg bersifat syumul dan global , begitu juga dakwah dan wasilahnya juga semestinya bersifat syumul dan global tidak hanya pada mana2 kaum..Aspek bantu-mambantu diantara masyarakat dalam menghadapi /melawan penguasa zalim yg ingin memperhambakan @ mempertuankan manusia dengan manusia hendaklah disemai..

Perlu diingatkan bahawa malaysia merupakan sebuah negara pelbagai bangsa.. Kezaliman, penindasan, serta penghambaan tidak hanya dirasai oleh sesuatu kaum saja malah kesemua kaum turut merasainya tidak kira bangsa dan agama ...oleh itu, aspek menuntut keadilan juga merangkumi segala bangsa dan agama.. Kita bersama berjuang menegakkan Islam yg adil serta kita juga bersama dgn (bangsa/agama) yg lain dalam memperjuangkan serta menuntut keadilan terhadap penindasan2 yg dilakukan oleh kerajaan yg zalim..( secara ringkasnya )..

InsyaAllah jika diberi peluang dan masa, ana akan cuba kupas dengan lebih mendalam dalam blog ...

Kesimpulan terhadap perbincangan pada kali ini ialah :

1)Menggunakan ketuanan melayu utk berdakwah kepada ISLAM dari segi bahasanya ia adalah bercanggah dengan ISLAM itu sendiri. Berdasarkan kenyataan artikel di atas dan kenyataan DR MAZA dalam webnya... bagi ana ini pakej yg perlu ditolak kerana bertentangan dengan ISLAM.

2) Menggunakan kemelayuan @ perkauman tertentu dalam mengajak kepada ISLAM merupakan satu metodologi @ wasilah yg tidak harmoni bagi kaum2 yg lain,serta tidak bersifat sejagat@global...ISLAM adalah agama yg bersifat global dan syumul begitu jugak dakwah semetinya dakwah yg bersifat global dll..( Rahmatan Lil A'alamiin) rahmat utk sekalian alam.

Bagi pandangan ana pakej ini adalah pakej @ wasilah yg tidak boleh dipakai pada masyarakat berbilang bangsa kecuali kepada kaum2 tertentu sahaja ..persoalan : Adakah ISLAM tidak akan berdaulat sekiranya melayu tidak bersatu?...bg ana elok kita gunakan kenyataan ini " Ummah sepakat, ISLAM berdaulat "

3) Method pilihan ialah : Al-Ukhuwwah Al-Islamiyyah yang berpaksikan kepada Aqidah yg murni yg tidak mengenal batas-batas geografi, tidak memperhatikan perbezaan suku bangsa dan pertalian darah,menganggap semua kaum muslimin adalah ummah yg satu,serta tanah air ISLAM adalah satu meskipun wilayah dan batasnya berjauhan.

Tidak dilupakan juga kepada kaum2 yg menganut agama2 selain ISLAM..

Firman Allah : " Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang2 yg tidak memerangimu kerana agama ,dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yg berlaku adil " ( Al-mumtahanah :8)

Nas ini tidak hanya merangkumi perlindungan kepada penganut agama selain ISLAM ,tatapi juga mewasiatkan agar mereka dilayan dengan baik serta memelihara hak mereka....ISLAM juga menghormati perpaduan seluruh manusia..

Firman Allah swt :

""Wahai manusia ,sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali." ( Al-hujrat-13 )

Dengan penuh Ihtiraam dan menunduk diri ana naqalkan kaidah ini:

Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah (s.a.w) yang bersifat maksum. Perkataan para solihin yang dahulu (salaf soleh) mesti... kita terima jika bersesuaian dengan Al-Quran dan hadith. Jika tidak, maka Al-Quran dan Hadithlah ikutan kita yang utama,

فالإخوان المسلمون يحبون وطنهم, ويحرصون ......

Ini hanyalah kenyataan serta boleh dikatakan sebagai fikrah Al-banna yg boleh diterima dan ditolak,serta ia bukanlah nash yg boleh diterima secara mutlak..

Firman Allah :

يأيها الناس إننا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا ، إن أكرمكم عند الله أتقاكم ، إن الله عليم خبير

"Wahai manusia ,sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal" ( Al-hujrat )

juga berdasarkan mafhum hadith Nabi saw : kata2-Nya kepada Abu Dzar : Didalam dirimu terdapat umbun2 jahiliyyah..

Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Juga Sabda Baginda:

إن الله قد أذهب عنكم نخوة الجاهلية وتعظمهم بالأباء، الناس لآدم وآدم من تراب ، لا فضل لعربي على أعجمي إلا بالتقوى

"Sesungguhnya Allah telah membersihkan kamu daripada nilai jahiliyyah dan budaya berbangga dengan nenek moyang.Seluruh Manusia berasal dari Adam dan Adam itu berasal dari tanah. Tiada keutamaan seorang arab atas seorang ajam ( selain arab) kecuali dengan taqwanya"...

“Sesungguhnya Fikrah Islamiyyah bukanlah Islam , tetapi ia merupakan ciptaan akal/ ijtihad muslimin pada jalan Islam. Islam pula merupakan wahyu ilahi yang bersifat ma’sum ( aman dari kesalahan ) kepada Rasulullah, dan Fikrah Islamiyyah pula perkara yang diadakan /dicipta, tertunduk kepada kanun perubahan , manakala Islam pula bagi-nya kitab :

لا يأتيه الباطل من بين يديه ولا من خلفه تنزيل من حكيم حميد

“Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.” (Fussilat : 42 )

Fikrah Islamiyyah tidaklah ma’sum daripada kesalahan dan kelemahan, manakala Islam pula bersifat ma’sum (aman dari kesalahan,kecacatan,& kelemahan) secara keseluruhannya . Kitab Islam (al-quran) baginya segala kesucian dan baginya hak ketaatan secara mutlak terhadap orang-orang beriman ,manakala Fikrah Islamiyyah pula tidaklah diwajibkan taat kepadanya kecuali apa yg bertepatan dengan al-quran dan sunnah (risalah) . Ini kerana Fikrah Islamiyyah tertunduk kepada kritikan dan bangkangan. Perbezaan diantara Islam dan Fikr Islamiyyah adalah sepertimana berbezanya apa yg ada pada Allah, dan apa yang ada pada manusia ………” ( Syiekh Muhammad Al-Ghazali -Laisa Minal ISLAM )...

..Saya dengan penuh rendah diri juga ingin menyeru Kepimpinan ISMA supaya menganalisa kembali kefahaman antum terhadap Risalah2 Al-Banna serta menggunakan pengistidlalan yang benar dan betul ..

Utk kenyataan Al-Banna yg kalian gunakan ini :

فالإخوان المسلمون يحبون وطنهم, ويحرصون على وحدته القومية - الإمام الشهيد حسن البنا

majmu' rasail, risalah muktamar5,pendirian ikhwan terhadap KESATUAN kaum,arab, dan Islam, mukasurat 126,cetakan 2001, darul kalimah

yg dimaksudkan kesatuan kaum disini adalah kesatuan kaum arab ..bukanlah kaum melayu sepertimana yg antum fahami ..

Ini kerana keistimewaan kaum arab yg diturunkan serta tumbuhnya padanya ISLAM..serta tersebarnya risalah ISLAM juga melalui kaum arab, kitab Al-quran juga diturunkan didalam bahasa Arab, dan ummat-ummat bersatu dengan nama ISLAM yg berbahasa Arab...Faktor terpenting disini adalah terdapatnya atsar yg dikatakan :

إذا ذل العرب ذل الإسلام "

Jika Bangsa Arab terhina, hina pulalah ISLAM"

Rujukan : Risalah Muktamar 5 ..selepas kenyataan seperti yg di atas:فالإخوان المسلمون يحبون وطنهم, ويحرصون على وحدته القومية ا

bukannya : "jika bangsa melayu hina ..........."

Ini hanyalah merupakan fikrah daripada fikrah islam ..yg sememangnya boleh diterima dan ditolak ...

Saturday, December 4, 2010

Ketuanan Melayu: Usah sorok sebalik songkok

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

NONE“Hari ini, isu pelantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.

“Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Umno serah kerusi Ketua Menteri

Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini.

patrick lim and abdullah ahmad badawi and koh tsu koon 270906“Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?

“Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?” soalnya.

kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik aziz and lim kit siangMenurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.

“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.

Salah lapor budaya media Umno

“Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?” soalnya.

Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno.

azlan“'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'.

Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

“Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

Songkok tiga jengkal

“Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai,” katanya.

perkasa protest at chinese assembly hall 6Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.

“Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.

“YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!” katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.


http://www.malaysiakini.com/news/149768

Iktikad ‘Ketuanan Melayu’ Menyanggahi Islam

"....Kalaulah bukan kerana Ketuanan Melayu, adakah boleh kita berada di tahap sekarang? Mungkin kita masih dijajah. Silap-silap yang menjajah kita adalah orang Cina. Kita jangan lupa sejarah mengatakan bahawa semasa pemerintahan British, mereka telah membawa masuk pekerja dari negara China begitu ramai hingga dikatakan bilangan pengundi Cina lebih ramai dari pengundi Melayu. Tetapi dengan semangat perjuangan yang ada akhirnya Tanah Melayu kembali kepada Ketuanan Melayu...."http://www.ismaweb.net/v4/apa-yang-azizah-terlupa/


IKTIKAD ‘KETUANAN MELAYU’ MENYANGGAHI ISLAM
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Merujuk kepada isu ‘Ketuanan Melayu’ yang dijadikan isu sekarang, maka di sini saya ingin menyentuh beberapa perkara;

1. Istilah ‘Ketuanan Melayu’ (malay supremacy) adalah istilah yang kabur. Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

2. Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘melayu’, ia bermaksud orang melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan ‘bukan melayu’. Jika hendak ditakrifkan maka bererti ‘kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia’.

3. Ia berbeza dengan sekadar ungkapan ‘hak keistimewaan melayu’, kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain. Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan.

4. Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka ‘bangsa terpilih’ (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.

5. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

6. Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

7. Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:

“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).

Ini menafikan ketuanan kaum tertentu.

8. Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.


http://drmaza.com/home/?p=1296#more-1296



Pandangan terhadap Ketuanan Melayu @ Fokus Melayu

Pandangan terhadap Ketuanan Melayu @ Fokus Melayu ....

by Abdul Rahman Sayuti on Friday, December 3, 2010 at 5:30pm

Bg ana kita perlu melihat dengan skop yg lebih syumul, atau global dalam isu ini..Melayu itu cuma bangsa, seperti cina, india dll ..Kesalahannya adalah apabila kita menyamakan melayu dengan Islam..Islam pula merupakan Ad-Deen ( agama )@ wahyu ilahi yang bersifat ma’sum ( aman dari kesalahan )

لا يأتيه الباطل من بين يديه ولا من خلفه تنزيل من حكيم حميد

“Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.” (Fussilat : 42 )

Melayu, cina atau india hanyalah rupabentuk bangsa. Tiada kaitannya dengan Islam , kecuali apabila kita sandarkan-nya kpd Islam cth : melayu Islam, Cina Islam, India Islam...Menjadi kesalahan apabila kita menyamakan diantara 2 istilah ini.

Oleh itu, para aktivis harus jelas dengan objektif asal dakwahnya, iaitu mengajak kepada Islam yg syumul & global atau mengembalikan ruh Islam dalam jiwa bangsa2 ( melayu,cina,india Islam ) tidak hanya pada bangsa tertentu ..

Yg menjadi kekeliruan @ kesalahan adalah, apabila objektif dakwah tersimpang dari mengajak kepada Islam, kita tukarkan dengan mengajak kepada kebangsaan yg seterusnya membawa kepada kepentingan tertentu untuk bangsa2 tertentu sahaja..

Islam yg dijanjikan @ dijamin oleh Allah kekal sehingga kiamat.

.إنا نحن نزلنا الذكرى وإنا له لحافظون

“ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Zikra (Al-qur’an) ,dan pasti kami memeliharanya.”(Surah Al-Hijr : 9)

Sebaliknya , bangsa2 ( melayu ,cina, india ) tidaklah dijamin oleh Allah swt kekal serta bersifat ma’sum ( aman dari kesalahan ) walaupun kita selalu mendengar kenyataan ini " takkan melayu hilang di dunia"

Oleh itu, persoalannya ialah ,sanggupkah para aktivis dakwah menggadaikan bangsa demi ISLAM...?...Sanggupkah aktivis2 dakwah memadamkan segala api2 perkauman atau mengutamakan bangsa lain demi ISLAM?...

Bagi ana, mengfokuskan melayu @ ketuanan melayu atas dasar dakwah hanya sesuai untuk ISMA @ ahli-ahli ISMA sahaja, juga berdasarkan marhalah yg telah mereka lalui. sepertimana yg dinyatakan oleh kepimpinan mereka : "Inilah manhaj dan metodologi dakwah ISMA. Oleh kerana ahli-ahli ISMA majoritinya Melayu maka fokus utama ISMA adalah mengembalikan jatidiri Melayu agar menjadi Islam tulen." ..

Link: http://www.ismaweb.net/v4/fokus-melayu-atas-dasar-waqiiyyah-jiddiah/

Bagi pandangan ana ,realitinya kaedah ini tidak sesuai dipraktikkan pada masyarakat malaysia @ masyarakat majmu' (berbilang kaum dan bangsa) kerana ia hanya terfokus kepada melayu atau ketuaan melayu.( bangsa tertentu)..Realitinya , kehidupan masyarakat malaysia tidak hanya terfokus kepada bangsa melayu , tetapi pada semua bangsa ( cina, india dll ) yg melambangkan Malaysia itu sendiri.

Akhir kalam ....,Tiada ketuanan,@kemuliaan pada apa2 kaum/bangsa, baik dengan songkok 3 jengkalnya atau serban 2 hastanya dan keris saktinya, kecuali dengan KETAQWAAN kepada Allah..

يأيها الناس إننا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا ، إن أكرمكم عند الله أتقاكم ، إن الله عليم خبير

"Wahai manusia ,sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal" ( Al-hujrat )

Wallahu A'alam Bissowab ....


http://www.facebook.com/notes/abdul-rahman-sayuti/pandangan-terhadap-ketuanan-melayu-fokus-melayu-/475214159075

Thursday, December 2, 2010

Ambil pengajaran dari sejarah - jangan terperangkap dgn ideologi Assobiyah



Kini kita berhadapan dengan polemik lama dalam bentuk baru.

Ideologi ciptaan manusia (yang diilhamkan oleh syaitan) kembali menguji keaslian Islam.

Umat Islam tidak akan pernah sunyi dari asakan-asakan ideologi ciptaan manusia. Untuk menjadikan ideologi itu lebih menarik maka dicari jalan untuk mencari keserasian dengan Islam. Lalu diberikan alasan-alasan bahawa ideologi ini hanya dijadikan sebagai wasilah atau jalan untuk mendaulatkan Islam.

Ideologi assobiyah atau kaumiyah bukanlah suatu yang baru. Ia telah wujud sejak wujudnya kabilah dan keluarga (clan) dalam masyarakat manusia. Semula Allah SWT jadikan manusia dalam kabilah-kabilah dengan hanya satu tujuan dan tidak ada tujuan selainnya iaitu 'supaya mereka berkenal-kenalan' Dan yang paling baik di kalangan manusia tanpa mengira dari kabilah mana ia datang ialah mereka yang paling bertakwa. Nabi saw berpesan 'Kamu semua berasal dari Adam dan Adam adalah dari tanah.'

Mari kita menoleh kebelakang pada sejarah yang tidaklah begitu lama berlalu. Kira-kira 100 tahun yang lalu, terbitlah satu kebangkitan yang diraikan oleh ramai manusia sebagai harapan baru iaitu Revolusi Bolshevik di Rusia pada tahun 1917. Revolusi ini adalah lambang kemenangan golongan proletariat (buruh) ke atas golongan bourguisiea (bangsawan dan pemodal). Ideologi Sosialis-Komunis yang mnecetuskan kebangkitan rakyat ini turut memutikkan harapan ke atas negara-negara yang terjajah dan tertindas.

Di kalangan umat Islam timbul satu kecenderungan baru dengan menafsirkan penjajahan yang mereka deritai adalah 'Kemuncak kepada Kapitalisme' (atau kezaliman dan penindasan kaum pemodal). Malah ada di kalangan umat Islam yang bergelar ulama mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana telah mengutus seorang yang bernama Karl Marx untuk menunjukkan jalan kepada umat Islam. Melaluinya umat Islam diperkasakan untuk mendapat keadilan sosial yang sekian lama dinafikan oleh penjajah barat dan golongan aristokrat pribumi yang bersekongkol dengan mereka.

Kita mungkin tidak percaya dan sukar untuk menerima. Tetapi ada di kalangan pesantren dan sekolah merangkul ideologi komunis secara borong dan memulau guru-guru mereka. Ini dialami sendiri oleh Hj rasul (Syeikh Abdul Karim Amrullah - ayah kepada buya HAMKA di Sumatera Barat). Bukan sahaja dipulau oleh anak-anak murid dan guru-guru pengajian yang lain bahkan beliau dituduh pula sebagai alat penjajah kerana tidak bersedia untuk mendukong ideologi komunis. Sakeng kuatnya pengaruh komunis sehingga HAMKA pada umur remajanya terikut-ikut mendendangkan lagu komunis 1 Mei. Dia diperingatkan oleh ayah beliau 'Wa'ang jangan ikut Komunis. Zahirnya menyokong agama, bathinnya merusak agama!.

Quran ditafsir mengikut aliran pemikiran komunis. Dicari titik-titik persamaan ideologi Komunis dengan hujah-hujah keadilan Islam. dalam saat yang begitu kacau dan keliru, hanya ulama yang benar-benar faham apa itu Islam sahaja yang terselamat dari racun ideologi Komunis yang cuba diserapkan dalam fikrah Islam yang murni. Doktrin 'Akidah yang salimah' yang dipertahankan selama ini lebur di tangan ulama-ulama yang gagal memahami apakah tujuan akhir dari ideologi anti Tuhan dan anti agama ini.

HAMKA mengulas 'Seorang muslim yang sempurna tidak mungkin menjadi komunis yang tulen. Seorang komunis yang masih menjalankan ajaran Islam bermakna Komunisnya belum matang. Dia perlu memilih salah satu - Islam atau Komunis. Tidak boleh kedua-duanya'

Hj Rasul turut dipengaruhi oleh penjajah Belanda supaya mempertahankan pemerentah kolonial sebagai pilihan yang lebih baik dari komunis. Hj Rasul diminta menggunakan pengaruh untuk menolak ideologi komunis dengan kebaikan sistem pentadbiran Belanda. Jawab beliau dengan tegas 'CUKUP DENGAN ISLAM SAHAJA'

Akhirnya semua orang tahu apakah bencana yang berlaku di belakang hari. Ideologi komunis terus subur ditopang oleh 'ulama-ulama' berpengaruh. pada tahun 1960'an ia menjadi ideologi kebangsaan Indonesia apabila komunis disenyawakan dengan Islam dalam gagasan NASAKOM (Nasionalis. Agama, Komunis). Tragedi yang terbit dari gagasan ini amat dahsyat apabila hampir 2 juta umat Islam disembelih saat bertukarnya order lama kepada order baru yang dicetuskan oleh tragedi berdarah lubang buaya.

Kalau ideologi Komunis yang jelas anti tuhan dan anti agama itupun dirangkul oleh umat Islam, inikan pula ideologi Assobiyah melayu...
Jangan terjebak dengan ideologi mungkar ini sebagai mana begitu ramai ulama terjebak dengan 'palu arit' (tukul dan sabit - lambang komunis).

Marilah adek-adek dan anak-anak ku, kembalilah kepada Islam yang murni. Jangan kau terpedaya dengan cakap-cakap muluk 'ulama-ulama' yang cuba menanam pengaruh supaya terus dianggap relevan - setelah mereka terpinggir dari arus perdana perjuangan Islam yang mendukong fikrah yang murni.

Jika engkau diajak mendukung ideologi Assobiyah walaupun berselindung disebalik wasilah semata katakan kepada mereka 'CUKUP DENGAN ISLAM SAHAJA! Tak perlu ditambah prefix dan suffix ataupun ditambah ramuan-ramuan ideologi ciptaan manusia'
Dr hafidzi Mohd Noor