Tuesday, February 26, 2013

Jangan Salah faham: ISMA tiada kena mengena dengan IKRAM

Photo

Photo 

Sejak ISMA mengumumkan untuk menghantar calon untuk bertanding dalam PRU 13 atas tiket Berjasa, ramai yang bertanya tentang perbezaan antara IKRAM, JIM dan ISMA. Ramai yang keliru. Oleh itu eloklah diberi sedikit penjelasan.

JIM dan ISMA serta beberapa kalangan lain pernah berada dalam satu Jamaah. JIM dan ISMA ditubuhkan oleh Jamaah ini setelah disyurakan. Syura kemudiannya memutuskan untuk menubuhkan IKRAM dengan restu IM.

Kepimpinan ISMA telah mengambil keputusan untuk tidak bersama IKRAM. Mereka juga membawa keluar ISMA dan Aman Palestine yang mana kedua-duanya telah ditubuhkan dan dibina bersama-sama oleh ahli-ahli Jamaah tersebut.

Tindakan merampas dan mengambil ISMA dan Aman Palestin secara tidak benar ini akan terus terpahat dalam sejarah. Ahli-ahli Jamaah yang telah banyak berkorban dan meyumbang bagi membangunkan ISMA dan Aman Palestin tidak akan dapat melupakan sejarah ini.

Setelah itu Aqsa Syarif ditubuhkan bagi terus melaksanakan usaha-usaha bagi membebaskan Palestin bagi menggantikan Aman Palestin.

Pada masa yang sama JIM dalam proses pembubaran.

Maka ingin diperjelaskan bahawa:

1. ISMA kini tidak ada kaitan dengan IKRAM atau JIM.
2. Tindakan ISMA untuk bertanding dalam PRU 13 tidak ada kaitan dengan IKRAM atau JIM.
3. IKRAM dan JIM tidak merestui tindakan ISMA menggunakan nama-nama dan ucapan-ucapan pimpinan IKRAM atau JIM bagi menyokong mana-mana calon mereka.

Semoga masyarakat mendapat penjelasan dan tidak keliru dengan tindakan yang membelakangkan kesatuan ummah dan kesatuan gerakan-gerakan Islam ini.

Saturday, February 23, 2013

Melayu yang berasaskan fakta (bukan ikut membuta tuli) tidak perlu takut DAP

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." Al-Isra':36 

 

Melayu tidak perlu takut DAP – Hanipa Maidin

February 19, 2013
FEB19 – Semasa berada di Mansoorah, Mesir dengan Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Mohamad Sabu berforum dengan para pelajar Malaysia di sana, soalan berikut ditanya kepada kami : “Apa akan jadi sekiranya DAP dan MCA menang banyak kerusi dalam pilihanraya umum nanti?”.

Saya menjawab soalan tersebut seperti berikut “jika kita turuti silsilah soalan tersebut percayalah ianya berasal usul dari Umno. Itulah kempen Umno di kampung-kampung dan malangnya kini pelajar di menara gading juga terjerat dengan kempen jahat tersebut.

“Hakikatnya soalan itu sendiri adalah tidak betul. Bagaimanakah DAP dan MCA boleh kedua-duanya menang banyak kerusi dalam keadaan kedua -dua parti tersebut lazimya bertanding antara satu sama lain bagi merebut kerusi yang sama. Adakah masuk akal di kawasan Parlimen Bukit Bintang misalnya yang DAP dan MCA bertanding , jika DAP menang MCA juga akan menang?”

Parti perkauman seperti Umno, kerana mahu terus berkuasa, dengan tanpa rasa tanggungjawab berusaha keras menimbulkan keraguan bahawa DAP adalah satu elemen yang bahaya kepada Melayu dan Islam.

Justeru itu , menurut logik Umno, jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat yang ada DAP di dalamnya, maka Melayu dan Islam akan terancam. Logik Umno ini berpremiskan DAP adalah bermajoritikan orang bukan Melayu dan Islam maka kepentingan Islam bukan sahaja tidak terbela jika mengundi DAP malahan kedudukan Melayu dan Islam juga terhakis terancam.

Hujah Umno ini sama sekali melupakan bahawa hakikatnya Umno juga berkawan dengan bukan Melayu dan bukan Islam. Jika MCA dan MIC yang boleh dikatakan hampir 100 peratus dikuasai oleh bukan Melayu/Islam, mengapakah mengundi sama ada Umno atau MCA atau MIC tidak dilihat mengancam Islam? Adakah pemimpin MCA khususnya sunyi dari perbuatan menghina dan memperkecilkan Islam? Jika tidak sunyi, mengapa hanya DAP dipersalahkan dan tidak MCA atau MIC?

Apa peliknya jika DAP masih belum menerima Islam dan segala hukum hakamnya sepertimana MCA dan MIC yang juga berkeadaan begitu. Bukankah yang peliknya mengapakah Umno yang bermajoriti Melayu/Islam masih tidak menerima Islam sebagai sistem hidup yang syumul dan sanggup pula dalam banyak keadaan menghina Islam dan hukum hakamnya. Siapa yang hina hukum hudud , DAP atau Umno? Siapakah yang luluskan lesen judi , DAP atau Umno? Siapakah Osu Sukam yang berjudi di luar Negara dan berhutang jutaan ringgit.. adakah beliau DAP atau Umno? Dan senarainya cukup panjang untuk dikongsi di ruang terhad ini.

Benarkah DAP mengancam kepentingan Melayu? Apakah peruntukkan di dalam Perlembagaan yang menyentuh kepentingan Melayu yang DAP kacau dan ganggu gugat? Adakah DAP atau Umno yang ganggu gugat kedudukan bahasa melayu di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan apabila kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dirombak melalui PPSMI?

Siapakah yang gagal jaga tanah rezab Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan ... DAP atau Umno?

Siapakah yang hancurkan Bank Bumiputra yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu?

Siapakah yang enggan tambah kerusi Parlimen dan Dun di negeri Kelantan dan Trengganu sekaligus boleh menambah kerusi orang melayu semasa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat..

DAP atau Umno? Siapakah yang mendera ekonomi majoriti rakyat Melayu/Islam di Trengganu dan kini Kelantan apabila wang royalti pertroleum di rompak di siang hari tanpa sekelumit rasa bersalah.

Siapakah yang menghina Raja Raja Melayu?

Siapakah yang ingin menggantikan Sultan Kelantan dengan ditabalkan Tengku Ibrahim , ahli perniagaan sebagai Raja ? Umno atau DAP?

Siapakah melarikan anak raja...pemimpin DAP atau Umno? Siapakah yang mengheret secara tidak bermaruah institusi Raja berperlembagaan ke kancah penghinaan dengan menjatuhkan Kerajaan dan Menteri Besar pilihan rakyat di Perak dengan melanggar doktrin Raja Berperlembagaan dan konvesyen Perlembagaan (constitutional convention) secara terang-terangan?

Jika DAP tidak menghormati Islam, mengapa pula di Pulau Pinang yang diterajui oleh pemimpim DAP, YAB Lim Guan Eng, peruntukkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) lebih besar dari peruntukkan Sekolah Cina dan Sekolah Tamil.

SAR di bawah negeri yang diterajui DAP memperuntukkan secara purata RM 97, 000-00 setiap sekolah sedangkan sekolah Cina dan Tamil hanya diperuntukkan secara purata RM 60, 000-00 dan RM 63, 000-00 masing -masing bagi setiap sekolah (lihat website Kerajaan Pulau Pinang) .

Bukankah Umno pernah menarik bantuan per kapita SAR dan menuduh pula SAR tidak mengajar agama sebaliknya mendidik pengganas?

Satu yang ironi, DAP yang dikatakan mendatangkan ancaman kepada Islam mempunyai pemimpin seperti Lim Guan Eng yang mana Negeri yang beliau terajui mahukan ramai huffaz Al Quran dengan diberi bantuan kepada madrasah tahfiz dan memberikan penghargaan dan sijil-sijil pengiktirafan kepada para penghafal al-Quran ( lihat website Kerajaan Negeri Pulau Pinang). Yang lebih aneh lagi elaun Imam di masjid -masjid di Pulau Pinang jauh lebih tinggi darI elaun imam-imam di negeri-negeri yang Umno perintah. Mengapakah DAP yang dikatakan mengancam Islam suka elaun Imam tinggi manakala Umno yang “sayang” Islam lebih suka pula elaun Imam rendah?

Ya, Karpal Singh yang bukan Islam tidak setuju hukum hudud kerana dia berpenDAPat hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pemimpin Umno yang Islam seperti Mahathir pula tidak setuju hudud kerana jika dilaksanakan akan huru hara dan ramai makan sup tangan !!! Siapa lebih teruk antara mereka berdua?

Jika Karpal yang dari DAP membawa hujah Perlembagaan bagi menentang hudud, mengapa Umno yang Islam dan pernah ada dua pertiga suara di Parlimen tidak mahu pinda Perlembagaan bagi memberi ruang Pas laksana hudud di Kelantan . Bukan sahaja tidak mahu pinda Perlembagaan , Dr Mahathir (Ya , Mahathir bukan Karpal) bagi pula surat amaran pula kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat jika Kerajaan Kelantan laksana hudud , Kerajaan Pusat yang diterajui Umno akan ambil tindakan.

Siapa yang cabar undang-undang hudud di Mahkamah? Karpal Singh atau Zaid Ibrahim yang masih itu bersama Umno?

Siapa yang hina hukum hudud dan hentam Umno apabila Adun Rengit dari Umno mahukan hudud dilaksanakan di Johor ... Lim Kit Siang atau Chua Soi Lek?

Siapakah yang kata di negeri BN perintah hudud tidak akan dilaksanakan ... Najib Tun Razak atau Karpal Singh?

Siapa yang bela gadis Melayu yang dirosakkan oleh pemimpin Melayu jika bukan Lim Guan Eng?

Lim Guan Eng yang bukan Melayu dan bukan Islam masuk penjara 18 bulan kerana bela gadis Melayu/Islam yang dirosakkan oleh pemimpin Melayu berjenama Umno?

Di mana maruah orang Melayu? Umno, kerana dendam, aibkan pemimpin Melayu dengan tuduhan seks namun yang bela Anwar Ibrahim adalah peguam bukan Islam dari DAP.

Apabila wanita Islam berpurdah, Halimatus Sadiah dibuang kerja oleh regim Umno, peguam DAP juga yang membela wanita tersebut di Mahkamah? Di mana peguam Umno yang kata sayang dan nak jaga Islam?

Kesimpulannya Umno hentam DAP bukan kerana Umno ingin menjaga Islam. Hakikatnya Umno tahu perpaduan PR adalah malapetaka bagi Umno. Oleh itu pecahkan PR adalah agenda jahat Umno. Mana mungkin Umno yang siang malam , pagi petang mempunyai masalah dengan Islam kini secara tiba-tiba ingin membela Islam . Pepatah Amerika kata “ kamu boleh bohong sesetengah orang dalam sesuatu masa tapi kamu tidak boleh bohong semua orang dalam semua masa”.  

– HarakahDaily
* Penulis adalah peguam PAS merangkap AJK PAS Pusat

Wednesday, February 20, 2013

Fakta yang tiada dalam pemikiran politik ISMA

(Nota: Husnuzdzannya, mereka tidak tahu fakta ini. Atau mereka memang tidak faham percaturan politik UMNO dan termakan fitnah propaganda UMNO. Yang kita bimbang fakta sebegini  memang disembunyikan  demi menegakkan pendirian pro-UMNO mereka. )

UMNO Kalah, DAP Hapus Kuasa Melayu?

Pilihanraya-Umum-13-PRU-13-General-Election-13

http://thirdforceblog.wordpress.com/2013/02/02/umno-kalah-dap-hapus-kuasa-melayu/
 
Benarkah sekiranya United Malays National Organization kalah pada piliharaya umum 13 yang akan datang, boleh menyebabkan kuasa orang melayu hilang? Atau pun hak-hak keistimewaan orang melayu akan dihapuskan oleh Pakatan Rakyat?

Pasti ramai di kalangan rakyat Malaysia diluar sana terutamanya pengundi atas pagar, rakyat yang tidak ada parti bahkan mungkin juga ada ahli-ahli United Malays National Organization masih tertanya-tanya dan keliru mengenai persoalan ini.

Namun, di dada-dada  media perdana seperti Utusan, TV3 dan media-media yang seangkatan dengannya sering kali memainkan isu ini. Mengambil pendapat daripada pemimpin-pemimpin United Malays National Organization dan blog-blog mesra Barisan Nasional, menyatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang, orang melayu akan hilang kuasa. Hak keistimewaan orang Melayu akan terhapus. Mereka juga mendakwa jika saudara Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, maka negara ini akan dijual kepada orang Cina. Tidak cukup dengan itu, media-media ini menambah DAP sedang menunggangi PKR dan PAS untuk tubuhkan negara Kristian.

Pada hemat saya, dakwaan pemimpin-pemimpin United Malays National Organization ini tidak punya asas yang kukuh atau mereka sekadar menghidupkan isu melayu hilang kuasa untuk menutup kesalahan-kesalahan yang mereka telah lakukan kepada rakyat.

Insha-Allah saya akan cuba mengutarakan beberapa pendapat mengenai persoalan ini. Saya bukan pakar undang-undang atau ahli politik tetapi sekadar seorang rakyat Malaysia yang perihatin terhadap apa yang berlaku dalam negara ini. Melalui pembacaan dan sedikit kajian, walaupun tidak sempurna namun akan tetap saya lontarkan.
umno melayu
Melayu tidak akan hilang kuasa sekiranya United Malays National Organization tewas kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 dengan saya sertakan beberapa fakta seperti berikut;

1. Dakwaan majoriti pemimpin United Malays National Organization bahawa DAP akan menguasai Malaysia dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara kristian adalah tidak benar kerana untuk meminda akta yang ada dalam perlembagaan perlu majoriti dua pertiga ahli parlimen sedangkan DAP hanya bertanding 48 kerusi dan hanya menang 29 kerusi Parlimen pada pilihanraya umum yang lalu. Dengan jumlah ini, bukan saja mahu tubuh kerajaan tidak boleh, apatah lagi mahu pinda akta.

2. Tambahan, rakyat yang menganut agama Kristian dalam negara ini cuma 9.1 % berbanding umat Islam yang merupakan penganut majoriti dengan 61.3 %.
3. Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit atau lesen. Begitu juga dengan perkara 152 (Hak Kesitimewaan orang melayu) dan perkara 3 (Agama Islam sebagai Agama Persekutuan) kebal kerana terletak dibawah majlis raja-raja melayu. Ianya tidak boleh diusik oleh sesiapa walaupun mendapat persetujuan dua pertiga dewan rakyat.

4. Pada 8 September 2007, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR-PAS-DAP bersetuju untuk mempertahankan  hak keistimewaan orang melayu, bahasa melayu dan agama Islam. Lim Guan Eng pula menyatakan DAP akan menghormati apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan termasuk 3 akta penting bagi orang melayu.

5. Di Pulau Pinang, kerajaan negeri yang dipimpin oleh saudara Lim Guan Eng daripada DAP telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Tahun 2009; RM33.3 juta. Tahun 2010; RM39.8 juta. Tahun 2011; RM45.7 juta dan Tahun 2012; RM64.03 juta. Tahun sebelum Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, dana untuk berkaitan hal ehwal Islam cuma RM25.7 juta. DAP yang didakwa sebagai pengkhianat Melayu Islam menaikkan peruntukkan tersebut sehingga 300%.

6. Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang juga melancarkan program ‘Satu Keluarga, Satu Hafiz’ dan memberi sumbangan sebanyak RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz.

7. Selain itu, kerajaan yang diketuai Lim Guan Eng itu memperkenalkan tender terbuka yang  berdasarkan faktor-faktor harga paling baik, kualiti dan pengurusan di mana 70% daripada kontrak telah dimenangi kontraktor Melayu.

8. Saguhati tahunan untuk KAFA, di zaman Barisan Nasional sebanyak RM659,000.00 (2008), di zaman Pakatan Rakyat RM879,000.00 (2009), RM913,200.00 (2010), RM900,000.00 (2011) dan RM900,000.00 (2012).

9. Media perdana yang dikuasai United Malays National Organization juga sering kali memainkan isu dengan mendakwa DAP cina telah menguasai Pulau Pinang apabila Lim Guan Eng dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan bekas-bekas Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini yang diterajui parti Gerakan (BN);  Ketua Menteri pertama ialah Wong Pow Nee (1957 – 1969), yang kedua Lim Chong Eu (1969 – 1990), ketiga Koh Tsu Khoon (1990 – 2008). Saya rasa semua ketua menteri Pulau Pinang dahulu bukan bangsa melayu, semuanya cina. Jika saya salah tolong betulkan.

10. Semenjak kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan; pelbagai program kerohanian diperluaskan. Contoh yang boleh saya bawa adalah salah satu program yang bersejarah. Program GeMS – Generasi Idaman Selangor yang diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Menampilkan Ustaz Azhar Idrus, Dr Ruziah Ghazali, Ustaz Shukri Yunus, Ustaz Fauzi Mustafa, Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Ismail Kamus dan ramai lagi ilmuan berbanding pihak satu lagi yang acap kali menganjurkan program berunsur maksiat (K-Pop) untuk anak-anak muda.
images

Inilah antara fakta yang dapat saya berikan melalui analisis ringkas, artikel ini tidak sempurna begitu juga dengan fakta yang cuba saya ketengahkan. Sesiapa juga yang pakar dalam bab politik atau undang-undang diluar sana boleh mengkritik artikel ini. Namun saya yakin hujah yang saya berikan ini lebih relevan daripada hujah beberapa pemimpin mahupun ahli United Malays National Organization.

Maklumlah, mereka hanya tahu hujah ‘Anwar Gay’, ‘LGBT’ , ‘Melayu hilang kuasa’ dan lain-lain lagi isu tetapi tidak kemukakan fakta dan bukti yang jelas, yang terbaru kalimah Allah juga dipolitikkan mereka. Insha-Allah akan datang saya akan ulas sedikit mengenai isu itu.

Saya harap artikel ini dapat beri sedikit pencerahan kepada orang-orang melayu Islam yang masih keliru diluar sana. Sekian.

Sumber analisa:
1.http://www.parlimen.gov.my/statistik.html?uweb=dr
2.http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?parti=DAP&p=All&Filter=Lihat&uweb=dr
3.http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20120514/po_13/Melayu-terjejas-jika-BN-hilang-kuasa
4.http://ms.wikipedia.org/wiki/Kristian_di_Malaysia
5.http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mandatduapertigapentinguntukpindaaktabercanggah_/Article/
6.http://www.malaysiakini.com/news/197690
7.http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspdt=0319&pg=mh_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2012
8.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8938-tanah-rizab-melayu-menjawab-fitnah-umno
9.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/8710-sistem-pemerintahan.html
10.http://roketkini.com/2012/05/14/umno-dicabar-buktikan-orang-melayu-dipinggirkan-di-pulau-pinang/
11.http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MajlisRaja-RajabentengkebalpertahanIslam_hakorangMelayu/Article
12.http://www.sinarharian.com.my/politik/ambang-2013-perang-bn-dan-pakatan-tarik-pengundi-1.117751
13.http://www.keadilandaily.com/lebih-100000-banjiri-sambutan-ambang-2013-di-selangor/
14.http://ulumquran.blogspot.com/2010/10/para-huffaz-harta-tidak-ternilai.html
15.http://pemudapenang.wordpress.com/2010/01/16/pulau-pinang-tambah-peruntukan-hal-ehwal-agama-islam/
16.http://www.selangorku.com/?p=7628
17.http://beritasemasa.com/agama-islam-pulau-pinang
18.http://www.malaysiakini.com/news/93208

"Fatwa" Ulama ISMA berdasarkan maklumat sumber TV3 dan Utusan Malaysia

Inilah contoh 'fatwa' oleh orang kuat ISMA. Walaupun ia seolah-olah panduan 'neutral' tetapi jika dibaca betul-betul dan anda akan tahu siapa yang dimaksudkan dengan "Parti" dan "Individu" yang kononnya harus ditolak. 

Agaknya dari sumber mana dia perolehi  maklumat yang menyebabkan dia mengeluarkan 'fatwa' sedemikian? Kelihatan semuanya andaian, khabar angin berdasarkan propoganda media UMNO-BN. Beliau nampaknya mengiyakan semua tohmahan dan kelihatan seolah-olah percaya 100% dengan TV3 dan Utusan Malaysia. Tiada usaha tabayyun, semak kesahihan setiap dakwaan, tohmahan dan isu yang ditimbulkan.

Inilah dangkalnya metodologi pemikiran dan kaedah penerbitan hukum dan pendirian politik  yang digunakan oleh 'ulama' ISMA. Metodologi inilah juga yang digunakan untuk  men'fatwa'kan supaya ISMA mengemukakan calon ketiga  kononnya bagi 'menyelamatkan undi Melayu'.




Orang-orang Melayu Islam mesti menolak:

1. Parti yang jelas mengisytiharkan perjuangannya untuk mendapatkan hak sama rata antara warga negara, dengan menolak keistimewaan orang Melayu dan Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
2. Parti yang memperjuangkan kebebasan ekonomi tanpa sebarang kawalan kerajaan bagi mengukuhkan lagi cengkaman golongan pemodal bukan Melayu ke atas ekonomi Malaysia.
3. Individu yang mempertahankan kebebasan muslim untuk murtad dan memandang serong usaha mempertahankan akidah Islam,
4. Individu yang mempertahankan penganjuran acara mempromosi amalan seks songsang seperti program Seksualiti Merdeka dan enggan menyanggah gerakan LGBT.
5. Individu yang mendokong fahaman pluralisme agama, iaitu konsep kesamarataan taraf antara agama Islam dengan agama yang lain, dan tidak pernah sama sekali menarik balik kenyataan dokongannya itu.
6. Individu yang menyokong keselamatan penjajah Israel, yang secara tidak langsung mengiktiraf kependudukan Israel secara haram ke atas Palestin dan tanah suci umat Islam.
7. Parti yang terperangkap dalam amalan politik kepartian yang sempit serta taksub melulu sehingga sanggup mengetepikan kepentingan umum umat Islam seperti kesepakatan dan perpaduan, malah sebaliknya sanggup bekerjasama dengan parti musyrik yang berusaha keras menghakis kedudukan istimewa Melayu dan Islam dalam negara ini.
8. Individu yang disabitkan atau sekurang-kurangnya berhadapan dengan tuduhan kesalahan rasuah, pecah amanah, salah laku dan korupsi.
9. Pihak yang menggunakan elemen lucah dan serangan peribadi sebagai bahan untuk meraih sokongan.
10. Pihak yang berusaha untuk menimbulkan situasi tegang dan rusuhan jalanan sebagai kaedah perubahan.
11. Golongan yang menafsirkan ayat-ayat al-Quran menurut selera akal dan hawa nafsu mereka, takjub dengan Barat, mengetepikan pandangan ulamak-ulamak mazhab dan begitu teruja untuk dilihat moderat di kaca mata Barat.
12. Kumpulan syiah dan mereka yang mempunyai hubungan yang rapat dengan syiah.

Orang-orang Melayu Islam mesti:

1. Berusaha keras memahami Islam yang syumul dan tulen, membina sahsiah dan jatidiri Islam.
2. Segera menamatkan keadaan dipercaturkan oleh agenda orang lain dengan mengukuhkan wala' sesama muslim dan mewujudkan kesepakatan atas agenda yang dipersetujui bersama.
3. Mempertahankan teras Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam, Melayu dan institusi Raja.
4. Mempertahankan identiti kebangsaan Malaysia yang berteraskan Islam, Bahasa Melayu dan budaya orang Melayu.
5. Memastikan wewenang orang Islam sentiasa dominan dalam percaturan kuasa.
https://www.facebook.com/mohdhazizi.abrahman/posts/424767477556731?comment_id=5090022&notif_t=comment_mention

Berhati-hati dengan Fatwa yang kelihatan baik tetapi sebenarnya merugikan Islam

Berhati-hati dengan fatwa "ketika perlawanan tiga penjuru dan hanya satu calonnya Melayu, wajib undi calon Melayu saja tak kira parti mana kerana kononnya nak selamatkan undi Melayu". Jangan menjadi begitu naive dengan sistem pilihanraya kita. Jika sekadar nak undi calon Melayu kacau-daun, pecah undi dan tak mungkin menang, undi sedemikian sia-sia dan mungkin menyebabkan calon bukan-Melayu yang tidak bermaruah, korup, anti-Islam yang akan menang. Kerana kononnya nak selamatkan undi Melayu, orang jahat yang meraih kemenangan. Sebaliknya..jika pilihannya di antara dua calon bukan-Melayu yang kuat, tak perlulah kacau daun. Undilah dengan berstrategi bagi memenangkan calon bukan-Melayu yang lebih bermaruah, adil dan tidak korup.

Kumpulan Serpihan memang sesuai dengan Parti Serpihan


Sedikit sejarah Parti BERJASA. BERJASA adalah pecahan dari PAS yang muncul pada tahun 1977 apabila Menteri Besar Kelantan Dato Hj Muhammad bin Nasir dipecat oleh kerajaan PAS. Apabila PAS di keluarkan dari kerajaan campuran BN, BERJASA telah bersepakat dgn UMNO dan mengalahkan PAS yang hanya memeliki 2 kerusi Parlimen di Kelantan. BERJASA kemudiannya menyertai BN tetapi sokongan kpd BERJASA terus hilang pada PRU yang berikutnya. BERJASA hilang dan terbuang.

Kemudian pada tahun 1989 BERJASA mendapat nafas baru apabila menyertai APU (Angkatan Perpaduan Ummah) bersama Dato Razaleigh Hamzah (Parti Semangat 46) dan PAS. APU kalah teruk dalam PRU dan Dato Razaleigh Hamzah kembali mendakap UMNO (UMNO baru). Sekali lagi BERJASA menjadi parti yang hilang dan terbuang

Fast forward 2013. BERJASA sekali lagi mendapat nafas baru dengan penyertaan ISMA dalam PRU ke 13 dengan bertanding di atas tiket BERJASA.

BERJASA bukan parti baru tetapi track record menunjukkan kelansungan BERJASA adalah bergantung kpd affiliationnya dengan dua parti besar melayu di negara ini. Samada dia berpihak kepada BN atau saingnya (APU) dan kini PR. Rekod 1978 menunjukkan kebersamaannya bersama UMNO/BN menguntungkan dan menganugerahkan banyak kerusi (11 kerusi). Kebersamaannya bersama APU termasuk PAS memberi harapan kepada BERJASA tetapi menghampakan apatah lagi Parti Semangat 46 yang menjadi regunya berkubur tidak bertanda.

Kini BERJASA sekali lagi akan berpencak. Mungkin episod akhir 70'an dan akhir 80'an tidak boleh dijadikan ukuran sejauh mana BERJASA akan memberi impak kepada lanskap politik negara. Sekiranya cerita lama berulang, BERJASA akan kembali hilang dan terbuang. Walaupun mencipta kekalahan ketiga berturut-turut, telahannya BERJASA akan setia menanti siapa lagi yang akan memcuba nasib dengan panji-panji bintang berlatar belakang hijau.

Namun jika BERJASA dan ISMA mencipta kemenangan (sedikit atau sederhana sikit atau sederhana banyak) maka gabungan dua entiti terpijak ini perlu mencari sekutu yang lebih ampuh untuk memastikan ia tetap relevan dalam percaturan politik tanah air. Rekod 1978 menunjukkan BERJASA pernah bersama BN sebagai parti komponen, namun ia terus menjadi parti komponen yang tidak relevan. Sehingga untuk terus menjadi relevan, BERJASA terpaksa pula menagih kepada APU dan PAS (yang dimusuhinya mulai tahun 1978 dan pasca PRU 1978).

Apapun yang bakal terjadi (samada kesepakatan BERJASA/ISMA mencipta kemenangan pada DUN dan Parlimen yang ditandinginya) salah satu dari dua kemungkinan akan menjadi kenyataan. BN kekal berkuasa atau PR mengambil alih.

Bagi saya yang menareknya ialah apa bakal terjadi pada BERJASA pasca PRU 13 jika BERJASA tidak hilang dan kembali terbuang, sebaliknya terbilang. Apakah BERJASA akan mensejajarkan dirinya (align) dengan pihak yang menang atau kekal menjadi kuasa ke 3 spt yang di canangkan.

Sedang menunggu 2 perkara dan satu pertanyaan.

1. Manifesto BERJASA (yang memberi laluan kpd ISMA bertanding bagi pihaknya).
2. Kenyataan rasmi dari BERJASA - sehingga ini belum ada lagi sebarang kenyataan termasuk dalam laman web rasmi.
3. Membership drive. Apakah ISMA akan menjalankan kempen supaya ahli dan orang ramai mendaftar sebagai ahli Parti BERJASA.

Monday, February 18, 2013

Jawapan bagi mereka yang terus mengatakan undi PR bakal menggadaikan Melayu & Islam






















Adakah Perpaduan Bangsa & Agama mengatasi Seruan Allah untuk tegakkan Keadilan & Hapuskan Kerajaan Yang Zalim & Rasuah?
~ Jawapan bagi mereka yang terus mengatakan undi PR bakal menggadaikan Melayu & Islam.

Oleh Ahmad Sayuti Bashiron

Muqaddimah

"Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai" (Ali Imran 103).

"Dan janganlah kamu menyerupai orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat" (Ali Imran 105).

"Sesungguhnya orang yang memecah-belahkan agamanya dan mereka menjadi berpuak-puak, tidak ada sedikitpun tanggungjawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanya terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuatkan" (Al-An’am 159)

Seruan Perpaduan Melayu

Pimpinan UMNO mengajak bangsa Melayu terutama dari PAS bersatu atau setidaknya bekerjasama dengan UMNO demi menyelamatkan Melayu dan Islam yang sedang ditindas. 

UMNO gemburkan istilah Melayu ditindas hanya selepas 2008. Selepas beberapa negeri terutamanya Selangor yang menjadi lubuk emas tidak dikuasai oleh mereka. 

Bagi UMNO, tidak mengapa jika PAS tak masuk UMNO sekalipun, teruskanlah dengan kerja PAS, tetapi yang penting PAS mestilah tinggalkan DAP sebagai parti Cina yang antikan Islam demi menyelamatkan bangsa Melayu Islam.

Itulah seruan yang diulang sana-sini. Seruan ini pernah datang dulu sekali tahun 1969. Kemudian terus senyap. Sempena peristiwa besar 13 Mei 40 tahun lepas yang berulang kembali kini, saya mengajak mereka yang masih gagal memahami fakta untuk meneliti angka. 

Saya memilih untuk tulis lebih panjang hari ini untuk anda renungi semula beberapa "persoalan emosi & sentimen" besar yang dimainkan, yang sebahagiannya amat mencelarukan minda rakyat, Melayu Islam khususnya. 
Walau ada yang mungkin marah melibatkan nama pemimpin tertentu, saya terpaksa nyatakan dalam penghujjahan agar blok pemisah tersebut dapat diperbetulkan.

Seruan Melayu Sepakat

Sebelum saya pergi lebih jauh, mari beberapa kata-kata semangat lantang mutakhir ini dalam perbincangan di pelbagai media yang makin dipropagandakan;

"Kemenangan PR sekarang ini menjadikan suara Melayu hilang di parlimen".

"Jika PR dalam PRU13, bermakna parlimen akan dikuasai oleh Cina yang mempunyai agenda anti Islam".

"Kami hanya mahukan PAS berkuasa, kami tak mahu PAS bersama DAP".

"Kami sangat sayangkan PAS, tapi kami hanya akan berusaha untuk membantu PAS yang tulen sahaja".

"Perpaduan Melayu dan Islam lebih diutamakan dalam negara demi mendaulatkan Islam daripada menumbangkan pemerintah yang zalim dan perasuah".

Itu hanya sedikit disalin dari FB atau kata-kata pemimpin tertentu.

Sebaik seruan itu berkumandang 2008 lepas, berbondonglah NGO Melayu pelbagai nama walau yang baru ditubuhkan sekalipun bertepuk dengan nada yang sama. Demi menyelamatkan Malaysia, Melayu wajib bersatu! UMNO gembira "seruan perpaduan"nya disahut gembira oleh pelbagai NGO Melayu, malah NGO Melayu Islam. 

Hebatnya UMNO sampai sampai dihadiahkan oleh NGO Melayu Islam buat mereka hingga mengajak seorang pemuka UMNO melancarkan seruan Melayu Islam NGO itu sebelum PRU13 kelak pada 9-Jun depan demi meraih sokongan pada mereka yang mahu bersamanya!

Pelik dan keliru. Berkokok juga NGO itu kononnya sama matlamat dengan Parti Islam PAS, tetapi mahukan PAS sahut seruan UMNO itu bersama mereka. 
Berkocaklah setiap penjuru pentas ceramah atas platform UMNO, Hasan Ali, JATI, HIMPUN, Ezam, ZulNordin, atau atas apa pentas sekalipun asal suara didengar. Beriya NGO itu mahukan bekas naqib dan pemimpin usrah mereka turut dengar sekali bahawa suara mereka semakin ganas sebenarnya. 

Mendabik kamilah ikhwanist, yang lain-lain dah lari dari landasan Islam. Kamilah yang betul, namun berpecah sakan sesama NGO Islam lain demi seruan sendiri. Pilihan mereka dibuat untuk terus susuri jalan yang jelas bertentangan dengan perpaduan sesama persatuan Islam yang dicanangkan.

Perkiraan pertama saya; saya tidak kisah jelasnya sokongan terhadap UMNO yang dinyatakan oleh pelbagai kumpulan NGO Melayu lain itu. Itu hak mereka. Itu pendirian politik masing-masing. 

Masyarakat cerdik menilai dan kenali akhlaq. Topi sahaja yang berbeza, batang tubuh tetap satu. Yang celaruan adalah NGO Melayu Islam yang mahu bertapak semakin kuat melaungkan kalimah "kami sangat sayangkan PAS", namun melaksanakan segala tindak yang merugikan PAS dan pakatan PAS dalam menumbangkan kezaliman. 

Berbisiklah juga dalam diam-diam oleh mereka "kami sangat bencikan UMNO", kerna UMNO perasuah dan melakukan kezaliman. Pimpinan UMNO merosakkan negara dan melanggar Islam. Namun, antara "sayangkan PAS" dan"bencikan UMNO" yang hanya berani di bibir itu, akhirnya seruan mereka tenggelam untuk terus menolak Pakatan Rakyat (PR) yang diijtihadkan oleh PAS untuk bersamanya, hanya dengan mengabil kata UMNO "PR menguntungkan Cina dan bukan Islam".

Itulah kesimpulan ringkas oleh pimpinan utama mereka; mengambil mudharat lebih ringan dengan memilih BN berbanding PR dalam PRU13 kelak. Itu yang ditulis, dicakap, diceramah di doktrin oleh Ketua dan Timbalannya. 
Ayat itu dikongsikan oleh ahli-ahli mereka yang sungguh ta'asub, serata dunia. Sebaliknya baru-baru ini Ketua Syura mereka pula nyatakan untuk ahli mereka memilih "PAS yang tulen" dalam PRU13 kelak, dan menolak "PAS yang tidak tulen", "tolak DAP dan PKR", tolak Anwar. Pulak? Dalam qiyadah ditabur pelbagai kepala. Hancur dan berbohong jadinya.

Bila saya tanyakan "apakah PAS tidak tulen" merujuk pada individu yang kerap Hasan Ali ucapkan atas pentas bersama Presiden NGO Melyu Islam itu selama ini? Atau tulen itu hanya mereka yang ditarbiyyah sejak kecil oleh PAS, atau ada maksud lain? 

Hingga sekarang saya gagal mendapat jawapan, walau dinyatakan kononnya itulah stand rasmi mereka yang terkini. Makin berserabutlah lagilah celaruan malah merosakkan terma Islam yang dibawa di kalangan ahli bawahan.

Selanjutnya dalam pelbagai kesempatan saya bersemuka, doktrin diulang juga adalah; "keutamaan paling penting adalah kekalkan perpaduan Melayu di Malaysia demi untuk Islam dilaksanakan, daripada menumbangkan pemerintahan yang zalim dan penuh rasuah". 

Saya jadi takut dengan kenyataan itu. Saya yakinkan, Harakah Dakwah dan Siyasah yang didokongi PAS yang kononnya sangat mereka sayangi dan sangat tsiqah pada qiyadah mereka; tidak pernah pun sesekali mengambil stand merelakan apa jua bentuk kezaliman di bumi Malaysia. 

Dakwah PAS terpaksa mengambil jalan penuh liku dan ranjau berduri melalui menggunakan pendekatan "muwajjahah silmiyyah" demokrasi berpilihanraya itu demi menumbangkan kezaliman, tapi kamu rela kefasadatan itu dikekalkan demi perpaduan?

Maka jika itulah sifir mudahnya, kamu sebenarnya benci PAS. Mudah dan tak perlu berdalih, dan tak perlu berbohong. Sesungguhynya Islam tidak pernah sesekali redho dengan apa jua kezaliman itu, walau dilakukan kepada siapa sahaja, walau pada UMNO dan kafir sekalipun, walau atas nama Islam sekalipun. 

Saya nyatakan dengan jelas pada Ketua Syura NGO Melayu Islam bahawa itulah kecelaruan fikrah yang dahsyat yang terus disumbatkan pada ahli mereka.

Tatkala kegagalan faham waqi' dan fakta oleh Ketua Syura dan pelbagai qiyadah atasan, dan terus mahukan doktrin kebencian terhadap Cina dan bukan Islam, maka saya tak dapat bayangkan betapa celarunya adik-adik bawahan yang begitu naif siyasah dan waqie' yang berada di hadapan saya, walau penuh semangat dan ikhlas dalam diri mahukan Islam ditegakkan by "all means"di Malaysia. 

Pasca BERSIH juga; Presiden NGO Melayu Islam itu kata berkali berkali-kali bahawa mereka sangat bersetuju dengan segala tuntutan BERSIH, cuma "kami takut jika semua tuntutan BERSIH dilaksanakan maka ia bakal merugikan Islam dan Melayu".

Saya soalkan, di mana pula tuntutan yang adil itu bakal merugikan Islam? Keadilan melalui sistem demokrasi berpilihanraya yang diperjuangkan oleh BERSIH dilakukan agar perjalanannya mengikut perlembagaan yang dilihat boleh menguntungkan Islam. 

Atau Presiden itu fikir Islam perlukan ketidakadilan demi untuk bertapak? Seolahnya tatkala keadilan itu dilaksanakan maka Islam bakal rugi dan ditindas. 

Demi Allah, malunya saya beraqidahkan ad-deen ini sebagai jalan hidupku jika pemahaman Presiden itu dipegang ummah.

Mengapa Saya Kisah?

Akhir sekali dalam muqaddimah panjang sempena seruan perpaduan Melayu ini, saya banyak kali ditanya; mengapa saya terlalu kisah dengan NGO Melayu Islam seperti itu, namun tidak kisah dengan NGO Melayu lain, atau dengan UMNO sendiri. 

Saya memberi respons ringkas; saya tidak kisah dengan mana-mana NGO ultra-bangsa lain yang jelas mengharuskan perlakuan zaliman dan rasuah oleh UMNO. Itu rakyat dapat menilai dengan jelas. 

Tiada identiti Islam dibawa selain nama individu itu sahaja yang masih Islam. Jelas dan bersuluh. Saya wajib berhadapan dengan mereka itu sebagai sasaran dakwah untuk saya serukan Islam yang jelas.

Tapi saya jadi kisah, risau malah benci pada sikap ketidak tanggungjawaban pada susuk Muslim yang berkata mahukan Islam, bergerak atas nama Islam, menisbahkan diri pada gerakan tarbiyyah dan menonjolkan diri kononnya sebagai ikhwanist di Malaysia, tetapi sanggup menghasut dengan nada yang mencelarukan aqidah. 

Ringkasnya; analogi yang pernah saya guna berdasarkan apa yang nabi pesan"lebih bahaya munafik (atau sikap munafiq dalam jiwa Muslim) daripada kekufuran yang nyata". Itu kerisauan saya.

Pada masa yang sama, saya menghargai dapat bermu'amalah dan bermu'ayasyah dalam apa jua persamaan sesama NGO Islam lain atau jama'ah Islam lain, dalam perkara yang ada persamaan demi hadaf yang satu, namun kami mampu berlapang dalam perbedaan yang wujud. 

Tidak perlu perbedaan itu dijadikan benteng memisahkan 'amal. Banyak sahabat-sahabat rapat saya dari latar jama'ah pelbagai yang sangat ikhlas membawa panji Islam dengan memilih jalan dakwah tersendiri, malah memberi kelebihan untuk mereka disebabkan tidak semuanya mampu dilakukan oleh PAS bersendirian.

Muqaddimah saya ini panjang, maka saya ingin perturunkan fakta yang kecil tapi jelas kepada Presiden, Timbalan Presiden malah Ketua Syura NGO Melayu Islam, dan mereka yang seangkatan dengannya yang terus menyatakan bahaya jika PR memasuki Putrajaya, maka yang untung adalah Cina & bukan Islam sahaja yang bakal merosakkan agenda Islam.

Sebelum saya teruskan, perlu dijelaskan bahawa sistem demokrasi berpilihanraya yang saya pilih ini yang diharuskan oleh Islam demi waqi' Malaysia memerlukan kita membuat persediaan memahami segala susun atur perjalanan atau teknikal pilihanraya dan peraturannya, dan bukanlah hanya bertindak berdasarkan faham yang sempit tanpa ilmu, bahkan atas sentimen semata. 

Pemahaman Daftar Pemilih serta proses berkaitannya yang termaktub dalam perlembagaan adalah tiang kepada seni pilihanraya yang adil. Saya hanya nyatakan beberapa perspektif isu besar yang telah disalahkan pemahaman oleh kebanyakan, terutama ketiga-tiga pimpinan utama itu;

Gerrymandering, pecahan semula kawasan pilhanraya sangat merugikan Melayu Islam di parlimen (sila rujuk pada carta)

1.      Dalam sejarah, UMNO hanya merayu PAS untuk bersama mereka tatkala peratusan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat mereka merudum di bawah 50%, ditambah kekalahan MCA & MIC yang teruk, walau ia sebenanrnya meningkatkan jumlah kerusi PAS dan DAP di parlimen dengan mendadak.

2.      Pernah tahun 1972 PAS menerima dengan syarat yang ketat dan disyurakan demi janji UMNO untuk menegakkan Islam. Manfaatnya PAS mentadbir Kelantan. Namun ia tidak kekal, dan PAS ditendang tatkala persempadanan 1974 memberikan untung kembali untuk UMNO berkuasa dan merampas Kelantan. 

UMNO tidak selesa dengan pengaruh Islam menghalang mereka melakukan apa sahaja terhadap harta negara demi kepentingan peribadi.

3.      PAS belajar disitu bukanlah Melayu apatah lagi Islam yang diperjuangkan UMNO. Hampir 30 tahun selepas itu tidak pernahpun ada seruan "perpaduan Melayu Islam" diutarakan kerana mereka menerima sokongan dan melakukan apa jua kezaliman atas sistem pilihanraya dengan majoriti 2/3 parlimen yang dimiliki tanpa bantahan.

4.      PAS menyusuri perjuangan berliku selepas itu dengan halangan, pintu besi, tumpahan darah, Memali, kesakitan dan pelbagai operasi khususnya buat mereka yang bersama PAS, dan ummat Melayu Islam hilang kekuatan hinggalah 1990 tatkala UMNO berkocak teruk atas pelbagai perebutan kuasa dalaman dan hasat sesama pemimpin, maka tahaluf kedua PAS memberikan keuntungan untuk Kelantan ditadbir sekali lagi oleh Melayu Islam.

5.      Kesannya rakyat Kelantan Melayu Islam itu didera dengan dahsyat sekali selama 20+ tahun atas pilihan mereka menolak kezaliman UMNO, dinafikan apa jua pembangunan dah mereka, walau negeri itu kaya dengan minyak sebenarnya.

6.      Menjelang reformasi 1999, sekali lagi PAS melaksanakan ijtihad tahaluf lagi, tapi dengan DAP yang majoritinya bukan Islam dan masih gagal mendekati Islam. Tahaluf terhad demi menumpaskan kezaliman secara bersama. Tahaluf pada masa itu belum sampai kesediaan DAP untuk memahami dakwah yang sebenar yang PAS cuba bawakan. 

Terdapat kesan baik untuk PAS, tapi masih belum berjaya diteruskan kerana persediaan yang lemah dari kedua pihak. DAP keluar akhirnya. PRU-2004 UMNO mendapat kemenangan paling berharga dalam sejarah Merdeka hasil perpecahan yang berjaya dilakukan itu.

7.      Kemenangan PRU-2004 oleh UMNO bukan diraih semuadah itu, perlu diingat juga ia adalah natijah projek sangat besar sebelum itu. Tahun 2003 jumlah kerusi parlimen Malaysia ditambah di hampir semua parlimen yang menjadi kubu kuat UMNO, MCA dan MIC. 

Belum pernah persempadanan dikerjakan sebegitu dahsyat dan zalim pada sistem demokrasi ini sejak Merdeka. UMNO memperuntukkan kerusi yang banyak di kawasan bukan Islam demi memecahkan sokongan yang hilang pada tahun 1999, malah diolah pula parlimen pembangkang dengan merosakkan geografi pilihanraya demi memastikan pengundi  Islam terpecah dan tidak mengundi pembangkang (BA = Barisan Alternatrif).

8.      Kali pertama juga dalam sejarah pilihanraya pasca Merdeka, kaedah gerrymendering dimanipulasi semaksimanya dihampir semua parlimen pembangkang; berlaku pertambahan dan pecahan yang sangat besar luar tabi'e demokrasi. 

Hakikatnya gerrymendering yang dah pun diharamkan di hampir semua negara dunia termasuk negara maju telah digunakan oleh UMNO demi survival politik bangsa yang mereka bawakan dengan terkeluarnya DAP dari BA.

9.      Hakikat yang berlaku; negeri dan parlimen utama Melayu dan Islam yang majoriti dipegang oleh PAS dan PKR langsung diabaikan, malah dibesarkan jumlah pengundi melangkaui 100,000 orang dalam satu-satu parlimen. 
Kubu-kubu UMNO, MCA dan MIC dipecah sekecil-kecilnya demi mewujudkan parlimen baru walau jumlah pengundi hanya 10,000 lebih sahaja setiap parlimen!

10.  Tiga kubu BN; Johor, Sabah, Sarawak menerima pertambahan parlimen mendadak, dan negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Perak langung tidak berubah, atau sangat minimum. Malah Kelantan, Terengganu yang bermajoritikan Islam dan Melayu langsung dinafikan tertubuhnya parlimen baru, walau itu hak rakyat Melayu Islam di sana. 

Sampai ada yang geografi parlimennya lebih luas dari Pulau Pinang dan Perlis. Kawasan Melayu Islam seperti Kapar, Baling, Kuala Kedah, Kuala Terengganu contohnya dirosakkan dengan lambakan pengundi luar jangka melebihi 90,000, sedang kawasan selamat pembesar-pembesar UMNO dan MCA di Johor, Pahang dihadiahkan parlimen baru dalam jumlah puluhan ribu sahaja.

11.  Kesan kekalahan PAS dan pembangkang dalm PRU11 tahun 2004 hasil dari gerrymandering itu memposisikan jumlah ahli Parlimen pembangkang yang sangat rendah dalam sejarah Merdeka.

Fakta Angka (merujuk graf peratusan kemenangan kerusi UMNO)

12.  Sebaik selesai PRU11 tahun 2004, PAS duduk semeja dengan rapi bersama DAP, berpakat merancang dan meletakkan agenda menumbangkan kezaliman dan rasuah, dan mengislahkan sistem demokrasi  sebagai perjuangan bersama. 
Kali ini PAS menggerakkan ijtihad tahaluf siyasi sekali lagi dengan kefahaman dakwah dengan mengguna pakai seruan pelbagai ulamak dunia, ikhwan, termasuk sahabat gerakan-gerakan Islam dunia. 

Ketelitian itu sangat perlu disebabkan ijtihad PAS itu berdasarkan waqie' dan menjadi kali pertama dalam sejarah dunia untuk sebuah parti Islam bekerjsama dengan satu parti bukan Islam berdasarkan sirah Hudhaibiyyah.

13.  Tahun 2008, PAS PKR dan DAP masuk dengan kebersediaan dan memahami apa yang diperjuangkan. PR pada masa itu masih terpaksa menghadapi kesan kezaliman gerrymandering tahun 2003 itu; iaitu rakyat hanya mampu memnentang kezaliman apabila perjuangan bukan atas nama bangsa diletakkan di hadapan. 

Kawasan pengundi berdasarkan gerrymandering yang dipecah-belahkan mengikut perkauman itu hendaklah disatukan dengan satu pakatan yang faham.

14.  Kesan paling besar buat pertamanya kalinya dalam sejarah PRU; 109 kerusi UMNO yang dikecapi 2004 (49%) telah jatuh kepada 77 (35%) sahaja. Namun hakikatnya juga kerusi Melayu Islam di Parlimen dari PAS atau PKR terus mendadak dari 8 kepada 44 kerusi (pertambahan 450%). 

Malah jika dicampur kerusi Melayu Islam dari UMNO dan BN, jumlah sebenarnya turut bertambah daripada 123 (55%) kepada 130 (59%). Tidak ada yang berkurang, malah lebih untung!

15.  Itulah sejarah kekalahgan yang paling buruk pasca Merdeka yang dialami oleh UMNO dan BN, melangkaui kekalahan 1969 40 tahun lepas. BN juga tersentak tatkala Cina dan bukan Islam meninggalkan MCA dan MIC untuk bersama DAP dan PR, walhal mereka baru sahaja dihadiahkan persempadanan pilihanraya baru pada 2003 lepas!

16.  Habis PRU12 tahun 2008, UMNO hiolang punca. apakah lagi formula persempadanan terbaik yang boleh dimanipulasikan mereka. Oleh itu tahun 2011 lepas UMNO menyatakan mereka tidak lagi berani melakukan perubahan kawasan parlimen walaupun cukup 8 tahun tempoh matangnya seperti yang digariskan dalam perlembagaan.

17.  Fakta ini begitu jelas bagi yang mengkaji, namun diselindung dengan sengaja oleh UMNO, diperlekehdan dan disorok oleh kepimpinan NGO Melayu yang saya jumpa. Mereka mahu apa jua  fakta tidak diketahui umum demi memainkan sentimen bangsa dan agama yang dicanangkan pada pengikut masing-masing yang naif. 

Mereka juga tidak sebutkan angka kejatuhan kerusi bukan Melayu 4% di parlimen, dan mana perginya 4% itu kalau bukan kepada ahli parlimen beragama Islam?

18.  Fakta yang digemburkan adalah pertambahan DAP dari 13 kepada 41 kerusi parlimen (215%), sebaliknya didiamkan fakta hampir semua kerusi MCA jatuh pada PR termasuk yang kembali kepada Melayu Islam.

19.  Inilah formula baru selain persempadanan yang dicanang penuh emosi oleh UMNO dan pelbagai NGO Melayu dan NGO Melayu Islam dalam banyak perbincangan saya. 

Mereka tidak berminat jika kita mahu membetulkan angka itu. Maka berkempenlah mereka menggunakan formula sentimen perkauman dan agama yang telah UMNO perkenalkan itu.

Bagaimana hak ummat Islam boleh dikembalikan dengan panghapusan gerrymandering (graf jumlah pengundi setiap parlimen)?

20.  Merujuk figure kecil di atas (jumlah pengundi setiap parlimen), menunjukkan BN dan UMNO hanya menang di kawasan parlimen yang dikecilkan sekecil-kecilnya hatta di bawah jumlah purata Malaysia (50,000 satu parlimen) (warna biru). 

Mereka menang hampir semua parlimen yang baru diwujudkan tahun 2003. Sungguh beruntung rakyat Johor, Sabah dan Sarawak dan Pahang.

21.  Sebaliknya kawasan dimenangi PR walaupun terpaksa berhadapan dengan lambakan pengundi luar logik demokrasi, tetap terus dimenangi oleh PR pada 2008 hasil kerjasama tahaluf dengan rakan PR termasuk DAP, walau belum mencukupi majoriti untuk berkuasa di parlimen. Persempadanan SPR boleh dilakukan pembetulan setiap 8 tahun.

22.  Arahan pada SPR untuk gerrymenadering diperbetulkan hanya boleh dilakukan tatkala PR menguasai parlimen melalui pengislahan demokrasi yang diperjuangkan oleh BERSIH tersebut, iaitu memulangkan hak pengundi kepada rakyat secara adil. "Level"kan playground!

23.  Tanpa kuasa parlimen, mustahil UMNO akan berikan semula hak-hak Melayu Islam tersebut. Apa yang SPR kena buat hanyalah membuang elemen gerrymendering dalam persempadanan lepas, dan patuh sepenuhnya pada formula persempadanan yang termaktub dalam perlembagaan. Ia dilihat sangat adil menerusi kacamata demokrasi.

24.  Oleh itu jika kemenangan dicapai, dan keadilan kawasan pilihanraya dilaksanakan, maka sudah pasti PR terutamanya kawasan Melayu Islam yang ditandingi oleh PAS bakal mendapat pertambahan kerusi yang mendadak; contohnya Kapar, Baling, Kuala Kedah, Kuala Terengganu, Shah Alam, Kota Raja, Lenggong etc. 

Dan  sebaliknya jika taburan kerusi di kubu-kubu UMNO diadilkan semula kepada jumlah purata lingkungan 50,000 seperti yang sepatutnya, maka BN khasnya UMNO bakal kehilangan hampir 29 kerusi parlimen "haram" yang telah sengaja diwujudkan pada 2003 lepas.

25.  Itulah realiti sebenarnya; bukan sahaja suara Melayu Islam di parlimen sedang meningkat dalam percaturan tahaluf siyasi sekarang, bahkan suara Melayu Islam bakal menghampiri 2/3 parlimen jika perlaksaan pilihanraya adil itu berjaya dilaksanakan selepas pembetulan elemen gerrymandering. Ianya hanyalah perubahan sokongan dari UMNO kepada PAS atau PKR.

26.  Apa yang pasti; usaha membenteras kezaliman yang sedang diusahakan oleh PR pada masa ini bukanlah semudah selepas PRU13 kelak untuk ummat Melayu Islam terus merasai buahnya, tetapi ia hanya bermula selepas pembetulan persempadanan semula pilihanraya yang hanya akan dikuatkuasakan untuk PRU14 tahun 2018 kelak.

Nasihat buat Saudaraku ISMA: Kezaliman tidak subur bersama Islam

27.  Kepada saudara seperjuangan dari NGO Melayu Islam ISMA khususnya, fakta di atas hanyalah sebahagian dari kezaliman sistem demokrasi yang dilaksanakan di Malaysia yang terus disorokkan oleh pemimpin kamu. 
Saya belum bercakap 8 lagi tuntutan BERSIH yang sudah tertera disebabkan Presiden ISMA berkata dia menyokong sepenuhnya tuntutan itu, cuma dia takut jika UMNO laksanakan tuntutan itu ia bakal merugikan Islam. Rujuk ucapan dan tulisan dia!

28.  Percayalah, tanpa berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mencapai tuntutan BERSIH dan 'adil tersebut, termasuk ISMA yang sangat bencikan mereka yang menyertai BERSIH, dan selagi suara yang membencikan kezaliman tidak mendominasi parlimen, selama itulah hak Melayu dan Islam bakal terus dinafikan. 

Selama itu jugalah Islam bukan sekadar gagal disyariatkan sebagai dasar negara, bahkan gagal dilaksanakan dalam konteks hidup harian dan mu'amalah. Selama itulah juga Islam bakal terus dizalimi oleh pemimpin Islam yang sangat tamakkan kuasa.

29.  Bagi Ketua-Ketua ISMA dan Ketua Syuranya yang masih takut atau teragak-agak untuk Islam dan bangsa Melayu itu berdiri jika keadilan terlaksana, maka saya ingatlah ayat Allah; "berlakulah 'adil, sesungguhnya itu lebih hampir kepada ketaqwaan". Kezaliman dan kemungkaran tidak mungkin berpadu serentak. 

Perpaduan bangsa dengan membiarkan kezaliman dan rasuah berterusan pasti gagal melaksanakan apa jua agenda Islam dan ummahNya yang semua kumpulan Islam mahukan.

30.  Buat mereka, saya ulang dengan jelas pernyataan yang diberikan baru-baru ini; "keutamaan yang lebih penting sekarang adalah menumbangkan kezaliman dan perasuahnya, ia bakal meletakkan semula hak dan keadilan di tempatnya berdasarkan apa yang termaktub dalam perlembagaan, dan dengan itulah Islam boleh bertapak semula". 

Saya juga nyatakan saya cintakan agama dan bangsa saya, dan saya mahukan mereka menjadi ummah yang terbaik, bukan dihina.

31.  Dan pasti itu bukan penutupnya, kerana agenda Islam mestilah berterusan bukan terhenti di kertas undi dan parlimen. Itu hanyalah kaedah yang ada pada masa ini.

32.  Sebagai agama murni dan hanif, 'adil dan hanya tertegak atas keadilan beserta hujjah, dan benckan kezaliman, ia tidak sesekali meredhoi wujudnya penindasan dalam apa jua keadaan sekalipun, walau kononnya atas nama untuk kuatkan Islam sekalipun. 

Saya malu, sebagai penganut aqidah Islam ini jika agama saya ini tidak mampu berdiri atas sistem yang 'adil itu.

Ayuh Ikhwah seperjuangan;

Percayalah sahabatku semua dari mana pertubuhan sekalipun; atau yang tidak menganggotai apa sekalipun; komposisi Islam mempunyai masa depan sangat cerah dalam negara kita tatkala keadilan dalam demokrasi itu ditegakkan. 

 Itu janji Allah. Untung utamanya dengan keadilan itu ditegakkan adalah tetap pada bangsaku Melayu yang beragama Islam ini.

Begitulah juga tidak nilainya kamu anda terus berkokok "ISMA sayang PAS", 

"ISMA sokong PAS calon PAS tulen dalam PRU13", "ISMA sangat benci UMNO", tapi natijah perbuatan membohonginya. Kata nabi; "berkatalah yang baik, atau pun diam". 

Yakin itulah yang terbaik buat ISMA pada masa ini jika masih segan-silu nak ucap "ISMA sayangkan UMNO" demi Melayu sekalipun.

Fahamilah perpaduan sebenar; adakah setakat menyelamatkan beberapa kerat pembesar UMNO yang kelemasan tersebut, atau mahu selamatkan bangsa Melayu dan Islam? 

Apa pula yang ISMA faham erti perpaduan yang Allah nukilkan? Cukuplah pesanan Rasul untuk setiap Muslim tidak jatuh dalam lubang sama dua kali. 

Bukan disebabkan sakitnya jatuh itu, tapi rugi dalam perjuangan yang dilalui ini.
Juga takutilah ayat Allah; tatkala si Muslim tidak mahu lagi perjuangkan kebenaran dan keadilan, si Muslim pula bercakap isu perpaduan melebihi seruan Allah, maka pada masa itu Allah bakal gantikan mereka yang lain. Di mana kamu ketika itu?

Ikhwah yang dirahmati;

Tulisan saya pasti mengguriskan ramai rakan yang rapati sejak 2005 tatkala kamu baru mahu bertatih. Disebabkan saya kenali kamu, sejarah lahir kamu, dan saya sayang saudara seperjuanganlah, maka saya hulurkan cebisan ubat yang pahit ini.

Saya tanam dan pegang dalam diri konsep "nata'awun fimat tafaqna, wana'dhoru fi makhtalafna..."(bekerjasama dalam perkara yang disepakati, dan berlapang dada dalam perbedaan pendapat). Saya pegang sungguh disiplin itu dalam setiap 'amal dan tarbiyyah selama ini, berhadapan dengan pelbagai perbezaan dan jama'ah Islam.  

Saya sanggah siapa sahaja yang tidak melaksanakannya, walau sahabat-sahabat saya!. Namun itu bukanlah suatu yang memberhentikan saya dari menegur kamu apabila telah terlampau!

Seruan saya jika "sayang", maka berjumpalah dan bercakaplah! Tak usahlah lagi kamu berdolak-dalik malah berbohong dalam FB dan tulisan "dah pernah berjumpa", "dah hubungi orang itu dan ini", "kami mahu jumpa tapi PAS tidak mahu jumpoa kami", dan entah macam-macam lagi alasan.

Berfikir sebelum bercakap, dan ber'amal dengan faham.

Wallahu'alam.

http://tulahan.blogspot.com/2012/05/isma-berniaga-beras-jati.html