Friday, August 16, 2013

Semua perkara baik yang dibuat oleh DAP ialah taqiyah??

Mentaliti cocoon pemimpin dan ahli DAP terserlah lagi dengan menganggap apa juga perkara baik, sikap toleransi dan persefahaman yan cuba ditunjukkan oleh golongan bukan Islam sebagai berura-pura dan taqiyah.

Apakah tidak mungkin mereka benar-benar bersimpati  dan ingin membantu?

Kenapa tidak hulurkan tangan dan berikan penerangan kepada non-Muslim mengenai islam dan pendirian kita?

Kenapa terus menerus membina tembok?







Tuesday, August 6, 2013

Pemimpin ISMA bina mentaliti 'cocoon' di kalangan pengikut, seperti katak di bawah tempurung.

Lihatlah betapa sempitnya pemikiran pemimpin ISMA. 

Seolah-olah kita tidak boleh langsung meminta bantuan non-Muslim bagi membantu membela umat Islam sejagat. 

Salahkah kita mengajak mereka memahami perjuangan kita?   

Rasulullah juga mendapat bantuan  ramai pemimpin kafir yang memahami perjuangan baginda.



Tetapi ada kalanya  mereka pun OK.. lihat dan nilai sendiri:  http://ismawatch.blogspot.com/2013/02/kat-belakang-kutuk-lim-guan-eng-dan-dap.html


Sila baca ulasan Tuan Haji Nahar, salah seorang pemimpin IKRAM:





Ada rakan yang memanjangkan print screen ini kepada saya.

Ini merupakan komen tentang Forum Mesir yang diiklankan pada fb Page Mesir Kini.

Forum ini adalah anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia, Tamil Foundation (yang banyak memperjuangkan nasib golongan India yang kurang mendapat pembelaan) serta KL & Selangor Chinese Assembly Hall (Civil Rights Committee) dan disokong oleh Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

Ahli Panel Forum ini adalah Dr Alaa Hosni (ahli akademik dan warga negara Mesir), Dr Maszlee Malik (ahli akademik dan penganalisis Timur Tengah) serta Josh Hong (penulis dan penganalisis politik yang juga merupakan kolumnis Malaysiakini).

Forum ini telah berlangsung malam tadi dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan hampir setiap kerusi di Auditorium KLSCAH dipenuhi peserta. Sekitar 50% adalah bukan Islam.

Semua ahli panel bersepakat bahawa rampasan kuasa tentera adalah buruk bagi mana-mana negara. Sejarah beberapa rampasan kuasa di Thailand serta di Mesir pada tahun 50an adalah antara buktinya.

Berbalik kepada komen ini, saya merasa seperti mahu ketawa tetapi ada juga rasa kasihan dan pelik serta gusar juga kenapa begitu sekali pandangannya. Seolah-olah menutup pintu dan ruang untuk melakukan "engagement" dengan golongan yang bukan Islam...

Adakah begini yang Rasulullah saw ajar kita?

Ramai tokoh-tokoh gerakan Islam termasuk pimpinan Ikhwan Muslimin, apabila berkunjung ke Malaysia sentiasanya menasihatkan kita untuk mengadakan hubungan dan "engagement" dengan golongan bukan Islam kerana mereka adalah mad'u kita dan mereka ada hak terhadap kita untuk mengetahui isi kandungan ajaran Islam dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Selepas majlis forum malam tadi ramai kalangan yang bukan Islam mengatakan bahawa forum tersebut telah memberi banyak pendedahan dan membuka mata mereka yang selama ini tidak mendapat maklumat yang tepat tentang perkembangan di Mesir dan peranan Ikhwan Muslimin.

Moga kita dipandu dengan pandangan yang tepat berkaitan hubungan kita dengan bukan Islam serta usaha-usaha mencari persefahaman antara rakyat Malaysia bagi membangunkan masa depan Malaysia yang lebih makmur, aman dan sejahtera...
—