MERUJUK kepada kenyaataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang mengatakan bahawa Pas tetap akan laksana hudud kalau ke Putrajaya nanti.
Saya berpendapat bahawa Pas harus jujur dengan masyarakat tentang isu ini.

Kenyataan Pas itu  mungkin boleh mengelirukan masyarakat Islam kebanyakan yang menyangka bahawa perjuangan ke Putrajaya adalah untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan negara Islam dan hukum hudud.

Ada pengikut Pas yang sanggup bertindak kasar terhadap pihak lain kerana menyangka bahawa sesiapa yang menyebabkan Pas/PR tidak dapat ke Putrajaya sebagai berdosa.

Pas tahu bahawa negara Islam dan hudud bukan agenda PR kalau berjaya ke Putrajaya. Jadi kenyataan bahawa Pas akan melaksanakan hudud akan hanya mengeliruakan pengundi.

Jika Pas benar-benar jujur ingin melaksanakan hudud diharap ia berusaha memasukkanya kedalam menifesto PR.

Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden Isma

http://www.sinarharian.com.my/isma-mahu-pas-jujur-kepada-pengundi-islam-1.154669