Wednesday, February 13, 2013

Double Standard..PAS tak boleh kawan DAP, tapi UMNO kawan MCA yang anti-Islam tu OK pulak??

ISMA minta PAS kaji semula tahaluf siyasi bersama DAP

KOTA BHARU – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) meminta Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengkaji semula tahaluf siyasi mereka bersama parti DAP.
Naib Presiden 2 ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, tahaluf siyasi adalah satu perkara yang memerlukan disiplin syarak yang cukup ketat.
“Saya tidak mengatakan tahaluf itu haram secara mutlak, tetapi hukum tahaluf itu sangat ketat dan perlu dijaga dari semasa ke semasa.
“Jadi saya menyarankan PAS membincangkan kembali tentang tahaluf ini dan membuka perbincangan tentang strateginya,” ujarnya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

MCA ANTI ISLAM!!! ISMA , JATI minta PAS tinggalkan DAP, Kenapa tidak minta UMNO tinggalkan MCA? 



1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah:

• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.


3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut:

• “What’s so great about knowing Muslim values?” 
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”

4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.

• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS” 

“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju) 

6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.

7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :

• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)

• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.

14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

http://paspb2.blogspot.com/2012/10/mca-anti-islam-isma-minta-pas.html

Saturday, February 9, 2013

Lagi kisah pelik kumpulan serpihan..



Fahimah M Hambari Terima kasih di atas perkongsian ni. Dulu waktu belajar di Adelaide, saya juga join usrah ISMA. Tetapi byk perkara yang tak dijelaskan esp pasal sejarah penubuhan, ape berlaku dgn IM dan ISMA, saya ade bertanya pada naqibah waktu tu, tapi jawapan yang diberikan "kita tak perlu nak confuse kan diri fikir pasal apa yang berlaku di peringkat atasan, complicated, mari tumpukan pada pembinaan diri"
Jwpn lain: walaupon ISMA bukan officially under IM, kita ikut method IM, ikut cara hassan al-banna. 

Rasa tak layak utk komen ape2, sebab saya hanya org biasa. Tapi just nak share pengalaman sewaktu pernah di bawah usrah ISMA dulu, officially keluar pada 2010. Antara insiden yang berlaku yang buat saya rase tak selesa: (saya hanye ahli biase time tu, observer jea)

1) isu perebutan anak usrah antara ISMA IKRAM, lepas tu bila meeting, cara stgh2 naqibah tu berkata seolah2 ISMA ni berlapang dada, IKRAM yang tak berlapang dada (waktu itu la)

2) ade sorg naqibah ni siap kata lagi - daripada adik2 ni join IKRAM, baik xpayah join usrah langsung (saya sbg org biase tersentak dgn kata2 tu, keluar dari mulut seorg da'i)

3) Sewaktu usrah, diterapkan pasal kepentingan individu muslim, baitul-muslim etc.. selalu diterapkan islam perlu dinaikkan melalui individu yang baik. tak boleh guna kuasa mcm yang PAS buat. (tapi skang ISMA nak join politik pulak) padahal dulu seolah2 ditanam dalam hati anak2 usrah ni, politik msia rosak, lupakan jela. Cara PAS join politik tak kemana. (lebih kurang mcm ni la ape yg sy faham bila join ISMA dulu) 

4) Bila ditanya pasal ape yang berlaku sebenarnya antara ISMA, IKRAM, IM. Tak pernah dapat jawapan yg betol2 jawapan, mesti akan kata tak perlu utk peningkan kepala fikir hal org atasan, yang penting pembinaan individu muslim. 

5) Ade sstgh ahli ISMA selalu kata pada saya yang dalam PAS ni byk syiah, PAS pro-syiah, bagi nama kepimpinan PAS yang syiah. Seolah2 dia kata kalau sokong PAS, takut nnt kita mcm sokong syiah. Sy berpendapat dalam PAS, byk ulama dan ade syura yang boleh ambil keputusan, mereka pastilah dah membincangkan isu ini. Tak perlu la kita org luar nak komen ape yg berlaku dalam jamaah tu mcm kita plak lebih tahu. Tak takut ke kalau apa yang diorg ckp ni salah? Jadi fitnah pulak. 

6) ISMA mungkin berniat baik, tapi kdg2 nak tegur PAS, kenapa mesti guna sidang media? Update dekat status kat facebook la especially kepimpinan. Sy xsetuju dengan pendekatan itu. 

Maaf kalau ade terkasar bahasa, saya bukan pendakwah mcm antum semua, hanya muslim biase jea. Ni just share experience sendiri. Dulu bila ISMA kata mcm2 pasal PAS, sedih rasa sebab arwah ayah saya ahli PAS yang sgt berdedikasi, dan sgt ikhlas dalam perjuangan.
14 hours ago · Like · 9




Ahmad Sayuti Bashiron Jzklh Ukht Fahimah M Hambari,

[1] Saya rapat dgn Hj Hambari [alfaatihah] dan keluarga enti, walau mungkin enti x biasa. Waqafan rumah itu satu yg sgt ikhlas dari jiwa pejuang yg ayah enti tunjukkan. Sungguh bangga ibu enti dgn semangat juang almarhum sampai akhir hayatnya. Tak pernah rasanya kalau saya drive di jalan besar depan rumah enti itu tanpa terdetik ruh azam jihad dlm diri... Sunggh besar kesan "dakwah haaliah" yg al-marhum laksanakan pd diri saya!

[2] Sebenarnya; bukan sikap saya utk berckp terbuka begini secara tegas & keras khususnya dlm isu taadud [kepelbagaian jamaah]. Saya lebih suka medan dakwah fardhiyyah. Saya cuba pelihara adab seawal saya tahu adanya jamaah lain atas muka bumi M'sia yg sama2 buat dakwah. Namun teguran saya skrg saya direct kan buat qiyadah [kepimpinan] Ikatan Muslimin Malaysia yg sedang melakukan pelbagai proses indoktrinasi lembut, dan kadang2 siri "memberi maklumat salah" [deception] demi membentuk jatidiri adik2 usrah ISMA. Perkara itu berlarutan sejak sekian lama, sejak pendekatan syadid itu dibawa pulang ke M'sia dari Mesir.

[3] Adik2 ISMA berada dlm satu ukhuwwahyg rapat, perasaan tsiqah yg tinggi pada naqib/naqibah. Itu kejeyaan mereka. Dan saya tidak pernah sesekali bertanya ttg keikhlasan mereka. Tapi bahaya yg berlaku adalah mereka didoktrinkan bahawa ISMA lah shj yg buat dakwah dan menafikan sumbangan para duat lain. Disitu jelas kegagalan FAHAM mereka dlm ber'amal. ISMA menafikan konsep taawun dlm berjamaah.

[4] Adik2 ISMA, blh dikatakan majoriti mereka di nafikan dari mencari faham ttg gerakan Islam atau jamaah lain... "jom kita fokus 'amal kita..." Itulah yg membentuk budaya "keakuan" dan rasa ecxlusivity yg sgt tinggi buat adik2 itu. Ia terbina sedikit demi sedikit utk membentuk jiwa yg akhirnya memimpin semula usrah yg lain dgn ulangi doktrin yg sama. Warisan "tak faham" sejarah itu menjadi barah yg sgt bahaya sebab akhirnya adik2 yg ikhlas itu dgn mudah bertukar menjadi "retaliate" atau sikap rebellious dlm berhadapan jamaah lain. Contoh2 berebut beg itu adalah sgt biasa buat ISMA!

[5] Bukan setakat IKRAM yg mereka cuba sorokkan pengkhiatan dlm sejarah ISMA, tetapi sikap yg jelas adakah mengajak individu tertentu, atau anak individu tertentu yg sudah intimak dlm sesebuah tanzim utk bersama mereka. Dan bila sudah berjaya, indvidu itu dijadikan modal utk dakwah mereka sbg umpan ahli2 lain...

[6] Sikap itu juga yg membentuk keperibadian anak2 itu yg begitu ramai jumlahnya utk "menderhaka" pd ibu & bapa masing2. Mereka bersikap kasar dan tak menghormati ibubapa hanya kerana mahu aktif dlm ISMA, dan mengutamakan naqib danqiydah berbanding ibu bapa. Contohnya.. 

[7] Di situlah peranannya Hadith Ghulam Dakwah yg dimanipulasi disuntik oleh pimpinan2 yg memberi pengisian utk megharuskan sikap pertentanagn dgn ibubapa. Bukan sedikit, amat ramai. Enti blh lihat & baca sendiri sendiri tangisan beberapa ayah dlm tulisan di FB saya terhadap anak2 yg menderhaka itu, dan mereka adalah pimpinan2 utama ISMA Australia, ISMA Adelaide, ISMA Mesir dan ISMA Jordon. Bagi anak2 itu, tak apa dan tak kisah ranapnya perasaan ayah dan ibu asal blh menjunjung slogan dan logo NGO mereka. Maaf pd semua yg membaca pd perkongsian fakta ini, dan buat yg terlibat, masa utk mencari redho ibu ayah kamu itu masih terbuka!

[8] Dan selain enti, saya bersyukur dgn sedikit perkongsian yg saya cuba share i/Allah memberi manfaat pada ramai ikhwah ISMA atau ikhwah semua jama'ah atau yg baru mahu berjinak dgn dakwah yg sudah berjumpa dgn beberapa fakta yg mereka cari. A'lillah, saya rasa sudah berpuluh yg menyatakan dlm diam secara msg PM kpd saya etc mereka sudah mahu tinggalkan ISMA dgn pelbagai point yg enti & saya sebutkan. Walau hakikatnya mereka telah kerugian sedkikit golden age masa zaman kampus... 

[9] Kita mungkin tak mampu merubah generasi 40an ISMA yg membolot qiyadah & syura ISMA itu, tetapi saya lebih sasarkan generasi Y atau yg dibawah 30an yg masih meniti zaman students dan baru mahu bertatih dlm dakwah. i/Allah pembetulan dan tajdid niat dan amal antum dlm acuan yg jelas mampu menjadikan adik2 itu cemerlang dlm dakwah di masa depan yg lebih mencabar, selain kejayaan career dan keluarga!

[10] Ujian utk enti? Itu sudah biasa, di kalangan students yg dibuang dari usrah atas sebab tertentu dan dipulau sudah sgt biasa bg mereka, dimana shj. Adelaide ini antara lubuk pembinaan sikap taasub dan "hizbiyyah melampau" itu. Saya yakin enti sudah lihat dgn jelas apa yg berlaku... 

Sabar dan tasabat dlm apa yg diputuskan, dan hadapi apa2 ujian yg mendatang.

_

Siiru 'ala barokaatillah!
Gunakan apa yg baik yg telah diwarnai oleh ISMA itu utk laksanakan terus 'amal dakwah dlm apa jua keadaan sekalipun,ikut syakilah masing.

Enti seorg "doktor muslimah", masya Allah lapangannya sgt luas utk dakwah! Jangan lepaskan peluang dakwah kita ini!

W'alam

Sejarah Penyelewengan Kumpulan Serpihan



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151375640454876&set=a.10150215629584876.329083.632394875&type=1&theater




Susulan diskusi lepas yg bincangkan isu dakwah yg diabaikan, perlu saya tekankan adalah penting utk siapa shj yg terlibat dlm kerja2 dakwah utk FAHAM bahawa perlaksanaan dakwah itu mempunyai rukun tersendiri yg WAJIB dipatuhi demi memastikan kejayaannya. 

Salah satu yg sgt penting dihayati adalah uslub atau kaedah dakwah itu dilaksanakan. 

Perlu saya terangkan; rukun FAHAM itu mnejadi jauh lebih penting daripada IKHLAS, sebab faham itu menjadikan pelakukanya tahu bertindak. Faham dan berilmu dua benda yg berbeza, sebab tak semua yg "berilmu" itu faham! Dan hakikatnya kerja dakwah ini memerlukan seseorg yg berilmu utk lebih FAHAM...!

Tanggungjawab dakwah dibuat secara sama ada fardhi & jamaie, dilakukan mengikut keadaan, sesuai hadith nabi menahan kemungkaran. 

Dakwah harapannya adalah perubahan [inqilabiyyah] demi melawan sistem kuffar yg lebih besar, maka kewajipan sang pendakwah bergerak dlm kumpulan [amal jama'ie] tidak dapat dinafikan, malah itulah kerja para Nabi sejak bermulanya nubuwwah. Maka utk melakukan perubahan itu, penyusunan & keseragaman fikir/bertindak [wehdah fikri & 'amal] adalah satu KEWAJIPAN, dan ia hanya blh berjaya jika dilaksanakan dlm organisasi yg tersusun rapai.

Firman Allah ttg kepentingan bergerak dlm saf tersusun;

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah mengasihi org yg berperang utk membela agamaNya, dlm saf tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yg kukuh.
[As-Sof: 4]

Berdasarkan ayat di atas;
Salah satu rukun yg wajib difahami oleh sang pendakwah yg terlibat dlm sesebuah organisasi adalah kewajipan PATUH & WALAK pada keputusan organisasi atau syura yg mengikat setiap gerakan pendakwah. Syura merupakan keputusan bersama mereka yg diberi amanah yg terdiri dari "ahli halli wal 'aqdi" yg mempunyai tsiqah & keimanan yg mantap utk memutuskan secara jama'ie apa2 jua keputusan utk dilaksanakan oleh sesebuah gerakan.


Ikhwah du'at, itu betapa pentingnya syura!

Meniti lakaran sejarah dakwah Malaysia memberikan kita MUHASABAH ttg ujian & kaffarah Tuhan apabila kejadian dimana keputusan syura itu dilanggar, atas apa jua alasan sekalipun adalah satu yg sgt merugikan. Melanggar syura yg dibuat secara jama'ie danbetul kaedah perlaksanaannya hanya melahirkan kerosakan dlm dakwah oleh individu atau kumpulan yg melanggar itu. 

Kisah sudah berderet dlm simpulan dakwah tanahair M'sia :)

Antaranya pengalaman PAS sendiri sepanjang meniti dakwah dlm wasilah kepartian sistem demokrasi M'sia, 

Saya kongsikan;

[1] Tertubuhnya "Perikatan Bebas Bersatu Kelantan" diketuai oleh Ahmad Fakharudin menentang keputusan syura PAS menyertai Perikatan [BN] pada tahun 1974.

[2] Tertubuhnya Kesatuan Insaf Tanah Air [KITA] yg diketuai Hashim Gera, seorg Ahli Parlimen PAS di Parit 1969 yg dipecat selepas kes disiplinnya. Keduanya mengambil keputusan melawan PAS dlm PRU 1978 walaupun kalah, dan akhirnya terkubur.

[3] BERJASA ditubuhkan 1978 oleh bekas MB Pas Kelantan, Datuk Muhammad Nasir berikutan konflik kuasa & balak selain protes terhadap YDP PAS Datuk Asri Muda. BERJASA menjadi komponen BN dlm PRU 1978 yg menjadikan antara faktor PAS tumbang di Kelantan.

[4] HAMIM ditubuhkan 1983 oleh bekas YDP PAS sendiri, Datuk Asri Muda yg keluar PAS ketika Muktamar 1982, menyebabkan PAS kalah teruk dlm PRU 1986 apabila beliau akhirnya menyertai BN. Tindakan itu adalah yg kedua berlaku dlm PAS selepas YDP PAS pertama Hj Ahmad Fuad Hassan bertindak serupa menyertai UMNO sebelum itu.

[5] HAMIM akhirnya kembali bersama PAS & S46 dlm Angkatan Perpaduan Ummah [APU] namun turut mewujudkan pula serpihan kumpulan yg tidak bersetuju dgn PAS atas nama ISLAH, walau akhirnya kematangan rakyat Kelantan menolaknya. Pimpinan ISLAH akhirnya menyertai UMNO sbg jalan akhir membantu UMNO dalam PRU 1995.

[6] Perkembangan mutakhir perlanggaran syura juga berlaku apabila Dato' Hasan Ali bekas Naib Presiden yg naik secara drastik dlm PAS bahkan diamanahkan sbg Pesuruhjaya PAS Selangor akhirnya dipecat apabila kecewa antaranya kerana gagal menjawat jawatan MB Selangor. Dan seterusnya melakukan pengkhianatan terhadap tahaaluf siyasi yg PAS usahakan bersama DAP & PKR yg beliau sendiri antara yg terlibat memutuskan kerjasama itu. Beliau akhirnya tubuhkan JATI yg kononnya berjuang utk Melayu & Islam yg sungguh mesra UMNO menolak PAS & PR.

[7] Terkahir, dlm dua minggu lepas [13 Jan 2013] bekas Timbalan Presiden PAS sendiri Ustaz Nasharuddin Mat Isa terpaksa digugurkan dari badan tertinggi Majlis Syura Ulamak PAS [MSU] apabila melakukan tindakan yg melanggar etika berjama'ah, bahkan merugikan perjuangan Islam. Teguran demi teguran terus diabaikan. Syura tidak dihormati, dipertikaikan secara peribadi. Nasib Ustaz Nasha masih belum diketahui, tetapi tidak terkejut jika beliau akhirnya mengambil jalan pintas sama seperti sejarah2 silam lampau. 

_

Ikhwah;
Itu hanya contoh dlm PAS, sebuah gerakan Islam di medan siyasah yg pastinya cabarannya sgt TINGGI!

Saya mahu kongsikan juga contoh luar dari gerakan PAS yg sebahagainnya melibatkan sahabat2 saya dari NGO2 gerakan Islam yg tidak kurang ujian mereka lalui.

Sejarah melakarkan gerakan2 dakwah lain turut diserang sikap perlanggaran syura oleh ahlinya,
antaranya;

[8] Al-Arqam ditubuh sekitar 1973 keluar dari PAS oleh Ketua Lajnah Tarbiyyah PAS sendiri atas alasan mahu fokus pd sistem pentarbiyyah ruhiyyah sendiri, dan akhirnya tenggelam dlm aurad Muhammadiyyah yg difatwakan sesat.

[9] ABIM yg sungguh gemilang & berjaya di era 1970an telah terpecah kpd ABIM Pusat, ABIM Kedah & ABIM Perlis setelah tindakan Anwar Ibrahim memasuki UMNO utk cubaan membetulkan kezaliman & kerosakan UMNO dari dalam. Keputusan membelakangkan syura itu berpanjangan kesan berangkainya [domino effect] terhadap landskap dakwah di M'sia, yg akan kita sama hayati selepas ini...

[10] Kesan tindakan Anwar itu juga, ABIM Kedah memisahkan diri dari ABIM di peringkat Pusat dan ABIM Kedah terlibat memberikan sokongan terus kpd PAS, termasuk meneruskan sistem pengajian tersendiri di Dehrang & Kuala Ketil. Dan ABIM Pusat mengambil tindakan lebih berani utk meminta ahli2 ABIM seluruh M'sia mengundi BN dlm dua pilihanraya 1990/95 demi membantu Anwar mencapai hasratnya. Walaupun itu keputusan di pusat, tapi jelas UMNO tidak mengizinkan perlakuan itu terlaksana. Dan ABIM menjadikan itu satu "jatuhan lubang" yg penting dalam sejarah dakwah M'sia. Cubaan berdakwah dari dlm kerangka yg sudah rosak & zalim tanpa mahu menolak keseluruhan sistem UMNO itu jelas satu yg bathil. Kaffarahnya panjang buat Anwar atau ABIM sendiri.

[11] ABIM bangkit selepas ujian getir itu, dan meleraikan diri dari UMNO pasca tertubuhnya Gerakan Reformasi Rakyat [GERAK] 1998. ABIM diperingkat pusat telah bergabung bersama pelbagai gerakan Islam & parti politik lain apabila AlMarhum Fadhil Noor sbg Presiden PAS menubuhkan GERAK tersebut. Gabungan itu sungguh memberikan hikmah apabila PAS, ABIM, JIM berganding-bahu secara rasmi & pertama kali dlm sejarah meruntuhkan kezaliman UMNO & BN bersama sokongan parti politik lain [PKN, DAP, PSM]. Perbezaan yg kecil sudah mampu diketepikan [bertolak ansur] demi satu matlamat lebih besar. Namun tetap, ABIM akhirnya turut diserang sekali lagi oleh beberapa bekas pimpinan pusat sendiri yg keluar dan mengambil keputusan mesra bersama NGO atau UMNO demi menolak keputusan ABIM berpadu dlm gabungan itu. Itu ujian kedua buat ABIM.

[12] 10 tahun sebelum itu juga, ABIM Perlis yg tertubuh hasil tindakan Anwar tersebut dijenamakan sbg HALUAN [Himpunan Lepasan IPT] secara rasmi pada 1988 [tarikh tertubuhnya HAMAS] yg kekal kini kekal dlm medan dakwah tarbiyyah tersendiri. HALUAN meneruskan tarbiyyah lebih fokus tanpa pada kaderisasi pelajar & mahasiswa. Pada zaman itulah mereka menerima kehadiran ramai bekas pelajar2 luar negara termasuk yg ditarbiyyah oleh IRC & Ikhwan 'Alami Mesir utk bersama mereka ketika di M'sia. Kehadiran mereka diraikan dlm organisasi HALUAN setelah mereka tidak lagi mahu bersama dgn JIM yg dikatakan semakin bersama dgn UMNO, atau lebih tepat bersama dlm pgm2 kerajaan. Mereka diberi pegang amanah2 utama HALUAN termasuk ketua di negeri2 tertentu. Di situlah bermula siri kedua sikap perlanggaran adab jamaah tersebut.

[13] Kumpulan pelajar 'Alami Mesir itu asalnya adalah kumpulan pelajar yg sama ketika zaman hujung 1980an di Mesir yg menyokong & bernaung di bawah entiti di M'sia yg tidak dikenali masyarakat sbb telah wujud NGO ABIM dan PAS di dlm masyarakat secara berhadapan. Tanzim "tak bernama" kumpulan itu yg kebanyakan lepasan mahasiswa UK & Australia membuat keputusan bersama membantu PAS bukan di barisan hadapan tetapi menolak ABIM yg bersama UMNO. Hasil dari ijtihad mereka juga, yg turut melibatkan persetujuan PAS, maka tertubuhnya JIM [Jemaah Islam Malaysia] sekitar 1990 sbg wajah gerakan mereka dlm masyarakat. Sebagai NGO, mereka terlibat di dlm perlbagai agensi kerajaan. Tindakan itu terus ditolak secara total oleh mahasiswa Mesir tersebut yg berkata JIM telah melanggar dakwah dan lari dari perjanjian asal dgn PAS. Maka itulah yg menyebabkan sebaik sahaja mereka pulang ke M'sia, mereka tidak kekal lama bersama JIM dan menyertai HALUAN spt yg dinyatakan di atas. Itu adalah satu tindakan mengejutkan yg tidak dijangka oleh kepimpinan awal JIM sendiri.

[12] Namun sekitar tahun 1993 [seingat saya ketika itu] hampir semua kumpulan mahasiswa Mesir yg bersama HALAUN itu bertekad dgn satu keputusan yg berpecah dari syura HALUAN demi beusaha mengambil-alih kepimpinan HALUAN utk dibawa bersama ke dalam JIM. Tindakan itu dibantah dan berlaku satu mesyuarat khas di Kelana Jaya yg masih segar buat ramai ikhwah JIM/HALUAN. Dari tindakan itu juga, berlakunya kisah duka antara kedua jamaah JIM/ HALUAN utk beberapa ketika, walau usaha kumpulan itu gagal.

[13] Kumpulan yg sama yg tidak diterima oleh ABIM mahupun HALUAN akhirnya bersama kembali dlm JIM setelahditolak dari HALUAN. Mereka tetap gagal utk menerajui kempimpina JIM yg majorotinya di pimpin oleh bekas pimpinan IRC dan ramai senior dakwah dari Mesir yg lebih awal menubuhkan JIM. Maka utk JIM, berdasarkan latar belakang tarbiyah di Mesir yg diterima oleh kumpulan tersebut, maka JIM syura mengamanahkan mereka kaderisasi kampus dan sekolah, termasuk Hirak, Al-Amin & Hidayah. Demi penyusunan gerakerja itu juga, maka Ikatan "Siswazah" Malaysia [ISMA] ditibuhkan sekitar 1997 utk fokuskan pada kerja2 membantu tarbiyyah JIM.

[14] Namun masalah lain berbangkit, apabila kumpulan yg sama yg menerima amanah JIM tersebut sebaliknya melakukan seruan utk mahasiswa dalam M'sia dan luar [UK/Australia] bersama dgn NGO baru mereka mereka sbg sebuah jamaah dlm JIM. Perkara itu disedari dan berlaku campurtangan syura & dari kepimpinan Ikhwan Mesir sendiri yg membantah tindakan sabotaj sedemikian, dan Ikhwan meminta mereka kembali pd fokus asal kaderisasi tersebut. Namun ia diabaikan, dan sudah mula timbul di awal tahun 2000an tindakan dan doktrin di belakang syura yg mempopularkan idea JIM "sudah buang asolah dakwah" [keaslian dakwah], mereka diadik-tirikan dlm JIM [ie. hanya menjaga pelajar, bukan entiti2 ekonomi JIM etc] terutama setelah kemasukan pimpinan mereka Tuan Hj Saari Sungib, Dr Dzulkefly Ahmad IIl dan beberap lain ke medan politik. Sikap mereka pada ketika itu menolak keras penglibatan figures JIM dlm PAS tersebut.

[15] Sikap duduk bersama dlm organisasi tanpa tsiqah & walak pd keputusan syura itu berkekalan pada jiwa anak2 muda itu hinggalah mereka akhirnya mewujudkan entiti jamaah dgn menukar nama ISMA kpd Ikatan "Muslimin" Malaysia sekitar 2003 sbg sebuah NGO baru yg dizahirkan secara rasmi pd masyarakat. Pada masa itu bermulalah episode "menarik keluar" atau menguasai Aman Palestine yg ditubuhkan JIM [dan beberapa entiti lain] yg ISMA asalnya hanya diberikan amanah mengurusaknya.

[16] ISMA dlm kepmpinan Ust Abdullah Zaik dan majoriti bekas mahasiswa Mesir yg bersama beliau itu bergerak melawan segala keputusan JIM tersebut. Pada msa itu, berlaku pelbagai pemulauan dan usaha menjarakkan ISMA dari JIM secara total, termasuk melawan kerjasama JIM dgn PAS & PR. ISMA yg baru itu juga menjadikan isu Palestine satu isu yg eklusif dan mereka tidak mahu berkerjasama dgn mana kumpulan NGO lain jika terlibat dlm kerjasama itu JIM. Akhirnya JIM pada masa itu terpaksa menubuhkan PACE sbg entiti amal lapangan Palestine dlm masyarakat.

[17] Kesan lain dari situ juga, JIM menerima kesan besar apabila berlakunya kekosongan lama [vacuum] pengkaderan pelajar & mahasiswa kampus yg tidak bersama dgn JIM dlm tahun2 1995~2005 kerana majoriti mahasiswa ditarik bersama dlm jamaah ISMA baru itu tanpa faham pengkhianatan yg ISMA baru lakukan. Pelbagai usaha penyatuan dilihat gagal dan kumpulan bekas pelajar Mesir itu meneruskan agenda mereka hingga berjumpa titik bebezaan selepas PRU12 2008.

[18] Idea yg dikembangkan oleh ISMA sebaik PRU12 2008 adalah "kerjasama PAS dgn UMNO" dlm satu kesepakatan bangsa Melayu yg bermula dlm pemilihan MB di Perak. Semua itu dilakukan demi menunjukkkan bezanya ISMA baru itu dari JIM yg asal yg mereka mahu ahli ISMA itu tolak JIM secara total. Maka disitulah bermulanya slogan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" [MSIB] yg mula dipopularkan bermula 2008. Slogann yg kelihatan cantik itu bila diberikan definasi dgn jelas menunjukkan ISMA menyokong UMNO atas nama melayu utk berpakat dgn PAS. Masa itu juga bermulanya kembali pelbagai peristiwa perebutan entiti dan individu oleh ISMA baru dari JIM. Mereka juga menolak usaha JIM menubuhkan IKRAM yg bertujuan menggabungkan kembali JIM, ISMA, Musleh etc di bawah satu wadah baru dakwah.

[19] Dan bermula 2010, secara rasmi IKRAM tertubuh dan ISMA yg sebelum itu bersama di bawa syura yg sama telah berpisah secara rasmi. Di situ jugalah berlakukanya bantahan ISMA dlm apa jua kerjasama jamaah baik dgn IKRAM, JIM, atau PAS, atau gabungan NGO dakwah lain sekalipun. Mereka bertindak sendirian dalam medan dakwah tanpa wujud apa2 "hubungan rasmi" dgn Ikhwan Muslimin di Mesir. Antara idea poltik [ada 7 semuanya] yg mula cuba di perkenalkan oleh ISMA baru itu adalah;

# PAS mesti bergabung dgn UMNO demi melawan parti bangsa lain yg bukan dipimpin oleh muslim.

# Hanya sokong PAS dlm PRU13, tetapi tolak UMNO, DAP, MCA, MIC. Tetapi sokongan hanya diberikan pd PAS "tulen" dan tidak menyokong mana2 calon PAS yg bekas ahli JIM atau yg mereka sendiri gelarkan tidak jelas fikrah, atau parasit.

# Presiden ISMA sejak 2011 memperkenalkan kaedah BN itu satu tahaaluf siyasi utk ISMA memilihnya demi satu mudharat yg lebih rendah berbanding memilih PAS dlm PR.

# etc... 

Rujuk: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150949291464876&set=a.10150215629584876.329083.632394875&type=3&theater


Banyak lagi kisah2 sedih dakwah yg semakin rosak dilakukan oleh ISMA, walau dibantah oleh PAS atau Ikhwan sendiri yg mereka abaikan. Kemesraan dan kerjasama mereka yg begitu rapat dgn UMNO atas nama Melayu, dan yg turut mengecewakan adalah dgn kekuatan penguasaan mahasiswa yg agak lama, mereka telah men-indoktrinasikan mahasisiwa utk turut menolak kerjasama tahaaluf siyasai PAS dan mengembalikan suasana kampus kpd zaman era 1980/90an di dalam perebutan anak2 usrah dan berg2 pelajar bari.

W'alam. 

Saya usaha utk menceritakan dgn ringkas tanpa pengdalilan details apa 2yg saya sendiri lalui sepanjang penghaytan saya utk memahamkan KITA SEMUA betapa tindakan membelakangkan syura sesebuah organisasi hanya akan melahir seorg individu atau kumpulan baru yg lebih rosak dan merosakkan.

Itu juga yg di haramkan dlm Islam apabila sesebuah jama'ah ditubuhkan atas perkiraan nafsu dan sukakan jawatan, hanya akan melahirkan ta'adud jamaah bersifat "tanaaqud" iaitu saling berbalahan, dan di haramkan!

Jumhur ulamak termasuk Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan kelahiran jamaah atau pecahan kumpulan pendakwah yg baru atas sifat tersebut adalah "bathil".

_

Ikhwah yg dirahmati;

Itu antara kisah2 dlm lipatan sejarah kita, di Malaysia.

Saya yakin proses tapisan Allah yg dilakukan mengikut fitrah perjuangan ini akan berterusan, walau ianya berulang2 tayangannya. Serangan yg paling bahaya dlm diri2 sang pendakwah adalah "penyakit hati" termasuk "hubbu riaasah" atau cintakan jawatan & pengiktirafan apabila merasakan diri telah terlalu kuat dan tidak memerlukan penghormatan pd apa keputusan syura atau qarar jamaah.

Fitrah juga menunjukkan apa2 juga persekongkolan dgn kemaksiatan & kezaliman walau utk tujuan pengislahan sekalipun adaalah melanggar konsep dakwah, kerana dakwah neracanya adalah keadilan & hukum Allah, bukan pandangan & pengiktirafan manusia.


Saidina Umar Al-Khattab berkata;
"Tidak ada kebaikan pada urusan yang diputuskan tanpa syura".

As-Syahid Hasan AlBanna sendiri meletakkan utk sang pendakwah mestilah memiliki "kefahaman yg jelas" sbg pra-syarat plg awal dlm dakwah, dan tidak cukup hanya dgn hati yg ikhlas. Keikhlasan tetapi bergelumang dgn sistem yg rosak adalah satu kegagalan dakwah.


Utk akhirnya;

Amaran Allah sbg peringatan buat kita;

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dgn org yg beribadat pd Tuhan mereka pada waktu pagi & petang, yg mereka mengharapkan keredaan Allah semata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu dari mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup dunia; dan janganlah engkau mematuhi org yg ketahui hatinya lalai dari mengingati & mematuhi pengajaran Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan jadilah tingkah-lakunya pula melampaui kebenaran.


Allah juga menceritakan betapa jalan dakwah ini sebenarnya sgt susah tiada pernah ada nya jalan pintas;

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

Kalau apa yang engkau serukan kpd mereka wahai Muhammad sesuatu yg faedahnya mudah didapati, dan satu perjalanan yg tidak begitu jauh, nescaya mereka semuaakan mengikutimu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh. Dan mereka akan bersumpah dgn nama Allah berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". Dengan sumpah dusta itulah mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedangkan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang yg berdusta [tentang tidak sanggupnya mengikutmu].


Ikhwah;

Teruskan dakwah dlm neraca & syakilah masing2. Ingatlah jalan dakwah itu cukup luas & tak menang tangan bila antum telah bersama di lapangannya. Ia blh menjadi sempit bila hati telah rosak dan diserang penyakit...

Binalah tsiqah, taat dan walak, dan tsabat pada perjuangan kalian, dan jauhilah ujian pengkhianatan syura, kerana natijahnya adalah kehinaan buat yg ditimpanya.

Bagi yg tersasar atau dah terjatuh dlm lubang, bangunlah bersama2 membetulkannya sebelum terlambat.

Irkam ma'ana. Pelayaran kita masih terlalu jauh...


W'alam.

_

p/s - 

Definisi syura;

Syura di sini diringkaskan bermaksud;
"berkumpul untuk meminta pendapat dalam suatu permasalahan dimana peserta syura saling mengeluarkan pendapat yg dimiliki.." 
[Ibnu al-Arabi al-Maliki dlm Ahkam al-Quran]

Antara pakar feqah semasa memberikan maksud
"proses meneliti pendapat para ahli yg faqih dalam suatu permasalahan untuk mencapai penyelesaian yg plg mendekati kebenaran.." 
[As-Syura fi Zilli Nizomil Hukmil Islami]

W'alam

Friday, November 23, 2012

3 Kecelaruan Utama Yang Melanda ISMA



Saya rasa tajuk artikel ini tidak melampau kerana pemimpin ISMA pernah menulis artikel terbuka kepada umum berkenaan apa yang dikatakan sebagai krisis indentiti PAS. Maka, jika saya yang tak ada nama ini menulis artikel menggunakan tajuk ini, ia tidak sebesar apa yang ISMA pernah lakukan pada PAS. Artikel ini agak panjang, namun saya tidak berhasrat untuk membahagikannya menjadi artikel bersiri kerana isu ini perlu dijelaskan secara terus agar dapat memberikan kefahaman yang menyeluruh. Mohon maaf kepada yang kurang berminat dengan penulisan yang panjang lebar.

Berkenaan isu kerjasama dan persepakatan antara PAS dan UMNO, saya tidak menafikan ia merupakan idea yang baik. Namun, saranan ini perlulah dijelaskan dengan lebih detail terutama berkaitan bentuk kerjasama dan syarat yang Islam tetapkan dalam kerjasama itu. Melontarkan idea kerjasama ini kemudian mencampuradukkan penjelasannya hanya akan menggambarkan pendirian yang tidak tetap. Sekejap kata PAS tidak perlu keluar PR tetapi mesti jadi dominan dalam PR, sekejap kata PAS wajib tinggalkan PR. Bukankah ia mengelirukan dan menggambarkan pendirian yang tidak tetap?

Di dalam dunia demokrasi hari ini, kerjasama antara PAS dan UMNO boleh berlaku di dalam dua keadaan. Pertama, kerjasama isu dan kepentingan bersama. Kedua, kerjasama politik. Saya tidak pasti kerjasama apa yang dimaksudkan oleh ISMA. Tetapi ada dua pendapat yang saling bercanggah.

Pertama pendapat yang mengatakan persepakatan Melayu tidak mewajibkan pergabungan parti, tetapi cukup untuk bersepakat di dalam isu yang melibatkan kepentingan umat Islam dan parti Melayu baik di dalam BN dan PR, mesti menjadi dominan. Pendapat ini dikarang oleh aktivis ISMA, Zaizul Azizi Zaman di dalam web ISMA bertarikh 14 Mac 2012. Pendapat kedua adalah pendapat 'berteraskan' Usul Fiqh yang dikarang oleh Ust Mohd Hazizi Ab Rahman di dalam blog beliau bertarikh 29 April 2012 yang menyebut wajib PAS bergabung dengan UMNO dan wajib juga meninggalkan DAP.

Seruan Kerjasama Berteraskan Isu, Tetapi Kerjasama Politik PAS-DAP Yang Diserang

Saya melihat ISMA selalu menyatakan bahawa seruan ISMA adalah untuk perpaduan Melayu Islam. Dengan kerjasama yang melibatkan kepentingan umat Islam, PAS dan UMNO akan mengukuhkan kedudukan umat Islam di Malaysia. Saya akuinya. Cuma yang saya ingin bertanya, jika seruan kerjasama isu menjadi fokus, kenapa hubungan politik PAS di dalam PR terutamanya DAP menjadi sasaran kecaman ISMA saban hari? Kenapa 'serangan' yang sama tidak pernah dilafazkan pada UMNO?

ISMA nampaknya meletakkan hukum bahawa dengan kerjasama politik yang terjalin antara PAS dan DAP, maka PAS tidak akan mempedulikan isu-isu yang melibatkan orang Islam dan membiarkannya tanpa membantu. Jika ini yang berlaku, maka ia amat dikesali. Sedangkan dengan jelas terbukti PAS selama mana berkerjasama dengan DAP, kebajikan dan hak-hak orang Islam terus diperjuangkan di mana-mana sahaja terutama di negeri-negeri yang ditadbir PR. Dakwah, hak Bumiputera, ekonomi orang Melayu dan apa jua perkara demi kebaikan orang Melayu, semuanya diperjuangkan PAS tanpa kompromi, namun berstrategi.

Jika perpaduan Melayu yang ISMA cari, maka ISMA sepatutnya menjadi jambatan yang akan menghubungkan antara PAS dan UMNO di dalam banyak isu yang memberi keuntungan kepada orang Melayu Islam, tetapi gagal disepakati kerana dendam politik. Isu hudud, royalti, ceramah agama yang dihalang, Sekolah Agama Rakyat dan yang terbaru seruan Tuan Guru Haji Abdul Hadi tentang pindaan takrifan agama daripada religion kepada Ad-Din. Semua isu ini adalah demi kebaikan umat Islam tetapi digagalkan sehingga membawa kesengsaraan kepada orang Melayu Islam.

Namun, apa yang diperbesarkan oleh ISMA saban hari adalah menafikan ijtihad ulama PAS berkenaan tahalluf siyasi yang PAS lakukan bersama PKR dan DAP, dalam keadaan kerjasama politik PAS ini sama sekali tidak menghalang PAS untuk memberikan komitmen bersama UMNO untuk isu-isu yang menyentuh kebaikan umat Islam. Seolah-olah seruan perpaduan ini hanya pada PAS sedangkan ianya untuk UMNO juga. Satu persatu kenyataan pimpinan ISMA menyerang PAS sebagai punca gagalnya penyatuan Melayu Islam hanya kerana PAS bersama dengan DAP di dalam politik

Inilah kecelaruan pertama yang saya nampak terdapat pada pimpinan ISMA iaitu apa yang digariskan tidak sama dengan apa yang dilakukan. Yang digariskan adalah seruan kerjasama PAS-UMNO di dalam isu bersama tetapi yang dilakukan adalah serangan terhadap PAS disebabkan PAS jalin kerjasama politik dengan DAP. Perkara ini berterusan sebulan dua ini walaupun PAS bersama ulamanya sudah menerangkan berkali-kali berkenaan tahalluf siyasi ini, namun pernah ISMA cuba untuk memahami dan menghormati PAS?

Masalah Umat Islam Boleh Diselesaikan Tanpa Pergabungan Politik

ISMA terus menerus mengatakan bahawa masalah umat Islam hanya boleh selesai jika UMNO dan PAS bersatu, di mana yang saya lihat kesatuan yang ISMA maksudkan adalah kesatuan politik (disebabkan serangan berterusan mereka kepada ijtihad tahalluf siyasi PAS). Dengan maksud yang lain, masalah orang Melayu tidak akan selesai selagi mana PAS dan DAP bergabung dalam kerjasama politik.

Di sini, saya ingin mengatakan bahawa masalah yang dihadapai orang Melayu yang selalu diulang-ulang oleh ISMA dan diletakkan kesalahan kepada PAS seperti murtad, kebangkitan liberalisme, LGBT, hedolisme dan lain-lain boleh diselesaikan tanpa PAS dan UMNO melakukan pergabungan politik. Ramai cendikiawan termasuk Dr MAZA sendiri mengatakan bahawa PAS dan UMNO tidak perlu bersatu dalam erti kepartian, tetapi dalam bentuk kerjasama isu yang memberikan keuntungan kepada umat Islam. Sistem dua parti adalah penting sebagai check and balance dan mengelakkan monopoli kuasa yang akan menyebabkan ketidakstabilan politik di negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Satu penyelesaian yang boleh dilakukan yang telah pun dicadangkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abd Hadi adalah pindaan atau perubahan pentafsiran perkataan 'agama' di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan. Mengikut penghakiman kes Suzie Teoh tahun 1987, pengislaman Suzie Teoh disimpulkan sebagai tidak sah kerana walaupun pengislamannya sah mengikut undang-undang Islam, tetapi ia bersifat sebaliknya di sisi undang-undang sivil.

Agama Bagi Persekutuan Adalah Pada Urusan Ritual Dan Keagamaan Sahaja

Di dalam kes ini, Artikel 3 diperbahaskan terutama pada perkataan 'agama' bagi menentukan hukum Islam Suzie Teoh yang sah di sisi undang-undang Islam itu, juga sah di sisi perlembagaan dan undang-undang sivil. Pentafsiran perkataan 'agama' telah dirujuk kepada standard Perlembagaan Komenwel disebabkan Perlembagaan Malaysia adalah di bawah naungan Komenwel. Maka, takrifan yang digunapakai adalah perkataan 'agama' ini membawa maksud 'religion' iaitu tertakluk kepada urusan ritual dan keagamaan sahaja seperti yang diamalkan oleh negara Komenwel lain di Eropah.

Dengan penafsiran ini, maka Islam Suzie Teoh dikatakan tidak sah kerana Islam sebagai agama bagi Persekutuan hanya pada urusan ibadah dan keagamaan sahaja, bukan hukum hakam. Apabila dirujuk kepada Artikel 11 yang menghalang orang di bawah 18 tahun mengubah agamanya dan Artikel 4 yang mengatakan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal, maka Suzie Teoh dihukumkan sebagai tidak sah di sisi undang-undang sivil. Namun, atas jasa Tun Salleh Abas yang menyorokkan fail perbicaraan selama 2 tahun dan membacakan keputusannya setelah Suzie Teoh berumur 18 tahun, maka selamatlah aqidah seorang anak Cina!

TGHH mengajukan cadangan pindaan ini demi untuk keselamatan aqidah dan kepentingan umat Islam. Dengan menukarkan takrifan 'agama' daripada 'religion' kepada 'Ad-Din', maka Islam diiktiraf oleh perlembagaan sebagai cara hidup. Ia merangkumi ibadah, hukum hakam dan undang-undangnya. Dengan pindaan ini, hukum hakam Islam menjadi sebahagian daripada perlembagaan. Ia akan menyelesaikan pelbagai masalah termasuk ancaman liberal dan LGBT yang kerap menggunakan Artikel 10 (kebebasan bersuara) sebagai hujah dan juga menyelamatkan aqidah umat Islam dari murtad yang kerap menggunakan Artikel 11 (kebebasan beragama) sebagai hujah untuk murtad.

Namun, saya ingin bertanya kepada ISMA dan mohon menjawab dengan jujur. Siapakah suara Melayu Islam pertama yang membantah dan tidak bersetuju dengan idea terbaik ini malah menuduh ia mainan politik PAS? Jika tidak tahu jawapan, saya ingin memberitahu merekalah pemimpin Melayu Islam kita iaitu UMNO! PAS membawa satu cadangan pindaan perlembagaan yang penting demi kebaikan umat Islam, yang menentangnya adalah orang Melayu Islam yang ingin disatukan dengan PAS oleh ISMA iaitu UMNO. Maka, bagaimana PAS dikatakan punca perpecahan Melayu sedangkan PAS dikhianati oleh rakan sebangsa dan seagama hanya kerana dendam politik!

PAS Terus Menerus Dikhianati

ISMA memberikan idea perpaduan Melayu Islam, saya pula membantu dengan memberikan dalilnya. Di dalam Al Quran, surah Ali Imran ayat 103 berbunyi :
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ
Bermaksud : Berpeganglah kamu semua dengan tali (agama) Allah dan janganlah berpecah belah.

Bersatu di sini hendaklah di atas ajaran Islam, menepati kehendak Al Quran dan Hadith, selaras dengan prinsip-prinsip yang Islam gariskan sesuai dengan Islam yang terkenal sebagai agama syumul dan lengkap. Bertepatan dengan ayat ini, UMNO dan PAS mampu untuk saling bantu-membantu, bersatu pada perkara yang memberikan keuntungan kepada umat Islam. Walaupun berbeza parti, tetapi atas dasar satu agama dan bangsa, kerjasama boleh terjalin demi kebaikan umat Islam.

Terdapat banyak peluang lain yang boleh menyatukan UMNO dan PAS. Contoh ringkas yang dapat saya berikan seperti isu hudud, royalti minyak Kelantan, sekolah agama rakyat (SAR), pergerakan dakwah, matlamat negara Islam, pendidikan agama, masalah hedolisme dan pelbagai lagi isu yang tidak dapat saya sebutkan semuanya. Semua yang disebutkan ini adalah masalah dan isu utama umat Islam di Malaysia di mana selagi ianya tidak selesai, maka perpecahan dan kelemahan umat Islam akan menjadi lebih besar dan membarah.

Sekali lagi saya ingin bertanya, siapakah yang menggagalkan semua ini kerana dendam politik? Rakyat Kelantan 90% adalah Melayu Islam. Pengkhianatan UMNO terhadap royalti milik rakyat Kelantan telah menyebabkan mereka terjerut dengan kemiskinan dan masalah kewangan sejak sekian lama. Undang-undang hudud dihalang perlaksanaannya, ia merupakan pengkhianatan kepada hukum Allah. Seruan wajib bersatu yang dinyatakan oleh Ustaz Usul Fiqh ISMA sepatutnya ditujukan lebih khusus kepada UMNO. Pengkhianatan UMNO inilah yang merupakan titik permulaan kepada perpecahan dan masalah lebih besar kepada umat Islam di negara kita.

Saya memohon ISMA untuk menyeru kepada UMNO untuk membantu PAS di dalam menyelesaikan masalah ini demi kebaikan umat Islam. ISMA sebagai NGO Islam boleh meminta UMNO untuk menyokong pindaan Artikel 3 yang TGHH cadangkan. Minta juga UMNO untuk membantu perlaksanaan hudud di Kelantan. Cadangkan juga agar royalti minyak diberikan kepada kerajaan Kelantan. Kemudian mohon untuk memberikan bantuan kepada SAR. Meminta kerajaan tidak menyekat pendakwah yang diakui ilmunya untuk berdakwah. Membantu PAS untuk merealisasikan negara Islam dan membantu untuk menerangkan kepada bukan Islam tentang keindahan Islam. Laksanakan pendidikan agama yang lebih kukuh dan menggarap hiburan yang dibenarkan Islam di Malaysia.

Maka, hukum haram tidak bersatu yang ISMA ingin lontarkan sepatutnya kepada UMNO. Tetapi apa yang berlaku di sebaliknya. PAS terus menerus dikatakan punca perpecahan orang Melayu hanya kerana PAS bekerjsama dengan DAP sedangkan PAS banyak mengusahakan untuk menyelesaikan masalah perpecahan, aqidah, ekonomi, pendidikan dan serangan sekularisme terhadap umat Islam. Namun,adakah UMNO membalasanya?

Di sinilah kelihatan jelas kecelaruan ISMA yang kedua iaitu seruan dan tindakan dibuat tanpa melihat realiti yang berlaku. Hinggakan seruan yang sepatutnya lebih ditujukan kepada UMNO, diarahkan kepada PAS. PAS dikatakan haram berkerjasama dengan DAP sedangkan ia perlu dilontarkan kepada UMNO yang banyak mengkhianati umat Islam.

Iklim Politik Negara Memerlukan PAS Untuk Bergabung

Di dalam lapangan politik, PAS selaku satu-satunya parti yang berteraskan Islam, yang memperjuangkan syariat dan perlaksanaan Islam di dalam pemerintahan negara tidak mampu untuk menang dengan sendirinya 112 kerusi Parlimen bagi mendapat majoriti mudah, apatah lagi 148 kerusi untuk majoriti 2/3. Waqi' politik di Malaysia memerlukan PAS untuk bergabung dengan parti-parti lain bagi membentuk kekuatan menguasai majoriti di Parlimen, seterusnya menubuhkan kerajaan untuk menjalankan dasar yang diperjuangkan.

Bagi idea bergabung ini, suka saya membawakan satu ayat dari surah Al Ma'idah ayat ke 2 di hujungnya berbunyi :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Bermaksud : Dan bertolong bantulah kami dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara kemungkaran dan melampaui batas. Bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya siksaan Allah itu amat berat.

PAS mesti mencari rakan parti yang membantu ke arah kedua-dua perkara ini iaitu kebaikan dan ketaqwaan. Dengan ayat mudah, PAS mesti mencari rakan politik yang membolehkan PAS melaksanakan perjuangan dan dasar Islam yang dibawa seperti negara Islam dan hudud. Namun, sejauh manakah PAS mampu mencari rakan yang boleh bersama membawa dan menjayakan dasar Islam yang PAS bawa?

Tiada Yang Terima Dasar Islam, Bagaimana Pula Dasar Kebaikan Dan Keadilan?

Kita sedia maklum, tiada mana-mana parti selain PAS yang ingin membawa dasar Islam di dalam pemerintahan negara. ISMA mungkin mengatakan UMNO membawa dasar Islam, saya serahkan kepada para pembaca samada untuk bersetuju atau tidak. Bagi saya, tiada selain PAS yang membawa dasar Islam. UMNO dengan kebangsaan dan sekularnya, MCA dan MIC juga dengan bangsa mereka dan sekular, PKR dengan sosialisnya, DAP dengan sekularnya. Maka, dengan pertimbangan apa pula seterusnya untuk PAS mencari kawan politiknya?

Jika dasar ketaqwaan tidak dapat dicari, maka ciri kedua yang menjadi penentu siapakah rakan politik PAS adalah kebaikan, keadilan, dan ketelusan. Elemen ini amat dituntut dalam Islam dan menjadi ciri-ciri utama pemerintahan yang dicadangkan Islam. Seperti tercatat di dalam kitab Tafsir Qurtubi bahawa perkataan 'Al Bir' itu membawa maksud kebaikan yang khusus untuk sesama manusia. Maka, siapakah di kalangan parti-parti politik selain PAS yang mendokong dasar keadilan dan ketelusan ini.

Jika ISMA menjawab UMNO, saya serahkan sekali lagi beserta senyuman kepada para pembaca untuk menilai. Dalam penilaian PAS, UMNO-BN adalah sangat jauh dari ciri keadilan dan ketelusan ini. Sudah menjadi rahsia umum bahawa BN terutamanya UMNO adalah terkenal dengan rasuah, penyelewengan, pembaziran, ketidaktelusan dan korupsi. Sejak 50 tahun lalu terutamanya dua dekad terakhir ini, berapa billion wang negara lesap, samada melalui pembaziran, ketirisan dan penyelewengan.

Tiada Kerjsama Dengan Parti Rasuah!

Di sinilah PAS melihat terdapat persamaan perjuangan keadilan, ketelusan dan kebaikan ini pada PKR dan DAP. Ini terbukti sepanjang 4 tahun pemerintahan mereka di Selangor dan Pulau Pinang. Rekod menunjukkan betapa banyak penjimatan dapat dibuat, betapa banyak pendapatan dijana dan betapa banyak hasil dipulangkan kepada rakyat. Manakala cuba cari mana-mana pertuduhan penyelewengan dan ketirisan yang dapat dibuktikan di mahkamah disabitkan kepada mereka. Nilai inilah yang menjadi titik persamaan mereka dengan PAS. Walaupun tidak membawa dasar Islam seperti PAS, mereka membawa dasar keadilan yang diperjuangkan Islam. Ia sangat berbeza dengan UMNO di mana Islam tidak diperjuangkan, manakala penyelewengan menjadi imej utama UMNO.

Bertepatan dengan ayat Quran di atas tadi, PAS sama sekali tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO selagi mana UMNO kekal dengan budaya rasuah, pembaziran, ketirisan, penyelewengan dan ketidaktelusan. Ini adalah kerana PAS selaku parti memperjuangkan keadilan Islam, jika bergabung dengan UMNO seolah-olah akan memadamkan dosa penyelewengan UMNO dan meredhai kezaliman yang UMNO lakukan. Penggabungan dengan UMNO juga akan memberikan kekuatan politik dan kemenangan moral kepada UMNO untuk terus memerintah negara dengan budaya penyelewengan yang berterusan.

Bersama DAP dan PKR juga, PAS dapat melaksanakan dakwah Islam dengan lebih luas, jauh lebih baik daripada zaman tahalluf siyasi dengan UMNO-BN pada tahun 1969-1978. PAS diberikan ruang seluasnya untuk menerangkan Islam. Dakwah Islam diterima dengan sangat baik. Dakwah disampaikan pada semua golongan tidak kira Mat Rempit, artis, pegawai kerajaan, orang seni, sasterawan, tua, muda, kaya, miskin. Tidak pernah lihat masyarakat menerima Islam secara afwaja seperti hari ini.

Peluang menjadi sebahagian daripada kerajaan di beberapa buah negeri digunakn sepenuhnya untuk menyampaikan Islam. Hinggakan isu yang dahulunya menjadi ketakutan kepada bukan Islam seperti hudud dan negara Islam, kini orang bukan Islam telah memahaminya dengan baik, malah duduk sekali di dalam majlis dakwah umat Islam! Sangat berbeza dengan UMNO sehinggakan hasrat untuk melihat satu ceramah agama dan dakwah di Putrajaya International Convention Centre pun dibatalkan hanya kerana ustaz yang akan menyampaikan ceramah itu dilabel sebagai Ustaz PAS. Apa kata ISMA dalam hal ini?

Tahulluf Siyasi PAS

Atas pertimbangan inilah ulama PAS membuat keputusan untuk mengadakan apa yang dinamakan tahlluf siyasi (kerjasama politik) bersama DAP dan PKR berdasarkan persamaan di dalam perjuangan menentang kezaliman dan rasuah.Adapun kerjasama ini sama sekali tidak akan membuatkan PAS mengorbankan perjuangan Islam yang dibawa sekian lama. PAS kekal dengan prinsip dan cita-cita untuk menegakkan Islam sepenuhnya di dalam negara, walaupun secara berstrategi.

Tidak dinafikan terdapat 'usikan nakal' rakan-rakan PAS berkenaan hasrat PAS ini. Tetapi, PAS tidak membalasnya dengan hunusan keris, pekikan Hang Tuah apatah lagi dengan senaman punggung. PAS balas dengan penerangan demi penerangan disamping kekal bertegas dengan prinsip. Hasilnya, DAP dan PKR kini mengenali PAS bukan parti yang mudah mereka umpan untuk meninggalkan perjuangan Islam. Hasil ini jauh lebih baik dari 'dakwah' UMNO kepada MCA sehinggakan UMNO diam menikus apabila MCA menjerkahnya berkenaan isu hudud!

Namun, kenapa ISMA seolah-olah tidak mahu faham dan terus menerus mempertikaikan ijtihad politik PAS ini. PAS bersama ulamanya yang merupakan ahli di dalam lapangan jihad siasah di Malaysia langsuung tidak dihormati oleh ISMA. ISMA terus menerus menganggap PAS salah segalanya dan ISMA betul segalanya. Walaupun yang diseru adalah penyatuan Islam, tetapi tahalluf siyasi inilah yang dipermainkan ISMA setiap hari.Inilah kecelaruan ketiga yang melanda ISMA iaitu bertindak mengatasi bidang pengkhususannya sehingga menafikan ijtihad ahli bidang tersebut.

Di Manakah Pendirian ISMA?

Di dalam kelantangan ISMA menghujum PAS, saya ingin bertanya, di manakah pendirian ISMA di dalam isu-isu penyelewengan dan ketidaktelusan yang berleluasa di negara kita. Dalam isu rasuah NFC, di manakah suara ISMA? Adakah perjuangan mempertahankan hak rakyat bukan agenda umat? Di dalam isu Bersih dan penyelewengan pilihan raya, apakah pendirian ISMA? Tak mengapa, saya dah tahu. Tak perlu perjuangkan sangat kerana umat Islam belum menjadi suara majoriti. Lagipun ia tidak membawa agenda umat!!

Mampukah ISMA bersuara lantang di hadapan UMNO untuk menentang penyelewengan seperti lantangnya mereka mengkritik PAS. Adakah ISMA ingin menafikan membersihkan negara dari penyelewengan dan ketidakadilan bukan keutamaan di dalam pemerintahan Islam. Saya pasti, ramai ahli ISMA yang ikhlas untuk mendapat tarbiyah, mengenal Islam dan mendapat bimbingan dakwah merasa kecewa dan keliru dengan kenyataan dan pendirian yang pimpinan ISMA keluarkan setiap hari.

Inilah tiga kecelaruan yang dapat saya kenal pasti berlaku kepada ISMA. Ia tidaklah sebesar krisis identiti PAS yang didakwa oleh ISMA sebelum ini. Saya menyeru ISMA untuk kembali kepada pendirian yang benar iaitu NGO yang bebas, mengkritik dengan ikhlas dan seimbang, berpandukan penilaian Islam yang syumul, menghormati ijtihad jemaah lain dan bertolong bantu pada keadilan dan kebaikan.

Jika tidak, ISMA sedang merosakkan thiqah masyarakat kepadanya dengan terus-menerus membiarkan dirinya dipergunakan oleh pihak berkepentingan untuk kelangsungan kuasanya samada secara sedar atau tidak sedar. Pendirian senget sebelah yang dikemukan dibimbangi menjadi tongkat kekuatan buat pihak yang rasuah. ISMA boleh menafikan, tetapi tindakan pimpinan mereka membenarkannya. Mohon berlapang dada dengan artikel terbuka yang kurang ilmiah ini, bukan dari orang besar pun. Hanya teguran ikhlas dari seorang hamba Allah yang biasa.

Mohd Azrul Azuan bin Idris
Bukan pakar Usul Fiqh
21 Mei 2012, 9.36 malam.
Hussien, Kaherah.

Thursday, September 20, 2012

Pendirian Politik pro UMNO dikecam


http://islamreturn.blogspot.com/2012/09/presiden-isma-terus-dikecam-kerana.html

Presiden ISMA terus dikecam kerana kenyataan Dwi-Standard beliau di Facebook

Salam Syawal

Kepada mereka yang mengenali Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, aku mohon sangat-sangatlah agar dapat tegur atau memberi penjelasan kepada beliau tentang isu-isu semasa. Aku tengok akhir-akhir ini beliau seperti gali lubang untuk ISMA dikuburkan bersama-sama UMNO saja. Komen beliau tentang program 'Janji Bersih' seolah-olah beliau menjadi lidah pemimpin UMNO.

Aku tak kisah kalau nak tegur bab-bab akhlak nie, sebab aku pun tak setuju kaedah menghina sebegitu. Namun biarlah adil dan menyentuh keseluruhan isu, bukan hanya membabitkan sebelah pihak sahaja. Bagaimana beliau ingin menonjolkan imej ISLAM sedangkan dalam masa yang sama beliau membuang prinsip keadilan dalam melontarkan pandangan dan teguran. Cubalah belajar dengan Dr. Asri (MAZA) yang sentiasa memastikan tegurannya seimbang dan menyeluruh walaupun pada aku ada juga yang MAZA kadangkala terlepas pandang. Namun sekurang-kurangnya MAZA tidaklah berpihak pada sesiapa ketika melontarkan pandangan.

Berikut aku print-screen kenyataan dan komen orang ramai di Facebook beliau.




komen dan kecaman dari pengunjung laman FB beliau








p/s- Ketika artikel ini ditulis, aku baru saja dikeluarkan dari group ISMA Sabah kerana mengkritik pandangan presiden mereka dalam isu ini. Hairan juga, bila sebuah gerakan Islam yang mengaku lebih IKHWAN dari yang lain tidak mahu berlapang dada dengan teguran dan pandangan orang ramai.