Monday, April 8, 2013

Mungkin komentar nasihat terakhir Ust Zaharuddin Terhadap ISMA...






Facebook: Zaharuddin Abd Rahman

Saya tidak suka berdebat dan berhujjah tanpa keperluan yang jelas dan masa yang sesuai. 

Namun melihat tulisan ISMA yang 'menyerang saya' berdasarkan pandangan ringkas saya berkenaan hukum undi calon bukan Islam. Sebelum ini hanya agakan, rupanya ternyata betul ISMA memang belum matang berpolitik. Menyerang secara tidak teliti, 'andaian sendiri' dan kemudian mengajak wacana adalah cara yang tidak tertib. 

Hakikatnya, ISMA sendiri mengharuskan undi non muslim iaitu sebagaimana resolusi mereka :

" c-Apabila seorang non Muslim berhadapan dengan non Muslim yang lain, maka umat Islam perlu melakukan dua perkara berikut:

i. Di kawasan majoriti pengundi Muslim, maka hendaklah dihantar calon Muslim.

ii.Di kawasan majoriti pengundi non Muslim, maka pemilihan calon hendaklah berdasarkan parti yang paling kurang mudharat kepada Islam."

Jika anda melihat resolusi di atas, itu bermakna MEREKA TURUT MENGHARUSKAN undi non muslim. 

Benar, resolusi disebut dalam situasi tertentu sahaja. Namun sepanjang ingatan saya, saya juga tiada menyebut sebarang situasi khusus berkenaan keharusan mengundi Non-Muslim, namun ISMA secara terburu-buru menganggap saya memaksudkan dalam situasi tertentu yang tidak sama dengan mereka hasil andaian dan ciptaan mereka sendiri. Lalu melalui andaian itu, mereka mencipta dan mencetus 'peperangan hujjah dengan saya', malah menyindir saya 'berfatwa'. 

Padahal jika mereka bersangka baik dan lebih matang dalam dunia politik, hujjah, mendahulukan sangka baik, mereka tiada akan tergesa-gesa meletakkan saya seolah individu yang BERBEZA daripada mereka. 

Sebagai tambahan, resolusi ISMA mengatakan di situasi kawasan pengundi non muslim majoriti dan kedua calon non muslim bertanding, boleh pilih calon yang paling kurang mudarat.

Soalnya, jelas ISMA mengharuskan pengundi Muslim minoriti mengundi calon Muslim yang diyakini kurang mudarat. Apa dalil yang membolehkan undi non muslim dalam situasi ini? kenapa dalil dan kefahaman haram yang dibawa oleh Naib Presiden ISMA tidak terpakai kali ini?

Naib presiden ISMA menulis seolah wujud haram secara umum, tetapi di sini wujud pengecualian..apa dalil? maka eloklah Dr Aznan muzakarah dengan Ust Fauzi dahulu untuk menyelarikan dua pandangan yang bertembung ini.

Sepatutnya resolusi ISMA cadang, muslim agar jangan keluar mengundi atau buat undi rosak apabila tiada calon muslim di kawasan anda selaku pengundi minoriti. 

Kalau begitu barulah resolusi dan hujjah agama yang dibawa oleh Naib Presidennya konsisten dan komprehensif. Ini tidak, Naib Presiden memilih pendapat bahawa undi beerti memberi wilayah (lantik pemimpin) yang diharamkan diberi kepada non-Muslim, tapi boleh pula undi non muslim dalam situasi tiada calon muslim di kawasan pengundi non muslim majoriti. Itu tarjihan (pemilihan pendapat) yang pelik lagi mengelirukan.

Saya punyai ramai teman dan rakan dari jemaah ISMA, namun dek kerana apa yang sebahagian pimpinan mereka lakukan ini, sebahagian teman itu kelihatan sudah mahu menjadi lawan, memperkecilkan saya. Mesraan yang dulu kini menjadi sindiran, ada juga yang terpaksa saya blocked atau unfriend kerana berlisan celupar. Semua akibat tindakan agak gopoh segelintir pimpinan ISMA. Belum full time politik sudah jadi begini. Maka bagaimana jika full time?

Justeru, saya semakin ragui kewibawaan calon berjasa tajaan ARUS BARU dalam dunia politik TANAHAIR. Mereka mungkin wibawa dalam dunia kitab dan juga amanah. Namun dunia politik dan pentadbiran, public relation etc. Hmmm..adakah mereka punyai quwwah?

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=506193222775655&set=a.150531635008484.31197.100001549468588&type=1&theater

Sunday, April 7, 2013

Amanat Hadi: Berlaku adillah.


Walaupun isu ini agak lama, elok juga kita baca sebagai contoh kegopohan ISMA membuat kenyataan bagi  'score point' dengan UMNO/BN walaupun berdasarkan maklumat yang salah. 

 Amanat Hadi: Menjawab kenyataan ISMA

Muhammad Ali Rajaie b. Jamaludin,

Kenyataan rasmi ISMA yang dibacakan oleh Presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman pada 4 Januari 2013 yang meminta YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik kembali Amanat Haji Hadi adalah dengan ini dirujuk.

ISMA tidak cermat dengan mengatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan melalui fatwanya pada 25 Julai 2002 telah mengharamkan Amanat Haji Hadi.
Hakikatnya, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa secara spesifik berkaitan Amanat Haji Hadi sepertimana yang didakwa oleh pihak ISMA. Fakta ini perlu diperbetulkan dengan segera demi menjaga nama baik para mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan dan nama ISMA sendiri.

ISMA juga tidak cermat di dalam meneliti Amanat Hadi apabila menyatakan bahawa kalimah “jihad”, “syahid” dan “kafir” di dalam Amanat tersebut sebagai ajakan untuk menggunakan kekerasan sebagaimana memerangi golongan bughah dan khawarij.

YB. Dato' Seri Abdul Hadi di dalam Amanat tersebut tidak pernah mengajak orang awam untuk menggunakan sebarang bentuk kekerasan. Kenyataan ISMA ini adalah satu tokok tambah untuk terus mencipta persepsi yang tiada kebenarannya. Malah ianya menampakkan persepsi sempit sesetengah dari kita umat Islam yang mengaitkan “jihad”, “syahid” dan “kafir” hanya dengan kekerasan sedangkan konsep Jihad itu adalah luas.

Di dalam Amanat tersebut, YB. Dato' Seri Abdul Hadi menggunakan kalimah “kita” yang dengan jelas menunjukkan bahawa beliau menujukan peringatan secara umum bahawa men”suku”kan agama boleh mendatangkan kekufuran. Peringatan ini pula adalah bersandarkan kepada nas al-Quran dari Surah al-Maidah ayat 44 dan selari pula dengan pandangan ulama’ muktabar seperti Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Syeikh Abd al Aziz ibn. Baz  dan ramai lagi.

Pandangan Mufti Pulau Pinang  Yg. Bhg. Datuk Seri Hassan Ahmad yang dipetik oleh sebuah suratkhabar hari ini juga amat menarik untuk disoroti. Beliau berkata sebarang keputusan dan fatwa berkaitan dengan Amanat Hadi perlulah mengikut prosedur termasuklah dengan memanggil YB. Dato' Seri Abdul Hadi untuk memberi penjelasan.

Berdasarkan kepada pandangan beliau itu, maka fatwa yang diwartakan di negeri Melaka yang mengharamkan Amanat Hadi besar kemungkinannya tidak mengikut prosedur kerana tidak pernah memanggil YB. Dato' Seri Abdul Hadi untuk memberi keterangan.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri Melaka tidak memberi keadilan kepada yang dituduh ketika menghukum dan oleh itu satu semakan amat wajar dilakukan.

ISMA juga haruslah seimbang di dalam penilaian mereka yakni bukan sekadar mengulas fatwa politik tetapi turut cakna mendesak kerajaan agar serius menangani isu kebejatan sosial, ekonomi dan rasuah yang semakin membarah di dalam negara kita ini.

Muhammad Ali Rajaie b. Jamaludin
Presiden
Ikatan Persahabatan Siswazah Profesional Malaysia - iPRISMA


http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/15764-amanat-hadi-menjawab-keny

Friday, April 5, 2013

Siapa ulama besar membenarkan mengundi calon non-Muslim?


Ada orang bertanya, nama-nama ulama yang berfatwa harus undi non muslim ( bukan harbi tentunya) dalam konteks politik masakini (sudah tentu tidak secara mutlak tetapi dengan syarat tertentu). Tentu juga bila maslahat diyakini lebih besar bukan suka-suka.

Sebahagian jawapannya ada di dalam kertas kerja Ustaz Hasrizal Jamil yang dibentang di Konvensyen Fiqh Politik Islam yang juga telah dibincang dalam mesyuarat MURSHID bertempat di rumah DrZulkifli Mohamad Al-Bakri. Antaranya ulama terbabit:

a. Sheikh Muhammad Abduh (rujuk Tafsir al-Manar)
b. Sheikh Dr Abd Karim Zaydan (Ahkam al-Dhimmiziyin wal Musta'mien & Buhuth Fiqhiyyah Mu'asiroh - petikan gambar)
c. Imam Dr. Yusuf Al-Qaradawi (Min Fiqhi ad-Dawlah)
d. Prof. Dr Md Salam Madkur
e. Tawfiq As-Shawi (Fiqh Al-Syura wa al-Istisharah)
f. Ikhwanul Muslimin,
g. Hamas,
h. Ulama Parti Islam Semalaysia seperti Dato' Nik Abd Aziz, Dato' Seri Abd Hadi Awang, Syura PAS etc..
i. Ulama UMNO (sebab itu dibenarkan undi BN walau calon MCA & MIC macam kes Dato' Ismail Kamus kalah kepada MIC di Hulu S'gor.

GAMBAR : PETIKAN KITAB SHEIKH DR ABD KARIM ZAYDAN. Ulama besar di Yaman.

Wednesday, April 3, 2013

Jubah Ad Dafah dan ISMA


 Jubah Ad Dafah dan ISMA

Sewaktu saya masih tingkatan 2, ayah saya yang berpeluang mengerjakan umrah, menghadiahkan saya sehelai jubah berjenama Ad Dafah. Kata ayah ia adalah satu jenama terkenal. Dengan jahitan yang kemas dan pilihan fabrik yang berkualiti, tiada sebab untuk saya tidak jatuh cinta dengan jubah tersebut.

Namun, jodoh kami tidak lama, Hasilnya, jubah jenama lain yang walaupun masih baru namun tampil mengikut trend terkini, lebih terkenal dan berjaya berbanding Ad Dafah.

Entah kenapa saya teringatkan ISMA disebabkan beberapa persamaan yang ada antara keduanya. Seebuah NGO yang me'marketkan' entiti mereka sebagai Ikhwanul Muslimin Malaysia yang mengekalkan 'asolah' yakni keaslian dakwah Ikhwanul Muslimin Mesir. Suatu kumpulan yang dulunya duduk sebumbung di bawah Jamaah Islah Malaysia (JIM) namun telah bermufarakah atas penyimpangan JIM daripada manhaj asal Ikhwan Muslimin (ini dakwaan mereka).

Pengalaman saya dengan mereka bermula ketika saya masih belajar di United Kingdom (UK). Majlis Syura Muslimin (MSM) yang merupakan sebuah gerakan dakwah pelajar di UK&Eire yang sinonim dengan Jamaah Islah Malaysia (JIM) , kelihatan terpecah kepada dua kelompok sejak sekitar tahun 2005-2006. Satu kelompok yang moderat dan satu kumpulan yang lebih 'syadid'/keras dalam pendirian agama mereka. Kumpulan yang lebih 'syadid' ini antara lainnya menolak penglibatan dalam politik demokrasi atas alasan tidak syarie. Naqib dan naqibah mereka juga begitu gigih menghalang anak-anak buah mereka daripada menghadiri program gerakan dakwah pelajar yang lain. Hasilnya adalah golongan manusia yang bertarbiyah, namun mempunyai pandangan yang tertutup terhadap gerakan-gerakan dakwah lain.

Setelah pulang ke Malaysia, barulah saya mengerti tentang dua kumpulan dalam MSM ini. Salah satunya adalah mewakili JIM (kini Ikram), dan satu lagi mewakili pecahan JIM iaitu ISMA. Pecahan yang mewakili ISMA inilah yang kelihatan lebih 'syadid' dan rigid dalam gerak kerja dakwah mereka.

Saya ada beberapa sebab kenapa tidak bersetuju dengan pendekatan 'rigid' ISMA dan lebih selesa dengan pendekatan dinamik yang diambil oleh gerakan Islam lain seperti PAS, Ikram dan Abim. Memang tidak dinafikan, PAS sememangnya banyak terkesan dengan kerangka pemikiran Ikhwan Muslimin. Banyak pimpinannya yang menerima tarbiyah secara langsung daripada Ikhwan, antaranya termasuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Allahyarham ustaz Hassan Syukri, Ustaz Yahya Othman. Namun, meraikan perbezaan waqi' yang ada di Malaysia, PAS dalam beberapa hal terutamanya dalam bab politik tidak mengikut secara bulat-bulat pendekatan yang diambil oleh Ikhwan.

Pas juga dilihat lebih terkehadapan dalam inovasi politik antaranya ialah konsep 'Tahaluf Siyasi'/kesepakatan politik dengan golongan yang tidak bermatlamatkan Islam sebagai strategi pilihanraya yang mula dipelopori pada akhir 1980an oleh Allahyarham Fadzil Noor. Sesuatu pendapat yang agak asing bagi gerakan-gerakan islam di era 1980an, namun telah menjadi strategi yang diguna pakai hampir di seluruh dunia Islam kini.

Gerakan Nahdhah menang di Tunisia, dan Ikhwan mll Parti tajaan mereka berjaya menguasai Mesir. PAS pula dengan tahaluf siyasi yang dibuat berjaya mendekati masyarakat bukan Islam dan meruntuhkan tembok Islamophobia yang cuba dibina sekian lama oleh parti pemerintah. Dengan slogan PAS for all, Islam for all, semakin ramai orang bukan Islam yang menyokong dasar Islam Pas melalui penyertaan mereka ke dalam dewan himpunan penyokong PAS. Suatu fenomena yang mungkin tidak pernah kita bayangkan satu masa dahulu. Tidak mustahil suatu hari nanti, kita mungkin boleh melaksanakan hukum Islam apabila mendapat dokongan yang kuat daripada golongan muslim serta non muslim di Malaysia.

Namun, gerakan ISMA yang aktif memasarkan diri mereka sebagai Ikhwanul Muslimin Malaysia, kelihatan begitu rigid dalam pendekatan dakwah mereka. Akibat kurangnya pendedahan terhadap gerakan dakwah lain, setiap perbezaan dilihat sebagai penyimpangan daripada manhaj Ikhwan, walaupun terkadang kala perubahan itu adalah keperluan untuk kekal relevan. Mungkin disebabkan cara pandang yang rigid inilah, gerakan islam lain yang mengambil pendekatan yang berbeza dalam sesuatu perkara, dengan mudah dilabel sebagai liberal, menyimpang dari 'asolah dakwah', sosialis etc. Mereka gagal melihat perubahan yang dibuat adalah inovasi yang perlu untuk memastikan sesebuah gerakan terus kekal relevan mendepani cabaran semasa.

Jika sebelum ini mereka enggan melibatkan diri dalam politik atas alasan tidak syarie, namun kini setelah bermulanya penyertaan Ikhwan dalam arena politik Mesir secara serius, mereka kini dilihat beriya-iya menyertai pilihanraya dengan seruan Melayu Sepakat Islam berdaulat serta saranan untuk memilih calon muslim berwibawa dalam seruan 'Arus Baru' mereka. Jika gerakan Islam seluruh dunia, tanpa masalah menerima tahaluf siyasi sebagai strategi, mereka dilihat begitu berusaha untuk mengguna pakai pendapat ulama' yang popular pada tahun 1980an, dan menolak tahaluf siyasi atas alasan tidak syarie. Hasilnya, gagasan dibawa mereka yang ditumpukan kepada orang Melayu, kelihatan begitu sempit, yang menafikan sifat Islam itu sendiri yang merupakan rahmatan lila'lamiiin. Ia adalah satu langkah terkebelakang jika dibandingkan dengan apa yang telah dapat dicapai oleh PAS di Malaysia dan gerakan-gerakan Islam lain di seluruh dunia. Saya amat bersetuju dengan Dr Maza dalam forum di Kelantan baru-baru ini yang menyebut bahawa pendekatan Isma ini adalah pendekatan gerakan Islam yang belum matang sekitar tahun 1980an.

Nasihat saya, bersedialah untuk berubah untuk kebaikan ummah. Tanpa inovasi dan perubahan, ISMA mungkin bakal menghadapi nasib yang sama seperti jubah Ad Dafah!