Friday, November 23, 2012

3 Kecelaruan Utama Yang Melanda ISMA



Saya rasa tajuk artikel ini tidak melampau kerana pemimpin ISMA pernah menulis artikel terbuka kepada umum berkenaan apa yang dikatakan sebagai krisis indentiti PAS. Maka, jika saya yang tak ada nama ini menulis artikel menggunakan tajuk ini, ia tidak sebesar apa yang ISMA pernah lakukan pada PAS. Artikel ini agak panjang, namun saya tidak berhasrat untuk membahagikannya menjadi artikel bersiri kerana isu ini perlu dijelaskan secara terus agar dapat memberikan kefahaman yang menyeluruh. Mohon maaf kepada yang kurang berminat dengan penulisan yang panjang lebar.

Berkenaan isu kerjasama dan persepakatan antara PAS dan UMNO, saya tidak menafikan ia merupakan idea yang baik. Namun, saranan ini perlulah dijelaskan dengan lebih detail terutama berkaitan bentuk kerjasama dan syarat yang Islam tetapkan dalam kerjasama itu. Melontarkan idea kerjasama ini kemudian mencampuradukkan penjelasannya hanya akan menggambarkan pendirian yang tidak tetap. Sekejap kata PAS tidak perlu keluar PR tetapi mesti jadi dominan dalam PR, sekejap kata PAS wajib tinggalkan PR. Bukankah ia mengelirukan dan menggambarkan pendirian yang tidak tetap?

Di dalam dunia demokrasi hari ini, kerjasama antara PAS dan UMNO boleh berlaku di dalam dua keadaan. Pertama, kerjasama isu dan kepentingan bersama. Kedua, kerjasama politik. Saya tidak pasti kerjasama apa yang dimaksudkan oleh ISMA. Tetapi ada dua pendapat yang saling bercanggah.

Pertama pendapat yang mengatakan persepakatan Melayu tidak mewajibkan pergabungan parti, tetapi cukup untuk bersepakat di dalam isu yang melibatkan kepentingan umat Islam dan parti Melayu baik di dalam BN dan PR, mesti menjadi dominan. Pendapat ini dikarang oleh aktivis ISMA, Zaizul Azizi Zaman di dalam web ISMA bertarikh 14 Mac 2012. Pendapat kedua adalah pendapat 'berteraskan' Usul Fiqh yang dikarang oleh Ust Mohd Hazizi Ab Rahman di dalam blog beliau bertarikh 29 April 2012 yang menyebut wajib PAS bergabung dengan UMNO dan wajib juga meninggalkan DAP.

Seruan Kerjasama Berteraskan Isu, Tetapi Kerjasama Politik PAS-DAP Yang Diserang

Saya melihat ISMA selalu menyatakan bahawa seruan ISMA adalah untuk perpaduan Melayu Islam. Dengan kerjasama yang melibatkan kepentingan umat Islam, PAS dan UMNO akan mengukuhkan kedudukan umat Islam di Malaysia. Saya akuinya. Cuma yang saya ingin bertanya, jika seruan kerjasama isu menjadi fokus, kenapa hubungan politik PAS di dalam PR terutamanya DAP menjadi sasaran kecaman ISMA saban hari? Kenapa 'serangan' yang sama tidak pernah dilafazkan pada UMNO?

ISMA nampaknya meletakkan hukum bahawa dengan kerjasama politik yang terjalin antara PAS dan DAP, maka PAS tidak akan mempedulikan isu-isu yang melibatkan orang Islam dan membiarkannya tanpa membantu. Jika ini yang berlaku, maka ia amat dikesali. Sedangkan dengan jelas terbukti PAS selama mana berkerjasama dengan DAP, kebajikan dan hak-hak orang Islam terus diperjuangkan di mana-mana sahaja terutama di negeri-negeri yang ditadbir PR. Dakwah, hak Bumiputera, ekonomi orang Melayu dan apa jua perkara demi kebaikan orang Melayu, semuanya diperjuangkan PAS tanpa kompromi, namun berstrategi.

Jika perpaduan Melayu yang ISMA cari, maka ISMA sepatutnya menjadi jambatan yang akan menghubungkan antara PAS dan UMNO di dalam banyak isu yang memberi keuntungan kepada orang Melayu Islam, tetapi gagal disepakati kerana dendam politik. Isu hudud, royalti, ceramah agama yang dihalang, Sekolah Agama Rakyat dan yang terbaru seruan Tuan Guru Haji Abdul Hadi tentang pindaan takrifan agama daripada religion kepada Ad-Din. Semua isu ini adalah demi kebaikan umat Islam tetapi digagalkan sehingga membawa kesengsaraan kepada orang Melayu Islam.

Namun, apa yang diperbesarkan oleh ISMA saban hari adalah menafikan ijtihad ulama PAS berkenaan tahalluf siyasi yang PAS lakukan bersama PKR dan DAP, dalam keadaan kerjasama politik PAS ini sama sekali tidak menghalang PAS untuk memberikan komitmen bersama UMNO untuk isu-isu yang menyentuh kebaikan umat Islam. Seolah-olah seruan perpaduan ini hanya pada PAS sedangkan ianya untuk UMNO juga. Satu persatu kenyataan pimpinan ISMA menyerang PAS sebagai punca gagalnya penyatuan Melayu Islam hanya kerana PAS bersama dengan DAP di dalam politik

Inilah kecelaruan pertama yang saya nampak terdapat pada pimpinan ISMA iaitu apa yang digariskan tidak sama dengan apa yang dilakukan. Yang digariskan adalah seruan kerjasama PAS-UMNO di dalam isu bersama tetapi yang dilakukan adalah serangan terhadap PAS disebabkan PAS jalin kerjasama politik dengan DAP. Perkara ini berterusan sebulan dua ini walaupun PAS bersama ulamanya sudah menerangkan berkali-kali berkenaan tahalluf siyasi ini, namun pernah ISMA cuba untuk memahami dan menghormati PAS?

Masalah Umat Islam Boleh Diselesaikan Tanpa Pergabungan Politik

ISMA terus menerus mengatakan bahawa masalah umat Islam hanya boleh selesai jika UMNO dan PAS bersatu, di mana yang saya lihat kesatuan yang ISMA maksudkan adalah kesatuan politik (disebabkan serangan berterusan mereka kepada ijtihad tahalluf siyasi PAS). Dengan maksud yang lain, masalah orang Melayu tidak akan selesai selagi mana PAS dan DAP bergabung dalam kerjasama politik.

Di sini, saya ingin mengatakan bahawa masalah yang dihadapai orang Melayu yang selalu diulang-ulang oleh ISMA dan diletakkan kesalahan kepada PAS seperti murtad, kebangkitan liberalisme, LGBT, hedolisme dan lain-lain boleh diselesaikan tanpa PAS dan UMNO melakukan pergabungan politik. Ramai cendikiawan termasuk Dr MAZA sendiri mengatakan bahawa PAS dan UMNO tidak perlu bersatu dalam erti kepartian, tetapi dalam bentuk kerjasama isu yang memberikan keuntungan kepada umat Islam. Sistem dua parti adalah penting sebagai check and balance dan mengelakkan monopoli kuasa yang akan menyebabkan ketidakstabilan politik di negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Satu penyelesaian yang boleh dilakukan yang telah pun dicadangkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abd Hadi adalah pindaan atau perubahan pentafsiran perkataan 'agama' di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan. Mengikut penghakiman kes Suzie Teoh tahun 1987, pengislaman Suzie Teoh disimpulkan sebagai tidak sah kerana walaupun pengislamannya sah mengikut undang-undang Islam, tetapi ia bersifat sebaliknya di sisi undang-undang sivil.

Agama Bagi Persekutuan Adalah Pada Urusan Ritual Dan Keagamaan Sahaja

Di dalam kes ini, Artikel 3 diperbahaskan terutama pada perkataan 'agama' bagi menentukan hukum Islam Suzie Teoh yang sah di sisi undang-undang Islam itu, juga sah di sisi perlembagaan dan undang-undang sivil. Pentafsiran perkataan 'agama' telah dirujuk kepada standard Perlembagaan Komenwel disebabkan Perlembagaan Malaysia adalah di bawah naungan Komenwel. Maka, takrifan yang digunapakai adalah perkataan 'agama' ini membawa maksud 'religion' iaitu tertakluk kepada urusan ritual dan keagamaan sahaja seperti yang diamalkan oleh negara Komenwel lain di Eropah.

Dengan penafsiran ini, maka Islam Suzie Teoh dikatakan tidak sah kerana Islam sebagai agama bagi Persekutuan hanya pada urusan ibadah dan keagamaan sahaja, bukan hukum hakam. Apabila dirujuk kepada Artikel 11 yang menghalang orang di bawah 18 tahun mengubah agamanya dan Artikel 4 yang mengatakan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal, maka Suzie Teoh dihukumkan sebagai tidak sah di sisi undang-undang sivil. Namun, atas jasa Tun Salleh Abas yang menyorokkan fail perbicaraan selama 2 tahun dan membacakan keputusannya setelah Suzie Teoh berumur 18 tahun, maka selamatlah aqidah seorang anak Cina!

TGHH mengajukan cadangan pindaan ini demi untuk keselamatan aqidah dan kepentingan umat Islam. Dengan menukarkan takrifan 'agama' daripada 'religion' kepada 'Ad-Din', maka Islam diiktiraf oleh perlembagaan sebagai cara hidup. Ia merangkumi ibadah, hukum hakam dan undang-undangnya. Dengan pindaan ini, hukum hakam Islam menjadi sebahagian daripada perlembagaan. Ia akan menyelesaikan pelbagai masalah termasuk ancaman liberal dan LGBT yang kerap menggunakan Artikel 10 (kebebasan bersuara) sebagai hujah dan juga menyelamatkan aqidah umat Islam dari murtad yang kerap menggunakan Artikel 11 (kebebasan beragama) sebagai hujah untuk murtad.

Namun, saya ingin bertanya kepada ISMA dan mohon menjawab dengan jujur. Siapakah suara Melayu Islam pertama yang membantah dan tidak bersetuju dengan idea terbaik ini malah menuduh ia mainan politik PAS? Jika tidak tahu jawapan, saya ingin memberitahu merekalah pemimpin Melayu Islam kita iaitu UMNO! PAS membawa satu cadangan pindaan perlembagaan yang penting demi kebaikan umat Islam, yang menentangnya adalah orang Melayu Islam yang ingin disatukan dengan PAS oleh ISMA iaitu UMNO. Maka, bagaimana PAS dikatakan punca perpecahan Melayu sedangkan PAS dikhianati oleh rakan sebangsa dan seagama hanya kerana dendam politik!

PAS Terus Menerus Dikhianati

ISMA memberikan idea perpaduan Melayu Islam, saya pula membantu dengan memberikan dalilnya. Di dalam Al Quran, surah Ali Imran ayat 103 berbunyi :
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ
Bermaksud : Berpeganglah kamu semua dengan tali (agama) Allah dan janganlah berpecah belah.

Bersatu di sini hendaklah di atas ajaran Islam, menepati kehendak Al Quran dan Hadith, selaras dengan prinsip-prinsip yang Islam gariskan sesuai dengan Islam yang terkenal sebagai agama syumul dan lengkap. Bertepatan dengan ayat ini, UMNO dan PAS mampu untuk saling bantu-membantu, bersatu pada perkara yang memberikan keuntungan kepada umat Islam. Walaupun berbeza parti, tetapi atas dasar satu agama dan bangsa, kerjasama boleh terjalin demi kebaikan umat Islam.

Terdapat banyak peluang lain yang boleh menyatukan UMNO dan PAS. Contoh ringkas yang dapat saya berikan seperti isu hudud, royalti minyak Kelantan, sekolah agama rakyat (SAR), pergerakan dakwah, matlamat negara Islam, pendidikan agama, masalah hedolisme dan pelbagai lagi isu yang tidak dapat saya sebutkan semuanya. Semua yang disebutkan ini adalah masalah dan isu utama umat Islam di Malaysia di mana selagi ianya tidak selesai, maka perpecahan dan kelemahan umat Islam akan menjadi lebih besar dan membarah.

Sekali lagi saya ingin bertanya, siapakah yang menggagalkan semua ini kerana dendam politik? Rakyat Kelantan 90% adalah Melayu Islam. Pengkhianatan UMNO terhadap royalti milik rakyat Kelantan telah menyebabkan mereka terjerut dengan kemiskinan dan masalah kewangan sejak sekian lama. Undang-undang hudud dihalang perlaksanaannya, ia merupakan pengkhianatan kepada hukum Allah. Seruan wajib bersatu yang dinyatakan oleh Ustaz Usul Fiqh ISMA sepatutnya ditujukan lebih khusus kepada UMNO. Pengkhianatan UMNO inilah yang merupakan titik permulaan kepada perpecahan dan masalah lebih besar kepada umat Islam di negara kita.

Saya memohon ISMA untuk menyeru kepada UMNO untuk membantu PAS di dalam menyelesaikan masalah ini demi kebaikan umat Islam. ISMA sebagai NGO Islam boleh meminta UMNO untuk menyokong pindaan Artikel 3 yang TGHH cadangkan. Minta juga UMNO untuk membantu perlaksanaan hudud di Kelantan. Cadangkan juga agar royalti minyak diberikan kepada kerajaan Kelantan. Kemudian mohon untuk memberikan bantuan kepada SAR. Meminta kerajaan tidak menyekat pendakwah yang diakui ilmunya untuk berdakwah. Membantu PAS untuk merealisasikan negara Islam dan membantu untuk menerangkan kepada bukan Islam tentang keindahan Islam. Laksanakan pendidikan agama yang lebih kukuh dan menggarap hiburan yang dibenarkan Islam di Malaysia.

Maka, hukum haram tidak bersatu yang ISMA ingin lontarkan sepatutnya kepada UMNO. Tetapi apa yang berlaku di sebaliknya. PAS terus menerus dikatakan punca perpecahan orang Melayu hanya kerana PAS bekerjsama dengan DAP sedangkan PAS banyak mengusahakan untuk menyelesaikan masalah perpecahan, aqidah, ekonomi, pendidikan dan serangan sekularisme terhadap umat Islam. Namun,adakah UMNO membalasanya?

Di sinilah kelihatan jelas kecelaruan ISMA yang kedua iaitu seruan dan tindakan dibuat tanpa melihat realiti yang berlaku. Hinggakan seruan yang sepatutnya lebih ditujukan kepada UMNO, diarahkan kepada PAS. PAS dikatakan haram berkerjasama dengan DAP sedangkan ia perlu dilontarkan kepada UMNO yang banyak mengkhianati umat Islam.

Iklim Politik Negara Memerlukan PAS Untuk Bergabung

Di dalam lapangan politik, PAS selaku satu-satunya parti yang berteraskan Islam, yang memperjuangkan syariat dan perlaksanaan Islam di dalam pemerintahan negara tidak mampu untuk menang dengan sendirinya 112 kerusi Parlimen bagi mendapat majoriti mudah, apatah lagi 148 kerusi untuk majoriti 2/3. Waqi' politik di Malaysia memerlukan PAS untuk bergabung dengan parti-parti lain bagi membentuk kekuatan menguasai majoriti di Parlimen, seterusnya menubuhkan kerajaan untuk menjalankan dasar yang diperjuangkan.

Bagi idea bergabung ini, suka saya membawakan satu ayat dari surah Al Ma'idah ayat ke 2 di hujungnya berbunyi :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Bermaksud : Dan bertolong bantulah kami dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara kemungkaran dan melampaui batas. Bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya siksaan Allah itu amat berat.

PAS mesti mencari rakan parti yang membantu ke arah kedua-dua perkara ini iaitu kebaikan dan ketaqwaan. Dengan ayat mudah, PAS mesti mencari rakan politik yang membolehkan PAS melaksanakan perjuangan dan dasar Islam yang dibawa seperti negara Islam dan hudud. Namun, sejauh manakah PAS mampu mencari rakan yang boleh bersama membawa dan menjayakan dasar Islam yang PAS bawa?

Tiada Yang Terima Dasar Islam, Bagaimana Pula Dasar Kebaikan Dan Keadilan?

Kita sedia maklum, tiada mana-mana parti selain PAS yang ingin membawa dasar Islam di dalam pemerintahan negara. ISMA mungkin mengatakan UMNO membawa dasar Islam, saya serahkan kepada para pembaca samada untuk bersetuju atau tidak. Bagi saya, tiada selain PAS yang membawa dasar Islam. UMNO dengan kebangsaan dan sekularnya, MCA dan MIC juga dengan bangsa mereka dan sekular, PKR dengan sosialisnya, DAP dengan sekularnya. Maka, dengan pertimbangan apa pula seterusnya untuk PAS mencari kawan politiknya?

Jika dasar ketaqwaan tidak dapat dicari, maka ciri kedua yang menjadi penentu siapakah rakan politik PAS adalah kebaikan, keadilan, dan ketelusan. Elemen ini amat dituntut dalam Islam dan menjadi ciri-ciri utama pemerintahan yang dicadangkan Islam. Seperti tercatat di dalam kitab Tafsir Qurtubi bahawa perkataan 'Al Bir' itu membawa maksud kebaikan yang khusus untuk sesama manusia. Maka, siapakah di kalangan parti-parti politik selain PAS yang mendokong dasar keadilan dan ketelusan ini.

Jika ISMA menjawab UMNO, saya serahkan sekali lagi beserta senyuman kepada para pembaca untuk menilai. Dalam penilaian PAS, UMNO-BN adalah sangat jauh dari ciri keadilan dan ketelusan ini. Sudah menjadi rahsia umum bahawa BN terutamanya UMNO adalah terkenal dengan rasuah, penyelewengan, pembaziran, ketidaktelusan dan korupsi. Sejak 50 tahun lalu terutamanya dua dekad terakhir ini, berapa billion wang negara lesap, samada melalui pembaziran, ketirisan dan penyelewengan.

Tiada Kerjsama Dengan Parti Rasuah!

Di sinilah PAS melihat terdapat persamaan perjuangan keadilan, ketelusan dan kebaikan ini pada PKR dan DAP. Ini terbukti sepanjang 4 tahun pemerintahan mereka di Selangor dan Pulau Pinang. Rekod menunjukkan betapa banyak penjimatan dapat dibuat, betapa banyak pendapatan dijana dan betapa banyak hasil dipulangkan kepada rakyat. Manakala cuba cari mana-mana pertuduhan penyelewengan dan ketirisan yang dapat dibuktikan di mahkamah disabitkan kepada mereka. Nilai inilah yang menjadi titik persamaan mereka dengan PAS. Walaupun tidak membawa dasar Islam seperti PAS, mereka membawa dasar keadilan yang diperjuangkan Islam. Ia sangat berbeza dengan UMNO di mana Islam tidak diperjuangkan, manakala penyelewengan menjadi imej utama UMNO.

Bertepatan dengan ayat Quran di atas tadi, PAS sama sekali tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO selagi mana UMNO kekal dengan budaya rasuah, pembaziran, ketirisan, penyelewengan dan ketidaktelusan. Ini adalah kerana PAS selaku parti memperjuangkan keadilan Islam, jika bergabung dengan UMNO seolah-olah akan memadamkan dosa penyelewengan UMNO dan meredhai kezaliman yang UMNO lakukan. Penggabungan dengan UMNO juga akan memberikan kekuatan politik dan kemenangan moral kepada UMNO untuk terus memerintah negara dengan budaya penyelewengan yang berterusan.

Bersama DAP dan PKR juga, PAS dapat melaksanakan dakwah Islam dengan lebih luas, jauh lebih baik daripada zaman tahalluf siyasi dengan UMNO-BN pada tahun 1969-1978. PAS diberikan ruang seluasnya untuk menerangkan Islam. Dakwah Islam diterima dengan sangat baik. Dakwah disampaikan pada semua golongan tidak kira Mat Rempit, artis, pegawai kerajaan, orang seni, sasterawan, tua, muda, kaya, miskin. Tidak pernah lihat masyarakat menerima Islam secara afwaja seperti hari ini.

Peluang menjadi sebahagian daripada kerajaan di beberapa buah negeri digunakn sepenuhnya untuk menyampaikan Islam. Hinggakan isu yang dahulunya menjadi ketakutan kepada bukan Islam seperti hudud dan negara Islam, kini orang bukan Islam telah memahaminya dengan baik, malah duduk sekali di dalam majlis dakwah umat Islam! Sangat berbeza dengan UMNO sehinggakan hasrat untuk melihat satu ceramah agama dan dakwah di Putrajaya International Convention Centre pun dibatalkan hanya kerana ustaz yang akan menyampaikan ceramah itu dilabel sebagai Ustaz PAS. Apa kata ISMA dalam hal ini?

Tahulluf Siyasi PAS

Atas pertimbangan inilah ulama PAS membuat keputusan untuk mengadakan apa yang dinamakan tahlluf siyasi (kerjasama politik) bersama DAP dan PKR berdasarkan persamaan di dalam perjuangan menentang kezaliman dan rasuah.Adapun kerjasama ini sama sekali tidak akan membuatkan PAS mengorbankan perjuangan Islam yang dibawa sekian lama. PAS kekal dengan prinsip dan cita-cita untuk menegakkan Islam sepenuhnya di dalam negara, walaupun secara berstrategi.

Tidak dinafikan terdapat 'usikan nakal' rakan-rakan PAS berkenaan hasrat PAS ini. Tetapi, PAS tidak membalasnya dengan hunusan keris, pekikan Hang Tuah apatah lagi dengan senaman punggung. PAS balas dengan penerangan demi penerangan disamping kekal bertegas dengan prinsip. Hasilnya, DAP dan PKR kini mengenali PAS bukan parti yang mudah mereka umpan untuk meninggalkan perjuangan Islam. Hasil ini jauh lebih baik dari 'dakwah' UMNO kepada MCA sehinggakan UMNO diam menikus apabila MCA menjerkahnya berkenaan isu hudud!

Namun, kenapa ISMA seolah-olah tidak mahu faham dan terus menerus mempertikaikan ijtihad politik PAS ini. PAS bersama ulamanya yang merupakan ahli di dalam lapangan jihad siasah di Malaysia langsuung tidak dihormati oleh ISMA. ISMA terus menerus menganggap PAS salah segalanya dan ISMA betul segalanya. Walaupun yang diseru adalah penyatuan Islam, tetapi tahalluf siyasi inilah yang dipermainkan ISMA setiap hari.Inilah kecelaruan ketiga yang melanda ISMA iaitu bertindak mengatasi bidang pengkhususannya sehingga menafikan ijtihad ahli bidang tersebut.

Di Manakah Pendirian ISMA?

Di dalam kelantangan ISMA menghujum PAS, saya ingin bertanya, di manakah pendirian ISMA di dalam isu-isu penyelewengan dan ketidaktelusan yang berleluasa di negara kita. Dalam isu rasuah NFC, di manakah suara ISMA? Adakah perjuangan mempertahankan hak rakyat bukan agenda umat? Di dalam isu Bersih dan penyelewengan pilihan raya, apakah pendirian ISMA? Tak mengapa, saya dah tahu. Tak perlu perjuangkan sangat kerana umat Islam belum menjadi suara majoriti. Lagipun ia tidak membawa agenda umat!!

Mampukah ISMA bersuara lantang di hadapan UMNO untuk menentang penyelewengan seperti lantangnya mereka mengkritik PAS. Adakah ISMA ingin menafikan membersihkan negara dari penyelewengan dan ketidakadilan bukan keutamaan di dalam pemerintahan Islam. Saya pasti, ramai ahli ISMA yang ikhlas untuk mendapat tarbiyah, mengenal Islam dan mendapat bimbingan dakwah merasa kecewa dan keliru dengan kenyataan dan pendirian yang pimpinan ISMA keluarkan setiap hari.

Inilah tiga kecelaruan yang dapat saya kenal pasti berlaku kepada ISMA. Ia tidaklah sebesar krisis identiti PAS yang didakwa oleh ISMA sebelum ini. Saya menyeru ISMA untuk kembali kepada pendirian yang benar iaitu NGO yang bebas, mengkritik dengan ikhlas dan seimbang, berpandukan penilaian Islam yang syumul, menghormati ijtihad jemaah lain dan bertolong bantu pada keadilan dan kebaikan.

Jika tidak, ISMA sedang merosakkan thiqah masyarakat kepadanya dengan terus-menerus membiarkan dirinya dipergunakan oleh pihak berkepentingan untuk kelangsungan kuasanya samada secara sedar atau tidak sedar. Pendirian senget sebelah yang dikemukan dibimbangi menjadi tongkat kekuatan buat pihak yang rasuah. ISMA boleh menafikan, tetapi tindakan pimpinan mereka membenarkannya. Mohon berlapang dada dengan artikel terbuka yang kurang ilmiah ini, bukan dari orang besar pun. Hanya teguran ikhlas dari seorang hamba Allah yang biasa.

Mohd Azrul Azuan bin Idris
Bukan pakar Usul Fiqh
21 Mei 2012, 9.36 malam.
Hussien, Kaherah.

Thursday, September 20, 2012

Pendirian Politik pro UMNO dikecam


http://islamreturn.blogspot.com/2012/09/presiden-isma-terus-dikecam-kerana.html

Presiden ISMA terus dikecam kerana kenyataan Dwi-Standard beliau di Facebook

Salam Syawal

Kepada mereka yang mengenali Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, aku mohon sangat-sangatlah agar dapat tegur atau memberi penjelasan kepada beliau tentang isu-isu semasa. Aku tengok akhir-akhir ini beliau seperti gali lubang untuk ISMA dikuburkan bersama-sama UMNO saja. Komen beliau tentang program 'Janji Bersih' seolah-olah beliau menjadi lidah pemimpin UMNO.

Aku tak kisah kalau nak tegur bab-bab akhlak nie, sebab aku pun tak setuju kaedah menghina sebegitu. Namun biarlah adil dan menyentuh keseluruhan isu, bukan hanya membabitkan sebelah pihak sahaja. Bagaimana beliau ingin menonjolkan imej ISLAM sedangkan dalam masa yang sama beliau membuang prinsip keadilan dalam melontarkan pandangan dan teguran. Cubalah belajar dengan Dr. Asri (MAZA) yang sentiasa memastikan tegurannya seimbang dan menyeluruh walaupun pada aku ada juga yang MAZA kadangkala terlepas pandang. Namun sekurang-kurangnya MAZA tidaklah berpihak pada sesiapa ketika melontarkan pandangan.

Berikut aku print-screen kenyataan dan komen orang ramai di Facebook beliau.




komen dan kecaman dari pengunjung laman FB beliau








p/s- Ketika artikel ini ditulis, aku baru saja dikeluarkan dari group ISMA Sabah kerana mengkritik pandangan presiden mereka dalam isu ini. Hairan juga, bila sebuah gerakan Islam yang mengaku lebih IKHWAN dari yang lain tidak mahu berlapang dada dengan teguran dan pandangan orang ramai. 

Tuesday, July 3, 2012

Cepatnya 'marhalah' kumpulan serpihan ni berubah..

ISMA mengaku kononnya mereka mengikut Manhaj Taghyir Ikhwan Muslimin.  

Petikan slides Manhaj Taghyir ISMA Tahun 2009. 

Marhalah mereka  ketika itu "Pembentukan Masyarakat Islam"...

".....Ini bererti amal untuk membentuk individu muslim perlu terus dilaksanakan disamping usha yang telah dilakukan untuk membentuk keluarga muslim….."

Kini tahun 2012, sudah pandai masuk bab politik dan berpolitik?? Cepatnya marhalah berubah.. sebelum ni kutuk Jamaah terlibat politik, sekarang mereka pun tersasul-sasul nak terlibat pilihanraya. 



Ini Marhalah ISMA  tahun 2009



Ini tohmahan tak berasas  ISMA terhadap  organisasi lain yang kononnya tidak asalah, tidak 'ori', tidak ikut manhaj taghyir ikhwan...




Saja Allah nak tunjuk, sebaliknya kini mereka yang mula  menjelmakan ciri-ciri di atas di dalam organisasi mereka.

Ini contoh  pandangan politik anti-gerakan Islam mereka pada 2012, seputik sama dengan talibarut UMNO.



Monday, January 3, 2011

Memecat Ahli yang di luar Disiplin Tanzim adalah amalan biasa IM...

Mengikut amalan biasa IM, jika ada ahli yang merasa lebih pandai, lebih betul, lebih hebat dari Jamaah sehingga tidak mahu taat dengan pendirian dan ketetapan Jamaah, maka silakan.. cuma anda tidak layak lagi mengaku menjadi ahli IM!!

:: Egyptian Magdy Ashour Ousted from the MB
Magdy Ashour Ousted from the MB
Media spokesman for the Muslim Brotherhood, Dr. Essam El-Erian, said Magdy Ashour has two choices; either he resigns from parliament or loses party membership after he attended the first session by the new People's Assembly during which the members were sworn in, adding that the latter is the closest.
Thursday, December 16,2010 01:52

IkhwanWeb

Following the meeting held on Wednesday, December 15, 2010, the Executive Bureau of the Muslim Brotherhood (MB) issued a decision to withdraw the membership of MP Madgy Ashour.

Dr. Mahmoud Hussein, Secretary General of the MB stated that the MB had decided not to participate in the runoff of the Parliamentary elections on December 5, 2010 due to the blatant fraud which took place during the first round of elections on November 28, 2010.
The name of Magdy Ashour was among the MPs for the new parliament; however, the MB maintained that it does not have a representative in Parliament.
MP Magdy Ashour was given advice by the MB, however, after the announcement of his decision to continue in the current Parliament as MP, the MB’s Executive Bureau decided that Ashour is no longer a member of the MB.
Below is the statement:
During its meeting on Wednesday, December 15, 2010, the Executive Bureau decided the following:
“The MB decided not to participate in the second round of the parliamentary elections on December 5, 2010 due to the blatant fraud which took place during the first round of elections on November 28, 2010. The name, Magdy Ashour was announced among the new MPs in Parliament, and the MB announced that it does not have a representative in the parliament in the 10th legislative chapter; Mr. Magdy Ashour had ample opportunity and was offered the MB’s opinion and advice, but he announced that he would continue in Parliament and after ensuring his statement, the MB Executive Bureau decided that the MP Magdy Ashour is no longer a member of the MB.”
Dr. Mahmoud Hussein
Secretary General of the Muslim Brotherhood
15/12/2010

Tuesday, December 21, 2010

Adakah mereka faham dan beramal dengan inti Fikrah IM?

Shidqul Intima (Menjadi Anggota Jamaah Yang Sebenarnya)

Berikut disiarkan petikan beberapa perenggan menarik dan relevan dari artikel Shidqul Intima (Menjadi Anggota Jamaah Yang Sebenarnya) .

Artikel asal Bahasa Arab di http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=31856&SecID=323

Terjemahan penuh Bahasa Indonesia di http://www.al-ikhwan.net/shidqul-intima-menjadi-anggota-jamaah-yang-sebenarnya-1284/

1. Beza Jamaah Dengan Perkumpulan (Tajammu’)

Tajammu’ :

  • Berdiri dan bubar berdasarkan pendapat, kesenangan dan keinginan personal,
  • Tidak ada nizham yang mengikatnya,
  • Tidak ada pula kaidah-kaidah yang mengatur pergerakannya.
  • Setiap orang memiliki pendapat dan kepribadiannya secara mandiri.

Sedangkan jama’ah memiliki:

  • Sistem dan manhaj hayah,
  • Perancangan strategi, sasaran taktik,
  • Nizham idari, struktur organisasi, dan jalur perintah (line of command),
  • Perlembagaan (Laihah), dan perturan (qanun),
  • Program dan instrumen kerja

2. Syahwat ataukah Syubhat?

Beliau (Imam Al-Banna ) pun meminta Ikhwan untuk memperhatikan bahaya urusan ini dan akibatnya yang sangat fatal. Beliau juga menekankan pentingnya melakukan pengawasan terhadap barisan serta membersihkannya dari orang-orang lemah.

Beliau berkata: “Jika ada di tengah-tengah kamu orang yang sakit hatinya, cacat tujuannya, tersembunyi keinginannya, dan cacat masa lalunya, maka keluarkanlah mereka dari dalam barisan kalian, sebab orang seperti ini menjadi penghalang rahmat dan penutup taufiq Allah SWT”.

3. Emosi ataukah Akal

“Kekanglah lompatan-lompatan emosi dengan akal, dan terangi cahaya akal dengan bara emosi, kekang khayalan yang ada dengan kebenaran hakikat dan realiti, ungkap berbagai hakikat dalam sorotan khayalan yang memukau dan berkilau, dan janganlah seluruh kecenderungan diikuti, sebab ia akan menjadikannya seperti tergantung (tidak membumi dan tidak pula melangit)”.

Ini adalah kata-kata abadi yang diarahkan oleh Imam Al-Banna rahimahullah kepada para ikhwan. Taujih (arahan) ini dimaksudkan untuk:

  • Mendisiplinkan barisan muslim agar tidak terjadi inhiraf dalam pemahaman, pemikiran ataupun perilaku.
  • Merealisasikan fokus tawazun dan i’tidal (moderasi) dalam manhajiyyatut-tafkir al-ikhwani (metodologi berfikir Ikhwan).
  • Menjaga barisan agar tidak dipermainkan oleh berbagai emosi yang meluap nan membara atau akal pikiran yang berfikir dengan gaya para ahli falsafah.

Jadi, jangan ada dominasi akal atas emosi dan jangan ada permainan perasaan yang mendominasi pemikiran. Taujih ini adalah pandangan yang objektif, seimbang, moderat, dan bimbingan dari seorang panglima yang mengasaskan dakwah ini, semoga Allah SWT merahmatinya.

4. Hawa Nafsu ataukah Prinsip?

Imam Al-Banna menulis Ushul ‘Isyrin ini:

  1. Dalam rangka kesatuan pemikiran, gerakan dan manhaj tarbawi bagi Jama’ah di tengan berbagai badai,
  2. Agar tidak muncul berbagai madrasah pemikiran atau “jama’ah-jama’ah” yang menyusup ke tengah-tengah Jamaah,
  3. Untuk tidak memberi toleransi terhadap adanya pemikiran yang menyusup atau gagasan yang menengtang Jamaah –disebabkan adanya emosi yang meluap yang bermaksud menyusupbarisan,
  4. Untuk menjaga jama’ah agar tetap berada di atas garis tarbawi dan da’awi yang asal, menepis berbagai kotoran dan upaya-upaya penumpangan terhadapnya,
  5. Dan pada akhirnya agar menjadi rujukan saat terjadi ikhtilaf (perbedaan) atau saat munculnya satu bentuk inhiraf, sebab Ushul ‘Isyrin dapat membantu penyelamatan amal, dan implementasi yang baik yang akan menjaga Jama’ah dan anggotanya dari berbagai penyelewengan.

5. Orang-Orang yang Muncul di Permukaan ataukah Tersembunyi

Kepada Ikhwan yang seperti itulah yang mulia Mursyid ‘Am Syeikh Mahdi ‘Akif mengarahkan taujih-nya dalam risalahnya yang mutaakhir “Dan bagi mereka yang melihat bahwa dalam menjalani jalan dakwah ini terdapat peluang populariti umum dan gemerlapnya para bintang, sungguh ia telah benar-benar merugi, sebab, para pelaku dakwah tidak melihat adanya balasan selain pahala Allah SWT jika mereka ikhlas, dan syurga jika Allah SWT mengetahui bahwa dalam dirinya terdapat kebaikan, dan mereka itu beginilah adanya, orang-orang yang tersembunyi dari sisi tampilan umum, dan miskin dari sisi material, keadaan mereka adalah men-tadh-hiyah-kan apa yang mereka miliki, dan memberikan apa yang ada di tangan mereka, harapan mereka adalah ridha Allah, dan Dia-lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”.

6. Tsawabit ataukah Mutaghayyirat?

Ia merupakan tsawabit al-’amal dalam dakwah kita. Darinya menjadi jelas sebagian dari kaedah-kaedah tanzhimi kita:

  • Siapa menyalahkan siapa?
  • Siapa meng-audit siapa?
  • Adakah anggota (person) berhak menyalahkan Jamaah? Ataukah sebaliknya?!

Perbezaan antara nasihat, tidak mendiamkan kesalahan dan kritik membina yang diletakkan pada tempatnya yang benar di satu sisi dan antara memaksakan pendapat. Di manakah nasihat? Bilakah diberikan? Dan apakah ia bersifat mulzimah (mengikat)?

7. Membela ataukah Menjaga

Shidqul intima’ wal wala’ (keanggotaan dan kesetiaan yang benar) terhadap dakwah yang diberkati ini, yang ada di dalam jiwa seorang akh yang shadiq, diukur berdasarkan tingkat pelaksanaannya terhadap tugas yang diminta darinya untuk dakwahnya, dalam berbagai keadaan, dalam zhuruf apapun.

Hendaklah kita menjaga faktor-faktor kekuatan di dalam Jama’ah, yang wujud dalam:

  • Kesatuan pemikiran, keanggotaan dan tanzhimi
  • Keterikatan barisan yang tegak di atas ukhuwwah,
  • Pelaksanaan hak-hak ukhuwwah secara sempurna yang berupa: cinta, penghargaan, bantuan dan itsar
  • Menghadiri berbagai pertemuan jama’ah dan jangan tidak hadir kecuali karena adanya alasan yang “memaksa”.
  • Selalu mendahulukan ber-mu’amalah dengan ikhwah
  • Menerima pendapat dalaman yang berbeza
  • Saling memberi nasihat, tidak mendiamkan kesalahan dan berterus terang dalam memberikan mauizhah, akan tetapi pada tempatnya yang wajar.
  • Bekerja untuk menyebarluaskan dakwah kita di semua tempat.
  • Memberitahukan kepada qiyadah tentang berbagai situasi dan keadaan kita secara sempurna.
  • Tidak melakukan suatu pekerjaan yang memiliki pengaruh secara mendasar kecuali dengan izin
  • Selalu berhubung secara ruhi dan amali dengan dakwah
  • Selalu memandang diri sendiri sebagai perajurit di berek yang menunggu segala perintah
  • Melepaskan diri dengan berbagai hubungan dengan institusi atau jama’ah apapun yang tidak membawa maslahat bagi fikrah kita, khususnya jika hal ini diperintahkan

Wednesday, December 15, 2010

DI MANA USUL ISYRIN MEMBENARKAN KETIDAK-TAATAN KEPADA JAMAAH??

....Mereka kata mereka hafal dan hadham Usul Isyrin


Peristiwa yang berlaku kepada kita semua baru-baru ini memang memeritkan kita. Tiada siapa ingin melihat jamaah dan orangnya pecah dan tenaga dihabiskan dengan perbincangan perkara-perkara begini. Kita mahu dakwah maju ke depan, tarbiyyah berjalan mengukuhkan saf yang telah dibina bersama dari orang yang telah di tajmik oleh wadah-wadah jamaah kita.

Tetapi sunnatullah dalam dakwah telah berlaku pada kita. Pembersihan saf mesti berlaku. Akan ada orang yang akan merasakan bahawa mereka lebih betul dari orang lain. Tetapi hal ini adalah perkara biasa selagi mana masing-masing masih berpegang kepada tsawabit (prinsip tetap) yang telah digariskan oleh pengasas jamaah.


Di sinilah kehebatan Ikhwan.


Garisan prinsip tetap ini telah memelihara jamaah dari awal dulu lagi. Prinsip perlunya ketaatan kepada pemimpin sah yang telah dipilih telah menjadi pemelihara kepada jamaah dalam melalui pelbagai badai fitnah dalaman yang akhirnya akan menguji siapakah yang mampu bertahan mengikut prinsip jamaah dan sanggup meleburkan pendapat peribadi.

Ramai orang mengaku pendokong Ikhwan tetapi sebenarnya mereka telah lama keluar dari garisan amal, fikrah, akhlak dan tsawabit Ikhwan.

Sebahagian orang mendakwa mereka masih mengikut manhaj Ikhwan yang diasaskan oleh Imam AlBanna.

Mereka mendakwa tetap ikhwan walaupun telah dikeluarkan dari sistem tandzim Ikhwan.

Mereka belum menyedari bahwa sebenarnya mereka dikeluarkan dari sistem Ikhwan kerana mereka tidak lagi berpegang kepada tsawabit Ikhwan yang jelas seperti mentaati keputusan syura dan pimpinan yang sah.

Di antara asas Ikhwan ialah Usul Isyrin, yang menjadi tonggak rukun pertama daripada rukun-rukun baiah. Kefahaman dan pegangan yang kukuh dengan 20 prinsip itu membezakan di antara pendokong Ikhwan sebenar dengan orang yang berpura-pura mendokong ikhwan, walaupun mereka menghafal setiap mukasurat daripada kitab-kitab Ikhwan.

Timbul persoalan, adakah mereka membaca Usul Isyrin, memahaminya, menghayatinya dan berpegang dengannya?

Mari kitab lihat Usul yang kelima.

USUL KELIMA:

“Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau telah dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat. Taabud (pengabdian) adalah menjadi asas kepada ibadat dengan tidak melihat kepada rahsia, hikmat dan tujuan ibadat tersebut.”

Apa huraian yang tertera di dalam kitab-kitab Ikhwan mengenai Usul ini?

Berikut kita nukilkan beberapa petikan yang relevan:

1. Syarah Usul Isyrin

“Pendapat imam dalam perkara-perkara ijtihadiah, iaitu perkara-perkara yang tidak disebutkan dalam nas Al-Quran atau hadith, atau ada nas yang menyentuh perkara tersebut tetapi boleh ditafsirkan dengan beberapa pengertian dan demikian juga pendapat imam dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan masalehulmursalah (maslahat umum) adalah diterima dan berkuatkuasa, kecuali pendapat-pendapat beliau itu bertentangan dengan kaedah-kaedah syariat atau bertentangan dengan asas-asas yang telah dipersetujui oleh ulamak Islam, atau bertentangan dengan nas Al-Quran atau hadith yang jelas, kerana kaedah dalam Islam telah mengatakan: “Ijtihad tidak boleh dilakukan dalam masalah yang bertentangan dengan nas”.

Anggota jamaah haruslah mematuhi dan mentaati keputusan yang dibuat oleh ketua mereka melalui ijtihadnya, kerana ijtihadnya adalah sah di segi syariat. Tetapi andainya ijtihad ketua keluar dari landasan yang telah diharuskan dan bertentangan dengan nas syariat, anggota jamaah tidaklah wajib mematuhi dan mentaati ketua mereka dalam ijtihadnya, kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Khalik.”

2. Nadhorat Fi Risatuttalim

“ Dalam usul ini, Imam Assyahid menerangkan beberapa siasah syari’yah, perkara yang harus atau tidak bagi imam dan naibnya. Beliau meletakkan batas-batas syarak untuk itu. Apabila batas-batas tersebut tidak dijaga, ia akan menatijahkan tidak terlaksananya hukum hudud, hak-hak pula akan menjadi sia-sia di samping membuka pintu-pintu kejahatan dan kerosakan.

Di antara hak-hak penting di dalam usul ini ialah beramal dengan pandangan ijtihad imam dan naibnya dalam ruang-lingkup yang tertentu dengan syarat-syarat yang akan kita sebutkan nanti.

Kepentingan beramal dengan pandangan imam dan naibnya terserlah dalam menyelesaikan pertelingkahan, memutuskan urusan-urusan serta menjaga jamaah daripada berpecah dan tenaga tidak berpadu”.

3. Annahjul Mubin Lisyarhi Al-Usul Ishrin

“ Pensyarah Kitab Akidah Thahawiyah mengatakan: “ Nash-nash al-Quran, Sunah dan ijmak menunjukkan bahawa pemimpin negara, imam salat, hakim, panglima perang dan amil zakat harus ditati dalam masalah-masalah ijtihadiah, bukan ia yang mengikuti pengikutnya dalam masalah-masalah ijtihdiah. Merekalah yang wajib mentaati pemimpin dan meninggalkan pandangan pribadi mereka sendiri. Hal itu kerana kemaslahatan persatuan dan kesatuan, serta bahaya perpecahan dan polemik lebih besar dibanding dengan maslaah-maslah ijtihadiah yang parsial ini.”