Sunday, March 17, 2013

Pandangan Syaikhul Azhar Syaikh Ahmad Tayyib mengenai priority agenda Islam zaman kini.




FacebooK; Muhammad Noorazam Bin Bahador

Syaikhul Azhar Syaikh Ahmad Tayyib mungkin akan dituduh mengikut telunjuk DAP.

Mungkin juga dituduh sebagai terpalit arus Liberal termakan dakyah Individu tertentu.

Juga mungkin di dakwa tidak lagi menjadi Al-Azhar yang tulen oleh Golongan Pejuang Kesatuan Melayu Muslim, atas kenyataan beliau ini :

"Sesungguhnya Ruh Syariah Islamiah itu membawa kepada perlunya kita menyediakan suasana hidup yang stabil dan mulia terlebih dahulu sebelum kita melaksanakan (tatbiq) hukuman-hukumannya.

Beliau juga menegaskan bahawa Isu Utama (yang perlu dicapai dan diusahakan) pada peringkat sekarang ini ialah :

1.Memastikan tertegaknya Keadilan 
2.Memastikan Demokrasi benar-benar dilaksanakan
3.Memastikan tertegaknya Kebebasan (Bersuara dan memberikan pandangan - Penterjemah)
4.Memastikan Hak-Hak Asasi Manusia dihormati terutamanya Hak-Hak yang melibatkan seluruh Warganegara (Muslim dan Bukan Muslim -Penterjemah)

Pada masa yang sama juga beliau menegaskan bahawasanya 'peperangan terbesar kita sekarang ini ialah :

1.Islah dan pembaikan kepada Masalah Ekonomi
2.Islah dan pembaikan dalam Isu Pendidikan Rakyat dan Kesihatan Rakyat."

Sebelum dari itu,Fadhilatul Imam Al-Akbar turut menegaskan bahawasanya Al-Azhar As-Syarif bersepakat dengan kesemua Kuasa dan Parti-parti Politik,Pertubuhan-Pertubuhan Penyokong Revolusi dalam Persoalan kemestian mengekalkan Madah Kedua dalam Perlembagaan Mesir yang menyatakan bahawasanya Agama Rasmi bagi Mesir adalah Agama Islam dan Syariah Islamiah adalah Rujukan tertinggi bagi P)erundangan Negara Mesir" 

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150896364882458&set=a.130931747457.106611.591167457&type=3&permPage=1

Friday, March 15, 2013

Benarkah Pakatan Rakyat merugikan Melayu Islam?

Menjawab propaganda kononnya Kuasa Melayu akan terhakis jika Pakatan Rakyat Menang. 





"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya"- Al-Isra': 36

Thursday, March 14, 2013

Menjelaskan lagi Kecelaruan Fiqh ISMA..



PANDANGAN BALAS KEPADA PENGERUSI MAJLIS ULAMAK ISMA 

Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis Ulamak Isma atas perkongsian pandangan beliau ke atas status saya sebelum ini.

Pengenalan panjang lebar di awal tulisan tentang diri beliau,pencapaian Ilmiah,dan hubungan beliau dengan Para Sarjana Besar termasuk Fadhilatus Syaikh Ra'fat Uthman jelas menunjukkan keahlian bel
iau untuk berbincang tentang persoalan ini dan mewajibkan saya untuk menghormati beliau.

Akan tetapi,penghormatan saya terhadap pencapaian Ilmiah beliau dan sebagainya,tidaklah menghalang saya untuk memberikan pandangan saya yang kerdil ini dan memilih untuk berbeza pandangan dengan beliau.

PERTAMA : TUJUAN UTAMA PERKONGSIAN STATUS 

Tujuan utama saya menulis status tersebut dan menaqalkan pandangan Prof Dr Ra'fat adalah atas dua sebab :

1. Sebagai teguran kepada sebahagian sahabat yang teramat mudah mengeluarkan hukum dalam persoalan ini semata-mata dengan memetik Ayat Al-Qur'an :

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ 

Lalu mereka menyebutkan bahawa : "Tidak boleh melantik dan mengundi Non-Muslim ke Parlimen kerana ayat ini melarang mengambil pemimpin selain dari mukmin.

Ditambah lagi dengan sebahagian pihak yang berhujah dengan : "Mengundi Non-Muslim bermakna memberi wala' kepada mereka dan ini adalah Haram"

Pandangan-pandangan 'bermudah' sebeginilah yang menjadi fokus tulisan saya,kerana mereka yang mendalami bidang Fiqh Islami sangat maklum bahawa disiplin perbincangan hukum hakam bukanlah sebegitu.

2. Tujuan keduanya sebagai teguran kepada sebahagian pihak yang mana dengan semata-mata merujuk kepada beberapa Kitab Politik Islam yang dikarang oleh Fuqaha' Besar kita yang terdahulu seperti Al-Imam Al-Mawardi (Ahkam Sultaniah),Imam Al-Haramain Al-Juwaini (Al-Ghayasa' @ Ghiyaasul Umam Fi Ijtiyas Az-Zulam) dan lain-lainnya, semata-mata dengan membaca kitab-kitab sebegini mereka terus mengeluarkan pandangan "Haram Melantik Non-Muslim ke Parlimen atau Menjadi Menteri" tanpa terlebih dahulu memahami perbezaan 'Bentuk' dan 'Konsep' Kenegaraan dalam realiti semasa. 

Para Fuqaha’ sering mengingatkan bahaya perbuatan mengeluarkan hukum hakam semata-mata dengan membaca Kitab terdahulu,tanpa memastikan persamaan atau perbezaan pada isu yang dibincangkan,termasuklah Fadhilatus Syaikh Dr Ra’fat sendiri yang berulang kali menyebutkan bahawa terdapat perbezaan yang sangat ketara antara sistem Negara yang dibincangkan dalam karangan Fuqaha’ terdahulu dan bentuk Negara dalam konteks semasa,yang mana perbezaan-perbezaan itu membawa kepada berbezanya hukum antara keduanya.

Ucapan dengan makna sebegini juga disebut oleh Fadhilatus Syaikh Yusof Al-Qaradhawi dalam mukaddimah kitab beliau Fiqh Daulah.

Inilah tujuan utama perkongsian status tersebut. 

Pemilihan pandangan Fadhilatus Syaikh Ra'fat untuk ditulis dalam status tersebut hanyalah sebagai contoh kepada sahabat-sahabat semua bagaimana Fuqaha dan Ahli Ilmu berbicara soal hukum hakam.

Saya memilih untuk berkongsi pandangan beliau kerana saya berpeluang belajar dengan beliau.

Fadhilatus Syaikh Ra'fat menyatakan bahawa mencalonkan Non-Muslim ke Parlimen adalah Halal dan ianya bukanlah termasuk dalam 'Wilayah' atau 'Wala'.

Antara perbezaan utama yang disebutkan beliau ialah terhadnya kuasa bagi Ketua Negara,Perdana Menteri dan Menteri-menteri apatahlagi Ahli Parlimen. Setiap jawatan terebut terikat dengan Perlembagaan dan terbatas oleh Undang-Undang. Bukan seperti Pemerintah zaman dahulu yang memerintah secara kuasa penuh dan boleh bertindak atas pandangan individu.

Dengan keterbatasan bidang kuasa masing-masing inilah juga yang membuatkan Para Guru saya yang lain di Darul Ifta’ menyatakan bahawa ‘aqad’ antara Rakyat dengan Pemimpin dalam konteks Negara moden hari ini ianya adalah ‘Aqad Idarah’ (yakni Pengurusan dan Pentadbiran – Kabinet hanya menguruskan Negara dan melaksanakan apa yang ditetapkan oleh rakyat melalui Perlembagaan dan Undang-Undang Negara. 

Pemimpin Negara tidak boleh bertindak melampaui batas perlembagaan dan undang-undang.

Pemimpin terbatas tempoh khidmatnya bahkan Rakyat berhak ‘memecat’ setiap pemerintah yang tidak menunaikan kehendak mereka melalui peti undi) 

Selaian beliau,antara Fuqaha’ semasa yang menyatakan mencalonkan Non-Muslim ke Parlimen adalah tidak haram ialah :

1.Prof Dr Yusof Al-Qaradhawi Hafizahullah
2.Prof Dr Abdul Karim Zaidan 
3.Prof Mohd Salam Madkur
4.Almarhum Al-Imam Muhammad Abduh dan lain-lain lagi.

(Rujuk : Al-Intikhabat Ahkam Wa Dhowabit Oleh Akram Kassab)

Saya tidak menyangka perkongsian pandangan atas nama Fadhilatus Syaikh Ra'fat seakan menjadi ulasan utama pula oleh Tuan Pengerusi Majlis Ulamak Isma.

KEDUA (SAMPINGAN) : JAWAPAN KEPADA SAUDARA FAIZAL SABHON 

Perkongsian saya juga turut diulas oleh sahabat baik saya Saudara Faizal Sabhon yang saya kenal sebagai seorang yang sangat menitik beratkan nilai akademik dalam memberi pandangan dan tidak berpihak. Saya doakan agar sikap sebegitu terus kuat dan kekal sebati dalam dirinya.

Kesimpulan pandangan beliau :

Pandangan Fadhilatus Syaikh hanya terpakai dalam realiti Mesir kerana di Mesir,ahli Perlimennya memang hanya akan berperanan dalam bidang Legislatif (Menggubal Undang-Undang) dan tidak sama sekali tidak terlibat sama sekali dalam Kabinet (Hukumah).

Sahabat saya Saudara Faizal melakukan dua kesilapan di sini.

Pertama : Beliau mengulas pandangan Fadhilatus Syaikh Ra'fat yang saya naqalkan - dalam keadaan beliau tidak wujud dalam perbincangan tersebut.

Kedua : Menyebutkan bahawa pandangan itu hanya terpakai di Mesir tidak di Malaysia hanya berasaskan andaian beliau.

Hakikatnya : Fadhilatus Syaikh Ra'fat menjawab dalam keadaan memahami Sistem Parlimen yang wujud di serata dunia. 

Secara ringkasnya : Fadhilatus Syaikh Ra'fat menyebut secara jelas bahawa tidak menjadi masalah untuk melantik mereka menjadi Ahli Parlimen (Legislatif) juga menjadi Menteri (Eksekutif) dan kedua-duanya tidak termasuk dalam soal wilayah atau wala'. 

Tambahan pula di Malaysia,kedudukan Yang di Pertuan Agong dan Perdana Menteri,dua pihak yang berkuasa paling besar di sandang oleh Muslim.

Kesimpulannya,pandangan Saudara Faizal tidak dapat diterima pakai dalam perbincangan ini.

KETIGA : SALAHKAH KANDUNGAN SOALAN SAYA KEPADA FADHILATUS SYAIKH DAN ADAKAH IANYA PERLU DITAMBAH?

Kembali kepada Tuan Pengerusi Majlis Ulamak Isma.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa sesuatu 'Soalan' datangnya dari 'Tasawwur Masalah' yang ingin disoalkan.

Saya bertanya soalan yang jelas dan ianya merujuk kepada "
صورة المسألة" (Bentuk situasi yang khusus) iaitu sekiranya bertembung antara Calon Muslim yang Zalim dan tidak layak memerintah menentang Non-Muslim yang Adil dan Telus.

Surah Masalah ini jelas. 
Jadinya,soalan saya tentang surah ini juga jelas.
Jawapan Fadhilatus Syaikh juga jelas. 

Apabila ada sebahagian pihak yang berkongsi pandangan ini,mereka tidak boleh dikira melakukan kesalahan,dan sememangnya mereka berhak mengambil panduan dari pandangan tadi sekiranya mereka berhadapan dengan situasi tersebut.

Ini kerana mereka berkongsi soalan yang khusus : iaitu "situasi calon Muslim Zalim menentang Non-Muslim yang Adil".

Hukumnya jelas,dalam situasi tersebut - kita boleh memilih Non-Muslim yang Adil.

Dan adapun persoalan yang ditimbulkan oleh Tuan Pengerusi Majlis Ulamak ISMA tentang aspek-aspek yang perlu ditambah dalam soalan(
قيود الأسئلة) ianya tidaklah akan membatalkan "surah masalah@situasi soalan" yang pertama.

Ia hanya akan membawa kepada "surah kedua - situasi kedua",dan surah kedua ini juga pasti ada jawapannya yang tersendiri.

Begitulah sekiranya ditambah aspek-aspek lain.

Ianya tidak akan membatalkan jawapan kepada situasi-situasi sebelumnya kerana setiap situasi itu berbeza.

KEEMPAT : BAGAIMANA PULA DENGAN PETIKAN YANG DIBAWA OLEH TUAN PENGERUSI MAJLIS ULAMAK ISMA YANG MENYEBUT SECARA JELAS FADHILATUS SYAIKH MENYATAKAN HARAM HUKUMNYA MENCALONKAN NON-MUSLIM(DALAM PETIKAN MENYEBUT QIBTIYYAH) KE MAJLIS SYURA DAN MAJLIS SYA’AB(DEWAN RAKYAT DAN DEWAN NEGARA MESIR) ?

Sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam status sebelum ini,Fadhilatus Syaikh menyebutkan ketika situasi bertembung antara Muslim yang Zalim dan Non-Muslim yang Adil,kita perlu memilih Non-Muslim yang Adil.

Fadhilatus Syaikh juga menyebut bahawa hukum asal mencalonkan Non-Muslim ke Parlimen atau memegang jawatan Menteri dalam Kabinet adalah harus.

Bahkan beliau menyatakan sekiranya kita membuat pembahagian secara nisbah berasaskan jumlah penduduk untuk kerusi Parlimen dan Menteri juga adalah harus. 

Sebagai contoh 60% kerusi Parlimen Muslim dan 40% ahli Parlimen Non-Muslim.

Begitu juga dengan pembahagian di Kabinet.
Tidak ada sebarang hujah untuk pengharamannya.

Bahkan ketika bertembung dua calon : Muslim dan Non-Muslim yang sama Adil dan telus,Fadhilatus Syaikh menyebut tidak wajib untuk memilih Muslim atas dasar dia Muslim. 

Bahkan pilihan mestilah di atas dasar siapa yang lebih layak untuk memikul tugas -
الأصلح - di Parlimen @ Menteri. Bukan atas dasar Islam atau tidak. 

Jadi bagaimana pula Petikan oleh Tuan Pengerusi Majlis Ulamak Isma yang diambil oleh Kitab ‘Al-Intikhabat oleh Syeikh Akram Kassab?

Di sinilah kita dapat melihat Rahmat Ilmu dan keluasan Rahmat Allah S.W.T.

Apa yang didapati oleh orang terdahulu,juga diberikan kepada orang terkemudian.

Tuan Pengerusi mendapat nikmat untuk berbincang dan bertanya soalan kepada Fadhilatus Syaikh , Alhamdulillah kami anak-anak murid yang terkemudian juga mendapat nikmat untuk bertanya dan berbincang. 

Saya berpeluang untuk bertanya kepada Fadhilatus Syaikh tentang petikan tersebut. 

Petikan yang dinisbahkan terhadap Fadhilatus Syaikh tercatat pada Kitab tersebut di halaman 61 pada nota kaki. 

Fadhilatus Syaikh menyatakan kepada kami di dalam kelas bahawa pihak yang menaqalkan kalam beliau telah tersalah petik pandangan atau tidak daqiq (teliti) dalam menaqal. 

Kata beliau lebih kurang maknanya : “Aku cuma membincangkan (Pengharaman tersebut) dari Sudut Pencalonan Ketua Negara sahaja,bukannya Dewan Rakyat atau Kabinet.
Aku tidak mengharamkan Bukan Muslim dicalonkan ke Majlis Syura dan Majlis Sya’ab. 
Pengarang tersalah petik antara ucapan aku dan ucapan Dr Al-Birri”.

Saya juga diminta oleh Fadhilatus Syaikh untuk menyemak semula pautan di internet tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Alhamdulillah ‘ala an-ni’mah!

Ingin saya jelaskan sekali lagi,perkongsian di sini bukan berfokus kepada Fadhilatus Syaikh Ra’fat sahaja,bahkan kepada tokoh-tokoh Ulamak semasa yang lain yang turut berpandangan dengan pandangan yang sama. 

Jawapan-jawapan huraian yang berkaitan Fadhilatus Syaikh hanyalah untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan.


KELIMA : BEBERAPA PERSOALAN

Tentang persoalan lain-lain situasi oleh Tuan Pengerusi Majlis Ulamak Isma dan kaitannya dengan kedudukan Umat Islam dan Perlaksanaan Syariatnya,jawapan saya :

1.Sekiranya calon itu adalah calon yang terbukti merugikan Islam dan Syariatnya :

Jawab saya,saya bersetuju kita tidak boleh mengundi mereka. 
Bukan sekadar Non-Muslim,bahkan Muslim sendiri yang telah terbukti menghina Hudud dan Parti Muslim yang terbukti menyekat perlaksanaan Hudud dan sebagainya mesti dijatuhkan.

Berbaki lagi : Penilaian terhadap Non-Muslim samada mereka benar memusuhi Islam atau tidak,siapakah yang akan menilainya? 

Jawapan saya – rakyatlah yang berhak menilai. 

Saya sendiri - selaku rakyat - memilih untuk menilai dengan penilaian oleh Pimpinan PAS yang terbukti Istiqamah untuk memperjuangkan Islam selama ini.

Bukan penilaian Utusan Malaysia yang terbukti memfitnah. 

Segala kekusutan dan ucapan-ucapan yang dinisbahkan kepada Non-Muslim yang bersama PAS&PR yang didakwa sebagai ucapan memusuhi Islam,Pemimpin PAS telah berjumpa sendiri dan mendapatkan penjelasan dari tertuduh.

Pemimpin PAS bukan sekadar menghukum dari jauh,jauh sekali untuk menghukum dengan persaksian Utusan Malaysia.

Sebagaimana Para Ulamak Ummah menitikberatkan soal Islam dan Syariatnya,begitulah juga PAS.
Saya yakin juga ISMA sama matlamatnya.

Titik perbezaannya ialah PAS menilai bahawa ruang untuk mengembang dan menegakkan Islam itu lebih cerah bersama PR walaupun adanya cabaran,manakala ISMA berpandangan sebaliknya.

Al-Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Hafizahullah sendiri telah menegaskan :

““Kita menerima tahaluf siyasi dengan persetujuan Malis Syura Ulama dan Muktamar PAS, kerana itu ia adalah suatu jihad untuk melaksanakan cita-cita perjuangan yang telah kita sepakati,”
"PAS mengulangi pendirian tegas bahawa kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak merugikan orang Melayu dan Islam.

"PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat."

Saya berpandangan,eloklah kiranya Al-Fadhil Tuan Pengerusi Majlis Ulamak ISMA melapangkan sedikit masa untuk menghirup teh bersama Pemimpin PAS untuk mendengar sendiri pandangan mereka sambil-sambil menjelaskan pandangan ISMA.

PENUTUP : 

Saya berharap agar matlamat saya :

1. Memperingatkan sahabat-sahabat agar tidak bermudah-mudah dalam mengharamkan mengundi non-muslimin.

2.Membuka pintu perbincangan hukum mengundi non-muslim secara lebih mendalam oleh Para Sarjana dan Ulamak kita yang berkelayakan di tanah air. Saya juga masih belajar dan mencari.

Akhir kalam – ingin saya menambah juga soalan :

“Apakah hukum sekiranya bertembung antara calon muslim berwibawa VS Non-Muslim yang Adil,tetapi mengundi Calon Non-Muslim yang adil dapat membawa Muslim yang Adil dan Amanah menjadi Perdana Menteri,mengundi calon Muslim berwibawa pula akan mengurangkan peluang untuk menaikkan Perdana Menteri Muslim yang Adil dan Berwibawa?”


Muhammad Noorazam Bin Bahador.
Arma 507.
Kaherah.
Mesir.


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151489140902458&set=a.130931747457.106611.591167457&type=3&theater

Wednesday, March 13, 2013

Pulau Pinang - Fakta Jelas Agama Islam Jauh Lebih Baik Di Bawah PR Berbanding BN


Tiba masanya bagi ahli ISMA tidak lagi membuta tuli terus menerus  menelan propaganda UMNO-BN untuk bersikap negatif terhadap PR dan DAP.
(Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.- Al-Isra': 36)



Kita tidak mungkin akan dapat membandingkan corak pemerintahan di pulau Pinang di antara BN dan PR sekiranya kita tidak berani berubah pada PRU12 tahun 2008 dulu... 

Atas sikap berani berubah rakyat Pulau Pinang pada 2008 lalu lah.. 

Maka kita kini boleh mendapatkan "FAKTA" yang jelas,pentadbiran yang manakah jauh lebih baik di antara BN dan PR dalam mentadbir Pulau Pinang...

Aku ingin kongsikan pemerhatian seorang anak jati Pulau Pinang terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat selama 3 tahun lebih di pulau Pinang....


Nama beliau adalah Syed Imran....
beliau merupakan bekas Setiausaha Akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri....
dan juga pernah menjadi wartawan Bernama suatu ketika dahulu...

Dalam blog beliau KUDA RANGGI..beliau menyatakan bahawa apa yang dipaparkan di media perdana negara adalah sangat berbeza dengan keadaan  sebenar di Negeri di bawah Pentadbiran PR itu...

Beliau menggambarkan bahawa laporan yang sering dipaparkan oleh media perdana hanyalah bertujuan mencipta persepsi "salah" supaya rakyat marah dengan  kerajaan negeri Pulau Pinang yang mana Ketua Menterinya adalah Lim Guan Eng dari DAP..


Beliau menyatakan Pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.

Belanjawan atau Bajet  2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja. 

Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 % adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia.

Cuba kita lihat betapa besarnya jumlah hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan Negeri dahulu iaitu BN yang mewakilkan Parti Gerakan untuk mentadbir Pulau Pinang...
Dan lihat betapa pantasnya pulak Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menyelesaikan hutang yang ditinggalkan oleh BN tersebut dalam 3 tahun setengah sahaja...

Orang melayu tidak sedar...mereka mempunyai satu sikap yang sentiasa cuba menafikan dan menolak fakta kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang hanya kerana negeri itu ditadbir oleh Ketua Menteri dari DAP...

Orang melayu kena ubah minda...kerana fakta yang kita ada kini menunjukkan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa kini adalah jauh lebih baik dari pelbagai sudut..

Mari kita lihat perbandingan peruntukan kepada hal ehwal agama Islam di Negeri Pulau Pinang ketika di zaman BN dan juga ketika ditadbir oleh Pakatan Rakyat pada masa ini..






Janganlah kita tolak kebaikan hanya semata-mata kita "dimomokkan" persepsi yang tidak benar mengenai DAP...

Aku tahu..orang melayu sejak dari dulu lagi "dipaksa" menerima propaganda yang dibawakan UMNO bahawa DAP itu Komunis... dan komunis itu adalah DAP...
itu adalah propaganda yang dimainkan UMNO sejak lama dulu....

Ini terjadi kerana dulu tiadanya media baru bagi menyeimbangkan antara "FAKTA" dan "PROPAGANDA" ciptaan UMNO....

Kini.. maklumat sampai kemerata ceruk kampung....
dan kini..tiba masanya kita berubah...

Segala fakta yang ada telah meletakkan kita wajib untuk berubah..
berubah menolak BN...!!

http://lianglahad.blogspot.com/2012/02/pulau-pinang-fakta-jelas-agama-islam.html

Lagi Hujjah kukuh dibolehkan mengundi calon non-Muslim

CALON MUSLIM vs NON MUSLIM
 OLEH AL-FADHIL USTAZ ANHAR OPIR
(BA Al-Azhar,MA Darul Ulum Cairo,sedang menyiapkan tesis PhD di Jordan)

1. Bahang Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 Malaysia yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja menjadi lebih hangat dengan isu calon muslim apabila bertembung dengan calon non muslim di satu-satu kawasan. Sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat (Parlimen), terdapat pandangan daripada satu kumpulan yang mengharamkan undi kepada non muslim.

gambar hiasan

2. Mereka juga menegaskan bahawa hukum ini terpakai walaupun pertembungan berlaku di antara calon muslim yang jahat dengan calon non muslim yang baik. Kayu ukur mereka adalah agama, walaupun seseorang itu jahat dan zalim tetapi jika beragama Islam maka kita wajib undi dan sokong kerana lebih ‘afdhal’ berbanding non muslim yang baik tadi. Selain itu mereka menganggap dengan mengundi non muslim sehingga menyebabkan menang, ini membawa kepada wilayah (kekuasaan) non muslim ke atas orang-orang Islam.



3. Mereka menyandarkan hukum ini kepada beberapa dalil ayat al-Qur’an, antaranya firman Allah SWT dalam surah al-Nisaa’ ayat 141:

وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

Maksudnya: Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.



4. Seringkali juga mereka bersandarkan firman Alah Azza wa Jalla dalam surah Ali Imran ayat 28:

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ

إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ

Maksudnya: Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu).



5. Juga firman Allah SWT yang mempunyai sighah yang sama dalam surah al-Nisaa’ ayat 144:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.



6. Ayat-ayat ini secara zahirnya melarang kita daripada mengambil non muslim sebagai kawan, penolong, dan termasuk juga calon untuk diundi hingga menjadi ketua yang mempunyai kuasa. Namun istinbat hukum haram mengundi calon non muslim menerusi ayat ini memerlukan ketelitian dan penguasaan ilmu Usul al-Feqh. Ini kerana tidak semua teks ayat al-Qur’an boleh kita bergantung kepada zahirnya sahaja, bahkan terdapat ayat-ayat al-Qur’an pada dalalah (pendalilan) hukumnya adalah mu’allalah (bersebab). Selain adakah ia bersifat mutlak kepada semua non muslim atau muqaiyyad (terikat) untuk sebahagian daripada mereka sahaja? Seterusnya adakah kita telah kumpulkan semua ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan non muslim sehingga kita boleh buat kesimpulan dan istinbat hukum haram?



7. Mungkin kumpulan tadi terlupa atau tidak bertemu dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 8-9:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ . إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ.

Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.



8. Menerusi ayat ini, Allah Azza wa Jalla telah membahagikan non muslim kepada dua kumpulan; pertama adalah yang baik kepada orang-orang Islam, tidak memerangi dan mengusir muslimin dari kediaman mereka. Manakala kumpulan kedua adalah yang memusuhi, ,memerangi dan mengeluarkan orang-orang Islam dari rumah-rumah mereka. Kumpulan ini seperti Musyrikin Mekah yang telah menyakiti dan menghalau nabi SAW dan umat Islam. Inilah kumpulan yang kita tidak boleh berkawan dan mengundi mereka. Adapun kumpulan yang pertama, kita tidak dilarang untuk berkawan dan mengundi mereka berdasarkan dalalatu al-nas yang tidak perlukan sebarang ta’wil. Maka ayat ini telah mengikat (qayd) mutlaknya ayat-ayat yang digunakan oleh kumpulan yang mengharamkan undi kepada non muslim.



9. Di samping itu, ayat yang melarang kita mengambil non muslim sebagai kawan rapat serta penolong, illah (sebab) nya bukan semata-mata kufurnya mereka kepada Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 1:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُمْ مِنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَنْ تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (SAW) dan juga mengeluarkan kamu disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu.



10. Ayat ini telah menafsirkan ayat-ayat yang awal di atas, bahawa larangan Allah Azza wa Jalla menjadikan non muslim sebagai kawan rapat dan penolong bukan hanya kerana tidak berimannya mereka, tetapi juga bergabung dengan illah (sebab) lain iaitu menghalau dan mengusir nabi SAW dan umat Islam daripada kediaman mereka tanpa hak. Oleh itu, jika seorang non muslim hanya sekadar tidak beriman tanpa illah (sebab) kedua iaitu menghalau, maka tiada larangan.



11. Ini lebih jelas lagi dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 22:

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

Maksudnya: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan rasulNya,



12. Daripada ayat ini menunjukkan bahawa larangan berkawan dan menyokong non muslim adalah bagi yang menentang Islam. Maka mafhumnya adalah sebaliknya iaitu tiada larangan bagi non muslim yang tidak menentang Islam. Persoalannya ialah bagaimana pula dengan calon muslim yang terang-terang menentang, mempersenda dan menolak Islam menerusi ucapan dan tulisan meraka?



13. Mengetahui perbahasan ayat-ayat di atas menjadikan kita faham dan memperhalusi maksud muwalat (penguasaan) non muslim yang sebenarnya dilarang oleh Islam. Dengan kefahaman tersebut kita terhindar daripada kesilapan memetik dan istinbat hukum hanya kerana baru berjumpa dengan satu ayat al-Qur’an yang belum tentu dalalah (pendalilan) nya qat’ie (putus dan pasti). Ia keliru dan mengelirukan!



14. Calon yang menang dalam pilihanraya nanti bakal menjadi seorang wakil rakyat bukannya khalifah, Imam atau ketua negara. Itu pun bukannya wakil kepada kesemua rakyat tetapi hanya mewakili satu juzu’ daripada jumlah rakyat di seluruh negara (kerusi Parlimen) atau negeri (kerusi DUN). Al-Qaradhawi menjelaskan:

Sesungguhnya al-niyabah (perwakilan) ini merupakan wakil kepada sebahagian orang ramai dalam kawasan tertentu, ia tidak dianggap dalam bab al-imarah (kepimpinan) dan al-wilayah (kekuasaan) yang hadith melarang bersungguh-sungguh atau memintanya. Seorang wakil (rakyat) bukannya ketua, menteri atau gabenor, tetapi dia mewakili kawasannya dalam dewan yang berfungsi untuk menegur kepimpinan, penguasa dan para menteri. Oleh itu, dia menegur bukannya yang ditegur. (al-Qaradhawi: Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, Dar al-Syuruq, hlmn 194)



15. Kuasa seorang wakil rakyat di Malaysia terhad dan terbatas, dikawal dan terikat dengan undang-undang serta perlembagaan negara. Apatah lagi ingin menyentuh sebarang urusan yang berkaitan dengan agama Islam, perlu melepasi dan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Majlis Raja-raja. Tambahan pula jumlah non muslim tidak majoriti dalam DUN atau Parlimen. Dan pasti wakil-wakil rakyat muslim akan bersuara dan berperanan mempertahankan. Melainkan jika mereka hanya datang untuk tunjuk muka kepada ‘bos’ serta klim tambang hadir persidangan semata-mata!



16. Tidak mempunyai kuasa penuh dan terhad ini yang menyebabkan al-Mawardi (450H) membenarkan ahli al-Zimmah boleh dilantik menjadi menteri yang hanya bersifat membantu melaksanakan dan melicinkan kerja seorang ketua negara. Kata al-Mawardi:

Harus seorang menteri (tanfiz) itu daripada ahli a-Zimmah meskipun dia tidak boleh memegang jawatan menteri tafwidh (mendapat kuasa). Perbezaan di antara kedua-dua kementerian ini berdasarkan perbezaan dua kuasa, yang demikian itu dari empat aspek; salah satunya ialah menteri tafwidh berkuasa untuk menentukan hukum dan menghapuskan kezaliman, sedang ini tiada pada menteri tanfiz. (al-Mawardi: al-Ahkam al-Sultaniyah, Dar al-Kutub al-Ilmiah, hlmn 28)



17. Menurut al-Mawardi, menteri tanfiz (pelaksana) bidang kuasanya tertakluk kepada arahan imam (ketua negara). Ini berbeza dengan menteri tafwidh yang mendapat kuasa penuh untuk melakukan sebarang tindakan berdasarkan kehendak dan pendapatnya. Abu Ya’la al-Farra’ (458H) juga menyokong pendapat ini, iaitu dalam hal tiada kuasa penuh bahkan terbatas dan terhad, katanya:

Dan al-Kharqi menyebut sesuatu yang menunjukkan bahawa harus seorang menteri tanfiz itu dalam kalangan ahli al-Zimmah, kerana dia membenarkan pemberian satu juzu’ daripada zakat kepada mereka jika mereka menjadi amil, lalu diberikan kepada mereka hak ke atas kerja mereka. Ini menunjukkan hukum harus perlantikan mereka. (Abu Ya’la: al-Ahkam al-Sultaniyah)



18. Hal ini tidak bercanggah dengan pendapat Imam al-Haramain al-Juwaini (478H) yang tidak membenarkan ahli al-Zimmah memegang jawatan menteri. Kerana yang dimaksudkan oleh al-Juwaini adalah menteri yang mempunyai kuasa penuh dan bebas dalam bertindak, serta berkaitan dengan syarat periwayatan dan persaksian, kerana wakil rakyat di Malaysia tidak begitu sifatnya. Al-Juwaini menyatakan:

Sesungguhnya kepercayaan perlu untuk dijaga, seorang zimmi itu tidak boleh dipercayai dalam perbuatan dan kata-katanya, begitu juga gerak-gerinya. Periwayatannya ditolak, demikian juga dengan persaksiannya ke atas orang-orang Islam, jadi bagaimanakah diterima kata-katanya pada perkara yang bakal menjadi sandaran dan rujukan imam (ketua negara) orang-orang Islam. (al-Juwaini: Ghiyath al-Umam fi al-Tiath al-Dzulam, Dar al-Dakwah, hlmn 114)



19. Ini dalam hal melantik menteri, adapun wakil rakyat ia lebih rendah darjatnya dan tidak sepenting jawatan menteri. Keadaan dan sistem yang berbeza juga menyebabkan kita perlu menilai dan meneliti setiap perbezaan ungkapan para ulama’. Yang salah bukan pandangan mereka, tetapi kita yang sering silap menggunakan secara pukul rata untuk semua perkara sedangkan konteksnya berbeza. Sistem pentadbiran negara Malaysia yang berasaskan demokrasi berperlembagaan tidak sama dengan sistem khalifah pada kurun-kurun awal Islam. Walaupun berkongsi istilah seumpama menteri dan kementerian, namun ia belum tentu sama pada perlaksanaannya.



20. Selepas tiada teks dalil yang qat’ie (putus dan pasti) melarang daripada mengundi calon non muslim dalam PRU, maka masolih mursalah menjadi sandaran kepada keharusan hukum mengundi mereka. Ini kerana kita tidak boleh menafikan kewujudan mereka di Malaysia yang mewakili hampir 40 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Mereka akan mewakili suara non muslim di dalam sidang DUN atau Parlimen. Maka maslahat dan kepentingan wujud di sini untuk didengar pandangan serta tuntutan mereka guna memelihara hak mereka yang dijamin oleh Islam sebagai kumpulan minoriti.



21. Jangan kerana ingin menang mudah dalam PRU dan menafikan hak orang lain, dengan senang kita meletakkan hukum haram mengundi calon non muslim. Tindakan ini bakal mematikan keanjalan dan kesyumulan syari’at Islam sebagaimana para sahabat yang telah menyebabkan kematian sahabat mereka sehingga ditegur oleh nabi SAW kerana kesilapan memberi fatwa. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA katanya:

أَصَابَ رَجُلًا جُرْحٌ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ احْتَلَمَ فَأُمِرَ بِالِاغْتِسَالِ فَاغْتَسَلَ فَمَاتَ فَبَلَغَ ذلك رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال قَتَلُوهُ قَتَلَهُمْ الله أَلَمْ يَكُنْ شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالَ

Maksudnya: Seorang lelaki cedera pada zaman nabi SAW, kemudian bermimpi, disuruh kepadanya mandi, lalu dia pun mandi dan meninggal dunia. Kisah itu sampai ke pengetahuan nabi SAW lalu nabi bersabda: mereka telah membunuhnya, Allah akan membunuh mereka. Bukankah ubat bagi orang yang tidak tahu adalah bertanya. (Riwayat Abu Daud)



22. Kesimpulannya, tiada dalil qat’ie yang melarang untuk mengundi calon non muslim dalam PRU di Malaysia. Ia termasuk dalam siasah syar’iyah bagi pemerintah untuk membenarkan pencalonan mereka atas dasar maslahat kumpulan minorit. Wallahu a’lam.





Anhar Opir
29 Rabi’ al-Akhir 1434H
Sweileh, Amman

Tuesday, March 12, 2013

Pandangan ABIM - Belum tentu Islam berdaulat dengan Melayu bersepakat. !!

Persefakatan Melayu, Asasnya Hanya Islam!

Sunday, March 10, 2013

Apabila Ahli ISMA menongkah Arus...

Tidak semua ahli ISMA sekata dengan politik Arus Baru yang merugikan gerakan Islam.  Dr  Yusof Abbas ialah salah seorang Ahli ISMA yang menggunakan pemikiran, fakta yang berpijak di bumi nyata.


 NGO dakwah berpolitik

 Oleh Dr Yusof Abbas

Susulan dari artikel  sebelum ini berkenaan nasihat yang terlalu kerap, maka disini saya tidak berhajat memberi nasihat kepada NGO Islam yang sudah pun mengistihar untuk meletak calun dalam PRU13 akan datang.Sejarah baru, dimana sebuah NGO dakwah terjun kedunia politik.

Rasanya bukan di Malaysia sahaja, mungkin secara umum masyarakat  Islam dimana-mana sahaja agak SUKAR untuk menerima dakwah yang dibawa oleh ahli politik atau apa-apa sahaja nilai Islamik yang berunsur politik.

Orang UMNO sukar menerima dakwah malah menghalang dakwah yang dibawa oleh ulamak PAS, atau oleh Ustaz dari PKR, walaupun intipati dakwahnya langsung tidak menyentuh hal politik. Begitu juga orang PAS atau PKR pula sukar menerima pandangan agama oleh Ulamak UMNO.

Malah bukan pada orang UMNO atau PAS atau PKR, malah orang biasa atau orang atas pagar LEBIH SELESA mendengar nasihat agama dari mereka yang tidak berpolitik. Seorang tokoh ualamak PAS yang sudah bersara dari dunia politik  terpaksa mengambil  masa yang panjang untuk diterima oleh orang awam, itupun masih banyak masjid-surau yang menolak dakwahnya, walaupun beliau sangat dikenali sebelum menjadi orang politik.


Pernah ada NGO ( J***)  yang mana segelintir ahlinya aktif berpolitik dengan menyertai parti politik, dan kesan langsungnya ialah NGO ini dikaitkan dengan unsur politik dan dakwah umum NGO ini menjadi hambar, atau acara mereka hanya dihadiri oleh ahli-ahli mereka sahaja. Ekoran dari masalah ini, dan ramai yang tahu, dimana sebuah NGO dakwah yang baru ditubuhkan dan masih bebas politik.

Itulah pandangan utama saya kesan apabila berpolitik. Pandangan seterusnya, politik di Malaysia ( dan dimana-mana sahaja), sentiasa kotor dan menjijikkan. Apakah mampu  NGO ini dan ahli2nya bersedia bergelumang dengan kotor.  Sukar untuk 'warak'  dalam kontek politik Malaysia apalagi dalam IBU pilihanraya nanti. Mungkin ada yang terkejut besar dengan gaya politik samseng, mengugut, sogokan wang dan kejelekan yang lain.

Saya mencadangkan menjadi permerhati dahulu sebelum meletak calun, seperti belajar  kaedah MENCULA  pilihanraya dan langkah-langkah strategi pilihanraya yang lain. Politik itu satu ilmu dan menghadapi pilihan raya juga adalah ilmu?  Malah bukan ilmu dalam buka dan minda sahaja, tetapi  ianya  praktikal dan  pengalaman.

Bukan semua orang ada bakat berpolitik dan bakat memimpin. Adalah sukar mencari pemimpin politik yang ada PAKEJ,  Saya tidak mahu komen akan bakal-bakal calun dari NGO ini. Pandai berceramah dan berhujah adalah pakej seorang ahli politik. Saya rasa simpati, mungkinkah ahli NGO ini akan aktif  mengedar risalah kempen, memasang poster dan sebagainya. Jika ini berlaku, imej sebagai NGO akan Islam akan lebih tercemar.  Sya pernah berucap bersemangat pada kempen pilihan raya 1998, malah sekarang ini ditawarkan lagi untuk berkempen di tiga DUN diNSembilan ini. Pertimbangan rasional saya ialah demi masa depan dakwah saya, saya mesti berhati-hati.

Dengan berpandangan nutral, tentunya NGO ini sudah bersedia untuk berpolitik dan perlu diraikan serta dihormati. Tentunya pelbagai kajian telah dibuat untuk berada satu paradigm yang sangat besar ini.

Tergambar pada fikiran saya satu fanorama baru ini. Tergambar ahli-ahli yang wajah mereka biasa yang lihat itu akan turun padang berkempen dan memasang poster. Awas! Pada musim berkempen, mudah untuk menambah dosa ( contohnya minima buruk sangka atau 'naik angin' bila poster akan dikoyak). Jika peruntukan untuk menang sekadar puluhan ribu sahaja, jawabnya tidak bersedia untuk menang. Apa lagi bertanding pada kawasan Parlimen.

Juga mungkin satu fanorama baru selepas PRU13, dan dijangkakan ( InsyaAllah) dakwah umum NGO ini akan menjadi sukar

 Parti lain mempunyai kaedah canggih dan tersusun  menghadapi PRU sejak bertahun-tahun, malah wang sudah mencurah-curah, sedangkan dalam saat-saat akhir NGO mahu meletak calun. Jika menang!  Memang menakjubkan, dan memberi mesej bahawa mesej dakwah telah berjaya, jika gagal  teruk, bermuhasabahlah. Hukum akal-ianya sangat sukar untuk jadi YB.

Generasi baru akan menerima tempias akan masa depan dakwah atas apa yang berlaku sekarang.

Tulisan ini tidak memberi sebarang makna kepada NGO yang sudah nekad meletak calun, tetapi mungkin bermakna selepas PRU 13 nanti


Moga diambil sebagai motivasi untuk hebat berpolitik dan sebagai ingatan kesan selepas PRU13 nanti.

Sejarah baru  telah berlaku apabila sebuah NGO dakwah secara terus terang mengistihar untuk terlibat didalam politik, sebelum ini hanya ahli2 NGO sahaja yang  keluar NGO dan menjadi ahli politik.

Analisa:- JIKA CALUN  3  PENJURU.

1). Orang Melayu penyokong BN-UMNO hampir pasti akan undi calun BN dari parti MCA/MIC/Gerakan, tetapi  orang Melayu penyokong PR pula mungkin akan mengundi calun bebas  Melayu ini dan tidak mengundi calun  PR yang bukan Melayu.  Maka undi PR yang akan terpecah.......... contoh:- Jika dulu DAP  mudah kalahkan MCA, tetapi dengan 3 penjuru, kelebihan pada MCA

2).Oleh kerana selama ini MCA sentiasa kalah, maka alang2 sudah kalah, mungkin akan ada orang Melayu BN yang akan beri undi pada calun bebas Melayu. Orang Melayu yang berjiwa Islamik dalam Pas dan PKR akan mengundi calun Melayu tadi. Maka yang bpeluang menang ialah masih pada MCA itu. Jadi calun DAP tetap berkurangan undi, yang pasti undi orang cina dan orang India adalah solid pada  MCA atau DAP

kesimpulan dari kedua2 analisa diatas, kerusi  PR  juga yang akan terancam. Jika calun Melayu ini  bertanding, MAKA pengundi akan membuat pelbagai spekulasi akan kemunculan pemain ketiga itu nanti.

BERTANDING UTK MENANG, BUKAN 'MENGAIPKAN' DIRI DGN HILANG WANG TARUHAN.

http://bioibadah.blogspot.com/2013/02/ngo-dakwah-berpolitik.html