Monday, November 15, 2010

Antara Helah dan Hujjah...

"....Walaupun tindakan mereka tersebut bercanggah dengan fiqh harakah dan amal jama’i yang mereka sendiri sering syarahkan, mereka tetap mempertahankannya.

Kadang-kadang penat kita memikirkan, bagaimana boleh jadi sedemikian? Kenapa mereka sanggup sehingga bertindak sedemikian?.."

Perkembangan mutaakhir mengenai kumpulan anak syarikat yang mengeluarkan diri mereka dari organisasi payung mengundang pelbagai tafsiran. Yang jelas, ada di kalangan manusia yang mengambil keputusan pelik شـاّ ذ berdasarkan emosi dan nafsu.

Walaupun keputusan yang dibuat tidak dapat dipertahankan melalui hujjah aqli dan naqli, bahkan bertentangan dengan Syara’, mereka tetap mempertahankannya.

Walaupun tindakan mereka tersebut bercanggah dengan fiqh harakah dan amal jama’i yang mereka sendiri sering syarahkan, mereka tetap mempertahankannya.

Kadang-kadang penat kita memikirkan, bagaimana boleh jadi sedemikian? Kenapa mereka sanggup sehingga bertindak sedemikian?

Bagaimana mereka boleh membelakangkan Syara’, mengenepikan aqal dan logik, menyisihkan fiqh haraki dan amal jama’i?

Penulis teringat kepada beberapa kaedah yang digunakan oleh syaitan untuk mengganggu anak Adam dari terus bertaubat.

Antara yang masyhur ditulis oleh ulama’ Salaf dan Khalaf ialah:

1. التـزييّن (Pengindahan) Syaitan akan membisikkan kepada kita sesuatu yang dah dikenalpasti salah, kepada satu suasana yang tidak bersalah. Dia akan mengindahkan maksiat itu supaya kelihatan tidak maksiat. Kadang-kadang hal ini dinamakan التـبـرير menzahirkan kebaikan.

Di sana terdapat banyak hujjah dan dalil mengenai kewajipan menyempurnakan tuntutan bai’ah dan janji, tetapi Syaitan akan menampakkan penyelewengan sebagai satu kebaikan, menghiasi tindakan tersebut dengan tujuan islah, menampakkan mereka sebagai kumpulan muslihun:

Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan". Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar. (QS. 2:12)

Contoh: Sebuah Hadis dari Muslim dan ada yang seumpamanya dalam Bukhari dan ibnu Majah:

....وفّوا بيعة الأوّل فالأوّل وأعطوهم حقّهم فإنّ الله سا ئلهم عمّا استرعاهم...

… Penuhilah bai’ah yang pertama sebagai yang utama dan berikan kepada mereka hak mereka. Sesungguhnya Allah akan menanyakan kepada mereka segala pertanggungjawapannya”

Bai’ah pertama yang lengkap susur galurnya menjadi utama dari bai’ah peribadi yang tidak ketahuan puncanya.

Kalau ada pemimpin yang soleh membuat kesilapan atau ada kelemahan, tugas kita ialah menegur, bukan berpecah, berpindah dan meninggalkannya serta menongkah bai’ah.

Contoh: Hadis dari Musnad Imam Ahmad

با يعه فمن بايع أميرا عن غير مشورة المسلمين فلا بيعة له للّذى

Barangsiapa membai’ah seorang amir tanpa bermesyuarat dengan kaum muslimun tiada bai’ah baginya dan tidak ada bai’ah bagi orang yang membai’ahnya itu

Hadis ini jelas menerangkan sekiranya ada amalan bai’ah, tentunya disyurakan di kalangan orang-orang Islam yang layak disyurakan, guru-guru yang ramai di luar sana, bukan mengandaikan diri sendiri layak dibai’ahkan, dan meminta orang lain berbai’ah kepadanya.

Namun, syaitan akan menyediakan 1001 alasan untuk tidak memenuhi tuntutan bai’ah ini, daripada “pimpinan yang zalim” sehingga kita yang lebih aslah”, daripada “syura tidak betul” sehingga “ sistem tarbiyah ita lebih baik” dan seumpamanya.

2. التـلبـيـس Mencampuradukkan sehingga hukum yang jelas menjadi kabur; yang haram kelihatan seperti sudah tidak haram lagi.

Contoh: Hadis dari Imam Bukhari:

مات ميتة جاهلـية من كره من أميره شيئا فليصبر فإنّ ه من خرج من السلطان شبرا

Barangsiapa yang tidak menyukai sesuatu pada amirnya (ketuanya), maka hendaklah ia sabar, kerana orang yang keluar dari sultan (pemimpin)) sejengkal, ia mati dalam keadaan jahiliyyah”

Maksud sejengkal, cuba menjauhi sedikit dari pemimpin, apatah lagi keluar dan meninggalkan jamaah dan kepimpinan itu.

Walaupun hadis sebelum itu jelas, namun syaitan akan cuba membisik kepada guru mereka, kita tidak buat dosa, kita tidak dimurkai Allah kerana kita sedang buat sesuatu yang baik. Mereka akan menta’wilkan malah mengeluarkan kaedah-kaedah yang menjauhkan dari makna asal yang cukup jelas.

Mereka akan mengatakan kita tidak meninggalkan pemimpin atau kumpulan tertentu; kita cuma keluar sekejap.

Mereka mengatakan kita bukan menyerang pemimpin tetapi menegur sahaja. Walau di belakang pelbagai fitnah dan maklumat tidak tepat yang tersebar.

Mereka melarang dari cuba memahami apa orang lain cakap, kerana mereka menganggap orang lain sebagai ahli sihir sedangkan mereka pendita seperti kisah ashabul-ukhdud.

3. الـتـسـويـف Menangguh-nangguh.

Contoh:

…padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang Yang Berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka….” (An-Nisa':83)

Sekiranya ada perkara penting yang memerlukan keputusan alangkah baik untuk dirujuk kepada Ulil Amri yang mampu mengistinbathkan atau membantu membuat keputusan. Bukan ikut ilmu sendiri dan meninggalkan guru-guru dan pihak atasan yang layak membuat keputusan.

Syaitan akan meminta si guru untuk mententeramkan pengikutnya yang bimbang dengan keputusan tidak merujuk kepada guru-guru yang lebih tinggi. Kata si guru; nanti sampai masanya kita rujuklah, buat masa ini kita jangan rujuk guru-guru yang lebih alim itu. “Akan sampai masanya” si guru mententeramkan pengikutnya yang memang sekali-sekala cuba berfikir.

4. تـهـويـن الـمـعـصـية Memandang mudah atau kecilnya maksiat

Contoh: Mencuri dan tidak amanah adalah dua perbuatan yang sangat terkutuk. Kalau seseorang diamanahkan dengan sesuatu tugas, dibayar gaji untuk membuka sebuah syarikat. dibekalkan dengan keewangan, malah seluruh tenaga penggerak syarikat itu datang dari si empunya modal. Tiba-tiba bila ditagih dia mengatakan ini syarikatnya sendiri. “Bawalah ke muka pengadilan, anda tidak boleh berbuat apa-apa kerana di dalam pendaftaran syarikat ini tertera nama saya.”

Syaitan akan mengatakan anda telah membuat seribu kebaikan, mencuri syarikat ini dosa kecil sahaja. Satu kesalahan kecil jika hendak dibanding dengan seribu kebaikan, Bagaikan debu sahaja. Lagipun anda buat kebaikan untuk syarikat itu. Malah kebaikan yang luar biasa.

Begitulah syaitan menggoda anak Adam, sehingga orang yang kagum dengan peribadi itu, terlupa cara bertaubat kepada Allah. Bukankah Allah tidak akan menerima taubat si pencuri selagi si pencuri tidak memulangkan apa yang dicurinya.

Halus sungguh syaitan menggoda anak Adam.

Adapun syaitan itu menderhaka kepada Allah semata-mata kerana sifatnya yang angkuh dan takabbur. Dia melihat dirinya lebih mulia dari Adam. Sedangkan Allah memerintahkan dia supaya tunduk kepada Adam.

Al-ayat yang bermaksud: Aku lebih mulia darinya. Kau ciptakannya dari tanah dan ....

Syaitan juga mungkin merasakan yang keingkarannya tunduk kepada Adam itu betul-betul berasas, berhujjah dan bersebab. Manakan tidak, ketika itu ilmu dan pengalamannya jauh lebih luas dan lebih lama daripada ilmu dan pengalaman Adam. Ilmunya sampai ke tahap 'hakikat' dan 'yakin' barangkali. Dia mengenal Allah, dan dia mengenal dan melihat malaikat dan syurga dan neraka dan semuanya. Keangkuhan dan takabburnya jugalah yang mengheret syaitan berikrar dan bertekad untuk menghasut seberapa ramai anak Adam menjadi hulubalang dan pengikutnya.

Begitu banyaknya ayat al-Quran yang mengulang-ulangi peringatan supaya kita berwaspada dengan godaan syaitan.

Moga, selepas membuat keputusan yang sedemikian berani, ada yang ingin berfikir semula secara berani pula.

Moga ada di kalangan mereka yang bertanya “Apakah kita wajar kita terus kekal dengan keputusan pelik شـاّ ذ yang telah dibuat?”.

Moga timbul kesedaran, selepas sekian lama menongkah arus, untuk kembali ke pangkal jalan.

والـلـه أعـلـم