Friday, May 10, 2013

Semoga ahli ISMA tidak terus tertipu dan Isma tidak terus menipu..


Untuk menyedapkan hati anak-buah yang tertipu, ISMA mendabek dada  kononnya telah berjaya kerana memperolehi undi ribu-ribuan, kononnya bagi menyelamatkan undi Melayu-Islam.

Tetapi  hakikatnya, seperti dijangka,  yang menang tetap bukan-Melayu Islam.

Beginilah sia-sianya  kerja ISMA. Buang duit, buang tenaga anak muda Isma.

Kerja teruk-teruk, akhirnya undi kepada ISMA-Berjasa telah menyebabkan calon PR yang dianggap ISMA sebagai  harus ditolak (http://ismawatch.blogspot.com/2013/02/fatwa-ulama-isma-berdasarkan-maklumat.html) akhirnya menang.

Matlamat untuk menambah ahli parlimen Muslim berwibawa tidak juga tercapai. 

Matlamat ISMA menjadi Perdana Menteri  (http://ismawatch.blogspot.com/2013/04/impian-isma.html) hanya menjadi angan-angan mat jenin.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. 

Cukuplah kerja sia-sia macam ni...