Saturday, March 8, 2014

Jawapan dolak-dalih ISMA




PRK Kajang: Bukan godaan untuk ISMA

Kajang, 8 Mac - Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri N25 Kajang (PRK N25 Kajang) yang dijadualkan pada 23 Mac ini tidak menjadi suatu bentuk godaan bagi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), demikian yang dijelaskan oleh Ketua Protem Biro Dakwah ISMA Kajang Muadz bin Mohammed Zain.

Beliau menjelaskan 'godaan' tersebut ketika mengulas sebuah rencana yang dimuatnaik ke sebuah portal berita online tulisan seorang penulis tamu dari sebuah badan advokasi dan pemikiran yang mengkhususkan kajian strategi dan analisa unjuran politik tanahair.

Beliau menambah tujuan asal beberapa ahli ISMA menyertai PRU 13 yang lalu sebagai wasilah untuk memperkenalkan fikrah dan pendirian ISMA, dan objektif ini tercapai dengan amat berkesan.

Calon-calon Berjasa juga bertanding di kawasan yang mana Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) tidak meletakkan calon Melayu muslim di kawasan yang majoritinya Melayu muslim.

Statistik menunjukkan undi yang diberikan kepada calon-calon sangat memuaskan walaupun baru pertama kali menyertai PRU dan hanya menumpang menggunakan tiket parti lain iaitu Berjasa.

"Kami tegaskan apa-apa tindakan yang dibuat atas dasar dan strategi ISMA adalah tersendiri tanpa bergantung kepada mana-mana individu mahupun organisasi," katanya lagi.

"Yang lebih utama ialah mempertahankan apa yang sedia baik untuk Islam dan memperbaiki serta memperkasa mana-mana kelemahan yang ada," ujarnya lagi.

ISMA tidak akan terikut-ikut dengan pertaruhan dan percaturan politik pihak tertentu sebaliknya ISMA mempunyai agenda dakwahnya yang tersendiri.

Pilihanraya juga memerlukan kerahan jentera yang memerlukan kos, masa, tenaga dan komitmen tinggi.

Ini boleh dibandingkan dengan penggunaan sumber yang sama untuk menggerakkan agenda dakwah ISMA berimpak besar lain seperti Kempen Tolak Comango dan ancaman Liberalisme, Syiah dan Murtad.

Pautan rencana itu boleh dicapai melalui http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kajang-satu-godaan-untuk-isma-dr-a-z-zul

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=631976093522402&set=a.534544999932179.1073741828.481487485237931&type=1