Sunday, December 5, 2010

Kesimpulan saya terhadap perbincangan "pandangan terhadap ketuanan Melayu serta Fokus Melayu" & "ketuanan Melayu Menyanggahi ISLAM"


Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah ..penyelesaian-nya ialah ISLAM ..الإسلام هو الحال

...Islam dengan sistemnya yang syumul dan global...

Persoalannya .. Kenapa perlu menggunakan ketuanan melayu utk mengislah masyarakat?..Method apakah ini..? bolehkah mengislah masyarakat dengan menggunakan strategi perkauman (melayu)?...seolah2 Islam itu tidak sempurna apabila memerlukan ketuanan atau perkauman melayu dalam mengajak kepada ISLAM..Naudzubillah Min Dzaalik...

Penetangan antara Hak dan Batil akan terus berlaku walau dimana2 aspek pun, tak kiralah dalam aspek politiknya,ekonominya, masyarakatnya, negaranya, dll ...Bagi ana ini memerlukan satu perbincangan @ kajian yg panjang ..Tapi secara ringkasnya ..Asas kesatuan Ummah (bangsa2) dll adalah pada Aqidah ..Islam yg bersifat syumul dan global , begitu juga dakwah dan wasilahnya juga semestinya bersifat syumul dan global tidak hanya pada mana2 kaum..Aspek bantu-mambantu diantara masyarakat dalam menghadapi /melawan penguasa zalim yg ingin memperhambakan @ mempertuankan manusia dengan manusia hendaklah disemai..

Perlu diingatkan bahawa malaysia merupakan sebuah negara pelbagai bangsa.. Kezaliman, penindasan, serta penghambaan tidak hanya dirasai oleh sesuatu kaum saja malah kesemua kaum turut merasainya tidak kira bangsa dan agama ...oleh itu, aspek menuntut keadilan juga merangkumi segala bangsa dan agama.. Kita bersama berjuang menegakkan Islam yg adil serta kita juga bersama dgn (bangsa/agama) yg lain dalam memperjuangkan serta menuntut keadilan terhadap penindasan2 yg dilakukan oleh kerajaan yg zalim..( secara ringkasnya )..

InsyaAllah jika diberi peluang dan masa, ana akan cuba kupas dengan lebih mendalam dalam blog ...

Kesimpulan terhadap perbincangan pada kali ini ialah :

1)Menggunakan ketuanan melayu utk berdakwah kepada ISLAM dari segi bahasanya ia adalah bercanggah dengan ISLAM itu sendiri. Berdasarkan kenyataan artikel di atas dan kenyataan DR MAZA dalam webnya... bagi ana ini pakej yg perlu ditolak kerana bertentangan dengan ISLAM.

2) Menggunakan kemelayuan @ perkauman tertentu dalam mengajak kepada ISLAM merupakan satu metodologi @ wasilah yg tidak harmoni bagi kaum2 yg lain,serta tidak bersifat sejagat@global...ISLAM adalah agama yg bersifat global dan syumul begitu jugak dakwah semetinya dakwah yg bersifat global dll..( Rahmatan Lil A'alamiin) rahmat utk sekalian alam.

Bagi pandangan ana pakej ini adalah pakej @ wasilah yg tidak boleh dipakai pada masyarakat berbilang bangsa kecuali kepada kaum2 tertentu sahaja ..persoalan : Adakah ISLAM tidak akan berdaulat sekiranya melayu tidak bersatu?...bg ana elok kita gunakan kenyataan ini " Ummah sepakat, ISLAM berdaulat "

3) Method pilihan ialah : Al-Ukhuwwah Al-Islamiyyah yang berpaksikan kepada Aqidah yg murni yg tidak mengenal batas-batas geografi, tidak memperhatikan perbezaan suku bangsa dan pertalian darah,menganggap semua kaum muslimin adalah ummah yg satu,serta tanah air ISLAM adalah satu meskipun wilayah dan batasnya berjauhan.

Tidak dilupakan juga kepada kaum2 yg menganut agama2 selain ISLAM..

Firman Allah : " Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang2 yg tidak memerangimu kerana agama ,dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yg berlaku adil " ( Al-mumtahanah :8)

Nas ini tidak hanya merangkumi perlindungan kepada penganut agama selain ISLAM ,tatapi juga mewasiatkan agar mereka dilayan dengan baik serta memelihara hak mereka....ISLAM juga menghormati perpaduan seluruh manusia..

Firman Allah swt :

""Wahai manusia ,sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali." ( Al-hujrat-13 )

Dengan penuh Ihtiraam dan menunduk diri ana naqalkan kaidah ini:

Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah (s.a.w) yang bersifat maksum. Perkataan para solihin yang dahulu (salaf soleh) mesti... kita terima jika bersesuaian dengan Al-Quran dan hadith. Jika tidak, maka Al-Quran dan Hadithlah ikutan kita yang utama,

فالإخوان المسلمون يحبون وطنهم, ويحرصون ......

Ini hanyalah kenyataan serta boleh dikatakan sebagai fikrah Al-banna yg boleh diterima dan ditolak,serta ia bukanlah nash yg boleh diterima secara mutlak..

Firman Allah :

يأيها الناس إننا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا ، إن أكرمكم عند الله أتقاكم ، إن الله عليم خبير

"Wahai manusia ,sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal" ( Al-hujrat )

juga berdasarkan mafhum hadith Nabi saw : kata2-Nya kepada Abu Dzar : Didalam dirimu terdapat umbun2 jahiliyyah..

Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Juga Sabda Baginda:

إن الله قد أذهب عنكم نخوة الجاهلية وتعظمهم بالأباء، الناس لآدم وآدم من تراب ، لا فضل لعربي على أعجمي إلا بالتقوى

"Sesungguhnya Allah telah membersihkan kamu daripada nilai jahiliyyah dan budaya berbangga dengan nenek moyang.Seluruh Manusia berasal dari Adam dan Adam itu berasal dari tanah. Tiada keutamaan seorang arab atas seorang ajam ( selain arab) kecuali dengan taqwanya"...

“Sesungguhnya Fikrah Islamiyyah bukanlah Islam , tetapi ia merupakan ciptaan akal/ ijtihad muslimin pada jalan Islam. Islam pula merupakan wahyu ilahi yang bersifat ma’sum ( aman dari kesalahan ) kepada Rasulullah, dan Fikrah Islamiyyah pula perkara yang diadakan /dicipta, tertunduk kepada kanun perubahan , manakala Islam pula bagi-nya kitab :

لا يأتيه الباطل من بين يديه ولا من خلفه تنزيل من حكيم حميد

“Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.” (Fussilat : 42 )

Fikrah Islamiyyah tidaklah ma’sum daripada kesalahan dan kelemahan, manakala Islam pula bersifat ma’sum (aman dari kesalahan,kecacatan,& kelemahan) secara keseluruhannya . Kitab Islam (al-quran) baginya segala kesucian dan baginya hak ketaatan secara mutlak terhadap orang-orang beriman ,manakala Fikrah Islamiyyah pula tidaklah diwajibkan taat kepadanya kecuali apa yg bertepatan dengan al-quran dan sunnah (risalah) . Ini kerana Fikrah Islamiyyah tertunduk kepada kritikan dan bangkangan. Perbezaan diantara Islam dan Fikr Islamiyyah adalah sepertimana berbezanya apa yg ada pada Allah, dan apa yang ada pada manusia ………” ( Syiekh Muhammad Al-Ghazali -Laisa Minal ISLAM )...

..Saya dengan penuh rendah diri juga ingin menyeru Kepimpinan ISMA supaya menganalisa kembali kefahaman antum terhadap Risalah2 Al-Banna serta menggunakan pengistidlalan yang benar dan betul ..

Utk kenyataan Al-Banna yg kalian gunakan ini :

فالإخوان المسلمون يحبون وطنهم, ويحرصون على وحدته القومية - الإمام الشهيد حسن البنا

majmu' rasail, risalah muktamar5,pendirian ikhwan terhadap KESATUAN kaum,arab, dan Islam, mukasurat 126,cetakan 2001, darul kalimah

yg dimaksudkan kesatuan kaum disini adalah kesatuan kaum arab ..bukanlah kaum melayu sepertimana yg antum fahami ..

Ini kerana keistimewaan kaum arab yg diturunkan serta tumbuhnya padanya ISLAM..serta tersebarnya risalah ISLAM juga melalui kaum arab, kitab Al-quran juga diturunkan didalam bahasa Arab, dan ummat-ummat bersatu dengan nama ISLAM yg berbahasa Arab...Faktor terpenting disini adalah terdapatnya atsar yg dikatakan :

إذا ذل العرب ذل الإسلام "

Jika Bangsa Arab terhina, hina pulalah ISLAM"

Rujukan : Risalah Muktamar 5 ..selepas kenyataan seperti yg di atas:فالإخوان المسلمون يحبون وطنهم, ويحرصون على وحدته القومية ا

bukannya : "jika bangsa melayu hina ..........."

Ini hanyalah merupakan fikrah daripada fikrah islam ..yg sememangnya boleh diterima dan ditolak ...