Mentaliti cocoon pemimpin dan ahli DAP terserlah lagi dengan menganggap apa juga perkara baik, sikap toleransi dan persefahaman yan cuba ditunjukkan oleh golongan bukan Islam sebagai berura-pura dan taqiyah.
Apakah tidak mungkin mereka benar-benar bersimpati dan ingin membantu?
Kenapa tidak hulurkan tangan dan berikan penerangan kepada non-Muslim mengenai islam dan pendirian kita?
Kenapa terus menerus membina tembok?
Memerhati gelagat satu organisasi serpihan.. Semoga ahli-ahli dan pemimpin ISMA sedar dan kembali ke pangkal jalan
Friday, August 16, 2013
Tuesday, August 6, 2013
Pemimpin ISMA bina mentaliti 'cocoon' di kalangan pengikut, seperti katak di bawah tempurung.
Lihatlah betapa sempitnya pemikiran pemimpin ISMA.
Seolah-olah kita tidak boleh langsung meminta bantuan non-Muslim bagi membantu membela umat Islam sejagat.
Salahkah kita mengajak mereka memahami perjuangan kita?
Rasulullah juga mendapat bantuan ramai pemimpin kafir yang memahami perjuangan baginda.
Tetapi ada kalanya mereka pun OK.. lihat dan nilai sendiri: http://ismawatch.blogspot.com/2013/02/kat-belakang-kutuk-lim-guan-eng-dan-dap.html
Sila baca ulasan Tuan Haji Nahar, salah seorang pemimpin IKRAM:
Ada rakan yang memanjangkan print screen ini kepada saya.
Ini merupakan komen tentang Forum Mesir yang diiklankan pada fb Page Mesir Kini.
Forum ini adalah anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia, Tamil Foundation (yang banyak memperjuangkan nasib golongan India yang kurang mendapat pembelaan) serta KL & Selangor Chinese Assembly Hall (Civil Rights Committee) dan disokong oleh Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
Ahli Panel Forum ini adalah Dr Alaa Hosni (ahli akademik dan warga negara Mesir), Dr Maszlee Malik (ahli akademik dan penganalisis Timur Tengah) serta Josh Hong (penulis dan penganalisis politik yang juga merupakan kolumnis Malaysiakini).
Forum ini telah berlangsung malam tadi dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan hampir setiap kerusi di Auditorium KLSCAH dipenuhi peserta. Sekitar 50% adalah bukan Islam.
Semua ahli panel bersepakat bahawa rampasan kuasa tentera adalah buruk bagi mana-mana negara. Sejarah beberapa rampasan kuasa di Thailand serta di Mesir pada tahun 50an adalah antara buktinya.
Berbalik kepada komen ini, saya merasa seperti mahu ketawa tetapi ada juga rasa kasihan dan pelik serta gusar juga kenapa begitu sekali pandangannya. Seolah-olah menutup pintu dan ruang untuk melakukan "engagement" dengan golongan yang bukan Islam...
Adakah begini yang Rasulullah saw ajar kita?
Ramai tokoh-tokoh gerakan Islam termasuk pimpinan Ikhwan Muslimin, apabila berkunjung ke Malaysia sentiasanya menasihatkan kita untuk mengadakan hubungan dan "engagement" dengan golongan bukan Islam kerana mereka adalah mad'u kita dan mereka ada hak terhadap kita untuk mengetahui isi kandungan ajaran Islam dan hal-hal yang berkaitan dengannya.
Selepas majlis forum malam tadi ramai kalangan yang bukan Islam mengatakan bahawa forum tersebut telah memberi banyak pendedahan dan membuka mata mereka yang selama ini tidak mendapat maklumat yang tepat tentang perkembangan di Mesir dan peranan Ikhwan Muslimin.
Moga kita dipandu dengan pandangan yang tepat berkaitan hubungan kita dengan bukan Islam serta usaha-usaha mencari persefahaman antara rakyat Malaysia bagi membangunkan masa depan Malaysia yang lebih makmur, aman dan sejahtera...
— Ini merupakan komen tentang Forum Mesir yang diiklankan pada fb Page Mesir Kini.

Friday, July 26, 2013
Mudah saja mem'bodoh'kan dan mem'bacul'kan orang PAS, pernahkah kata yang sama ditujukan kepada orang-orang UMNO yang anti islam?
Banyak kenyataan dan tindakan pemimpin UMNO yang lebih jelas biadap dan mengugat aqidah umat Islam, tapi tak pernah pun terkeluar perkataan 'bodoh' dan 'bacul' dari pemimpin ISMA, apa lagi dari seorang bergelar 'ustaz'. Pandangan Hanipa Maidin ini sepatutnya diambil dalam rangka ikhtilaf di kalangan pejuang islam bukan dihentam dengan gelaran sebegini umpama musuh ketat, atau memang ISMA benar-benar telah mengisytiharkan perang terhadap PAS???
Monday, July 22, 2013
ISMA anggap salah orang belum Islam mengkagumi Rasulullah.
Di zaman Rasulullah (saw), ada di kalangan orang yang belum Islam mengkagumi Rasulullah, al-Quran dan Risalah baginda. Ada yang yakin tetapi belum mendapat hidayah. Ada yang yakin, mahu masuk islam tetapi masih terhalang. Ada yang simpati dan menolong Rasulullah dan para sahabat, walaupun mereka belum Islam.
Di kalangan meraka ada yang akhirnya masuk Islam dan menjadi pembela Islam. Ada yang terus kafir sehingga kematian menjemput mereka.
Tidak terdapat satu riwayat pun Rasulullah atau sahabat mengherdik golongan ini, atau memperli kumpulan ini atau bersikap sinis terhadap mereka. Yang ada, Rasulullah sentiasa berdoa dengan sifat rahmah dan belas agar Allah memberi hidayah kepada kaumnya,
Ini bertentangan dengan amalan pemimpin ISMA...mereka terus memandang serong dan sinis terhadap golongan seperti ini.
Lihat entry penuh Uthaya Sankar di sini:
http://uthayasb.blogspot.com/2013/07/amboi-uthaya-sankar-sb-diseru-masuk.html
Saturday, June 15, 2013
Isma Kecewa kenyataan Nik Aziz?
Isma Kecewa Kenyataan Nik Aziz
Ditulis oleh administrator
May 30, 2013

MO,KUALA LUMPUR,30/5/2013 - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kecewa dengan kenyataan MUrsyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkeras tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan UMNO selagi beliau masih hidup.
“Menolak usaha perpaduan dikalangan ummah sangat tidak wajar dan merupakan pendirian yang tidak berpihak kepada kepentingan ummah secara keseluruhan.
“Nik Aziz sepatutnya lebih mementingkan perpaduan ummah berbanding kepentingan politik beliau kerana usaha perpaduan dan penyatuan merupakan usul yang terdapat dalam ajaran Islam,” katanya kepada Astro Awani.
Beliau berharap supaya bekas Menteri Besar Kelantan itu melihat semula pandangannya itu dan bersama-sama menjadikan hasrat untuk melihat penyatuan ummah menerusi kerjasama PAS dan UMNO berjaya.
Abdullah Zaik menjelaskan pihaknya juga bersedia menjadi orang tengah untuk memastikan usaha kerjasama antara PAS dan UMNO berjaya dan bersedia memberi penerangan kepada masyarakat kepentingan penyatuan ummah yang harus bermula dengan kerjasama antara dua parti terbesar orang Melayu itu.
Harakahdaily dalam laporannya menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.
Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.
“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan UMNO apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.
“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan UMNO dilakukan,” katanya.
Nik Aziz berkata UMNO sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.
Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan UMNO dalam perjuangan mereka.
“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.
Ini bukan kali pertama, Nik Aziz membuat kenyataan menolak sebarang usaha untuk PAS dan UMNO bekerjasama. Sebelum ini pada tahun 2009, Nik Aziz pernah mencadangkan satu muktamar khas diadakan untuk membincangkan usaha kerjasama dengan UMNO yang didakwa diusahakan oleh bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Md Isa dan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, datuk Dr Hassan Ali.
Bagaimanapun muktamar khas itu tidak diadakan sebaliknya PAS hanya mengadakan konvensyen khas untuk membincangkan perkara tersebut.
Usaha untuk kerjasama antara PAS dan UMNO dikatakan telah bermula beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. Usaha tersebut dibuat ekoran ada pihak merasakan kedudukan orang Melayu terancam selepas berlaku apa yang dinamakan tsunami politik ketika itu.
Namun usaha itu tidak mendapat persetujuan badan tertinggi PAS iaitu muktamar tahunannya yang jelas menolak kerjasama PAS dan UMNO. – AstroAwani
http://merdeka-online.com/home/isma-kecewa-kenyataan-nik-aziz/
Friday, May 10, 2013
Semoga ahli ISMA tidak terus tertipu dan Isma tidak terus menipu..
Untuk menyedapkan hati anak-buah yang tertipu, ISMA mendabek dada kononnya telah berjaya kerana memperolehi undi ribu-ribuan, kononnya bagi menyelamatkan undi Melayu-Islam.
Tetapi hakikatnya, seperti dijangka, yang menang tetap bukan-Melayu Islam.
Beginilah sia-sianya kerja ISMA. Buang duit, buang tenaga anak muda Isma.
Kerja teruk-teruk, akhirnya undi kepada ISMA-Berjasa telah menyebabkan calon PR yang dianggap ISMA sebagai harus ditolak (http://ismawatch.blogspot.com/2013/02/fatwa-ulama-isma-berdasarkan-maklumat.html) akhirnya menang.
Matlamat untuk menambah ahli parlimen Muslim berwibawa tidak juga tercapai.
Matlamat ISMA menjadi Perdana Menteri (http://ismawatch.blogspot.com/2013/04/impian-isma.html) hanya menjadi angan-angan mat jenin.
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..
Cukuplah kerja sia-sia macam ni...
ISMA bantu menangkan UMNO?
Surat terbuka kepada ISMA Pasca PRU13
X-ISMA, | 06 Mei 2013 |
Daripada taburan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti dalam parlimen, secara mudahnya boleh disimpulkan bahawa berkurangnya kerusi yang dimenangi oleh golongan Islamis. Yang saya maksudkan dengan Islamis ialah orang yang benar-benar membawa ideologi Islam dalam perjuangan politik mereka. Yang tinggal hanyalah 21 orang ahli perlimen PAS dan mungkin beberapa orang ahli parlimen daripada PKR. Umno walaupun memenangi begitu banyak kerusi, namun kita semua tahu mereka tidak membawa perjuangan Islam sebagaimana yang diharapkan.
Telahan saya selepas ini ialah, ISMA akan merujuk keputusan pilihanraya ini sebagai kekalahan besar buat Islam. Mereka akan melaung-laungkan bahawa suara Islam dalam parlimen sudah berkurangan. Orang bukan Islam dari kalangan DAP akan mendominasi. Bahkan sebenarnya laungan begini sudah bermula awal lagi sebelum pilihan raya. Semuanya boleh dibaca di laman web rasmi ISMA.
Lantaran keputusan ini, akan mulalah berbunyi slogan-slogan seperti PAS sudah tidak dominan, PAS adalah parti yang lemah dalam PR, PAS hanya menjadi kuda tunggangan DAP, PAS harus bergabung dengan UMNO untuk menguatkan suara Islam dalam parlimen dan macam-macam lagi.
Benar, suara golongan Islamis dalam parlimen berkurangan sejajar dengan berkurangnya kerusi PAS (Umno tidak diharapkan untuk membawa suara Islam). Saya yakin ISMA akan menyalahkan PAS dalam hal ini kerana tewas banyak kerusi sedangkan DAP berjaya menang banyak. Namun, saya merasakan yang sebenarnya jari perlu dituding kepada ISMA.
Mengapa orang Melayu Muslim tidak mengundi PAS? Mengapa PAS yang bertanding di kawasan majoriti Melayu Muslim kalah kepada calon-calon Umno sedangkan merekalah yang membawa suara Islam? Antara jawapannya adalah kerana, orang Melayu Muslim termakan racun yang dihidangkan oleh NGO seperti ISMA dan PERKASA. Begitu juga Umno.
ISMA dan PERKASA (juga Umno) menjaja propaganda kononnya jika PR menang, DAP akan jadi PM, agama rasmi negara akan jadi Kristian, Malaysia akan jadi negara sekular (kejap negara Kristian, kejap sekular, mana satu yang betul?), Malaysia akan jadi seperti Singapura, orang Melayu akan ditindas, ideologi pluralism dan liberalism akan berleluasa, LGBT akan diiktiraf, dan macam-macam lagi.
Inilah propaganda beracun yang telah dimomokkan kepada orang Melayu Muslim sehingga mereka takut untuk mengundi PAS. Bagi mereka, mengundi PAS akan menyebabkan DAP berkuasa dan berlaku perkara-perkara di atas.
Nah ISMA, inilah kesan propaganda yang anda telah sebarkan dalam masyarakat. Jangan menyalahkan orang lain yang menyebabkan suara Islam semakin sunyi di parlimen. Ia adalah angkara anda sendiri.
Anda menyangka bahawa anda boleh menambah suara Islam di parlimen dengan masuk bertanding di tujuh kerusi parlimen namun anda tewas (dan hilang wang deposit) di semua kerusi tersebut. Lebih malang lagi, mesej beracun yang anda bawa semasa berkempen merebak ke seluruh tanah air menyebabkan orang Melayu Muslim menolak PAS.
Saya hormat gerak kerja pemuda-pemuda ISMA yang bertungkus-lumus menjalankan kempen di medan dan ruang siber. Gerak kerja kalian yang sangat hebat dan kemas menyebabkan mesej yang kalian bawa berjaya menjangkau dan menembusi minda audiens Melayu Muslim yang ramai diseluruh negara. Namun apa yang malang ialah, mesej tersebut beracun dan kesan itu ditanggung oleh PAS.
Bahaya Mesej Perkauman dan Prejudis
ISMA perlu sedar bahawa mesej yang mereka bawa sebenarnya menyemai api perkauman dan prejudis dalam kalangan orang Melayu Muslim. Apatah lagi ISMA sebagai sebuah NGO Islam. Orang Melayu akan melihat mesej yang dibawa oleh ISMA ialah ajaran sebenar Islam dan menganggapnya sacred dan perlu diikuti. Walaupun PERKASA membawa mesej dengan nada yang sama, orang Melayu Muslim yang lurus hatinya tidak mudah terikut kerana PERKASA tidak mempamerkan imej Islam.
Kesannya, orang Melayu Muslim termakan racun prejudis dan perkauman. Mereka akan anggap orang bukan Islam di Malaysia sebagai musuh yang mempunyai agenda jahat terhadap orang Melayu Muslim. Lebih malang lagi, orang bukan Islam pula akan melihat ajaran Islam adalah buruk dan penuh kebencian terhadap mereka (kerana kalian ialah NGO Islam, mereka anggap kalian mewakili Islam). Mereka akan menganggap, Islam membenci mereka. Mereka akan melihat Islam dan penganutnya memusuhi mereka. Akhirnya, mereka prejudis terhadap Islam dan seterusnya menutup terus pintu dakwah Islam kepada mereka. Ini yang kalian mahukan?
Boleh Bawa Keganasan
Orang Melayu Muslim di Malaysia lurus dan tulus hatinya. Apabila mereka disogokkan dengan citra-citra tentang konspirasi jahat golongan Cina DAP (ditambah lagi dengan label ultra, cauvinis etc.), hati mereka akan membara. Akan timbul dendam kesumat dalam jiwa mereka. Apatah lagi yang menyebarnya dalam kalangan ustaz dan ulama (Majlis Ulama’ ISMA). Bara dalam hati ini akan terus menyala dan membakar, sehingga tiba suatu ketika, ia akan meletus seperti gunung berapi. Pada ketika itu, tak mustahil berlakunya pertumpahan darah. Si Melayu Muslim bertindak terhadap Si Cina DAP hanya kerana persepsi mengenai konspirasi yang telah dicanang-canang oleh ISMA. Adakah kalian mahu ini terjadi? Mustahil? Ia pernah berlaku dalam lipatan sejarah.
Masih Belum Terlewat
Sedarlah wahai saudaraku dalam ISMA. Mesej yang kalian bawa tentang konspirasi DAP itu kebanyakannya bersandarkan persepsi, andaian dan ilusi semata-mata. Mungkin ada yang benar, namun banyak yang ditokok-tambah dan diperbesar-besarkan. Masih belum terlewat untuk membetulkannya. Sebelum ia merebak dan membara dalam hati umat Melayu Muslim, ada baiknya kaliah hentikan. Jadikan ISMA sebagai sebuah NGO yang boleh diterima baik oleh semua golongan – Melayu dan bukan Melayu.
Kita hidup dalam negara yang unik. Tiada negara Islam yang menyamai demografi masyarakat seperti Malaysia. Kita tidak boleh meniru model negara lain seperti Mesir. Saya yakin ISMA banyak mengambil konsep dari Mesir kerana kebanyakkan qiyadahnya mendapat tarbiyah yang lama di sana. Hakikatnya, ia tidak sama. Konsep nasionalisme Arab dalam Muktamar Kelima Majmuk Rasail Imam Al-Banna tak boleh disamakan terus dengan Melayu di Malaysia.
Negara kita punyai waqi’ tersendiri. Negara kita mampu membawa model tersendiri sebagai darul dakwah yang hebat. Jika model darul dakwah ini berjaya dibina, ia boleh menjadi rujukan seluruh dunia.
Islamis Dalam PAS dan PKR Juga Mainkan Peranan
Kalian selalu menjaja cerita tentang konspirasi DAP dan menyalahkan PAS tentang kelemahan mereka dalam tahalluf siyasi PR. Sedarkan kalian, bukan hanya kalian yang ikhlas dan ingin menegakkan Islam di negara ini. Bukan hanya kalian yang cakna dan sensitif tentang agenda musuh-musuh Islam. Apakah kalian mengira golongan Islamis (amilin Islam) dalam PAS dan PKR tidak sensitif? Apa kalian menyangka golongan Islamis dalam PAS dan PKR begitu naïf dan dangkal tentang konspirasi musuh? Apakah kalian menyangka mereka akan membiarkan begitu saja jika terdapat unsur konspirasi jahat dalam tahalluf mereka?
Muzakarah, Tinggalkan Andaian, Berpijaklah Pada Yang Benar
Saya menyeru saudara-saudaraku dalam ISMA, tinggalkanlah andaian-andaian yang kalian yakini itu. Berhentilah berpijak pada persepsi, sentimen dan prejudis. Jadilah berani untuk berhadapan dengan semua pihak, sekalipun mereka musuh. Jika ada andaian atau syak terhadap sesuatu isu, ajaklah bermuzakarah. Dapatkan penjelasan. Adakan dialog. Bertanyalah selumat-lumatnya. Dari situ kalian akan beroleh kejelasan, sebagaimana yang kalian buat terhadap Mohd Sayuti Omar. Ia lebih sihat dan sejahtera untuk kalian dan untuk semua.
Saya berharap, penyertaan ISMA dalam PRU kali ini membuka minda dan memberi kesan yang besar kepada mereka mengenali sendiri hati budi masyarakat bukan Islam yang mereka paranoid selama ini. Dengan lebih terbukannya minda mereka, semoga akan berubahlah ijtihad mereka terhadap slogan-slogan mereka selama ini.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19006-surat-terbuka-kepada-isma-pasca-pru13#.UY3McMoutu4
Sunday, April 28, 2013
Siapa yang perlu jujur dengan pengundi Islam? Undi ISMA akan memenangkan calon lain!
Isma mahu Pas jujur kepada pengundi Islam
Abdullah Zaik Abd Rahman
27 April 2013
27 April 2013
MERUJUK kepada kenyaataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang mengatakan bahawa Pas tetap
akan laksana hudud kalau ke Putrajaya nanti.
Saya berpendapat bahawa Pas harus jujur dengan masyarakat tentang isu ini.
Kenyataan Pas itu mungkin boleh mengelirukan masyarakat Islam kebanyakan yang menyangka bahawa perjuangan ke Putrajaya adalah untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan negara Islam dan hukum hudud.
Ada pengikut Pas yang sanggup bertindak kasar terhadap pihak lain kerana menyangka bahawa sesiapa yang menyebabkan Pas/PR tidak dapat ke Putrajaya sebagai berdosa.
Pas tahu bahawa negara Islam dan hudud bukan agenda PR kalau berjaya ke Putrajaya. Jadi kenyataan bahawa Pas akan melaksanakan hudud akan hanya mengeliruakan pengundi.
Jika Pas benar-benar jujur ingin melaksanakan hudud diharap ia berusaha memasukkanya kedalam menifesto PR.
Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden Isma
http://www.sinarharian.com.my/isma-mahu-pas-jujur-kepada-pengundi-islam-1.154669

Saturday, April 27, 2013
Mungkinkah perjuangan ISMA berlandaskan balas dendam?
Dari blog Terjah Minda
Isma - perjuangan berlandaskan balas dendam
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sikap "retaliate" adalah sifat tercela yg implikasinya membawa mudharat buat diri atau organisasi yg diwakili.
[1] "Retaliate" bermaksud sikap "mahu segera membalas dendam", dan puncanya kerana rasa terancam dgn kegagalan berhujjah atau maklumbalas. Tapi hakikatnya tindak balas yg berlaku disebabkan persepsi salah dlm sesuatu yg timpa pada diri mereka.
[2] Saya tidak pasti perkataan tepat dlm Melayu, tetapi ia bukan merujuk sifat pembalas dendam biasa shj. Ia adalah balas dendam disebabkan rasa terancam apabila gagal menangani perbezaan atau hujjah.
[3] Sifat "retaliate" berkait rapat dgn proses "indoktrinasi" yg saya pernah bcgkan di sini...
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150899430769876&set=a.10150215629584876.329083.632394875&type=3&theater
[4] Dlm proses indoktrinasi ciri utama adalah kelemahan berhujjah atau tidak perlu bertanya, dgn paksaan telan shj apa yg disumbatkan. Dan apabila timbul ruang persoalan dikemukakan tanpa kemampuan memberi hujjah, maka terpacullah tindakan "retaliate" tersebut.
Ambil contoh di atas...;
HAMAS yg mempertahankan hak mereka selepas dicabul Israel, maka Israel menyerang bertubi itu adalah sikap utama "retaliate". Israel tahu yg HAMAS bertindak balas dari tindakan awal juga, tetapi tanpa memberi peluang & hujjah maka terpacullah sikap dendam & buli.
Antara ciri lain;
- mereka mulakan tapi mereka melenting
- tiba2 menjadi sensitif
- tidak fokus pd isu asal / utama
- tidak mamapu berhujjah
- abaikan jawapan dan hujjah lawan
- membalas berlebihan
- sikap luar kawalan, luar logik tabi'e
- tidak kisah pandanagn umum yg menilai
- kalau berucap: suara yg lantang dan berjerit
- jawapan yg tidak konsisten
- berbohong demi menampung pembohongan awal
- menambah rasa marah dlm diri sendiri, bukan kepuasan hujjah
Kenapa dgn terma "retaliate" ini?
[5] Saya melihat mutakhir ini, lebih tepat dlm seminggu dua ini ada NGO Melayu Islam yg tiba2 sungguh "retaliate" sifatnya apabila minat melampau mereka pd politik keparitan dgn memberikan hujjah2 yg langung tidak logik dan sebahagiannnya hanya di copy dari kitab2 tertentu menarik minat ramai utk mengkritik mereka dgn cara serangan yg mereka mulakan pd organisasi lain yg lebih berpengalaman & faham.
[6] NGO ini secara tiba2 merasa selesa dgn kedudukan yg diberikan oleh UMNO utk mereka menyebarkan fikrah demi mempertahankan perbuatan UMNO, tetapi bercakap dari faktor agama yg mereka faham. Peliknya, dari kumpulan yg menolak sebarang kerjasama politik secara sejak ditubuh, tiba2 bertukar menjadi kumpulan extremme yg obsess dgn politik kepartian, bahkan terlebih sudu dari kuahnya
[7] "Kami melihat menukar pemerintah skrg bukanlah agenda kami..." walau mereka cukup tahu betapa fasiq dan jahatnya kezaliman yg dilakukan. Tetapi keputusan mahu mengekalkan UMNO & BN itu adalah satu kaffarah buat mereka, melawan pendirian keras mereka dahulu. Maka berlakulah posisi mereka menyerang siapa shj, walau NGO lain atau plg utama PAS / DAP sendiri.
[8] Mereka "retaliate" tatkala ramai yg menegur bila serangan Presiden, Timlaban, Ketua Syura dan suluruh qiyadah mereka kpd PAS & PR. Habis segala hujjah cuba digunakan walau akhirnya memakan diri apabila tiada kesatuan antara hujjah & pimpinan. Masing2 cuba utk menjustifikasikan pembohongan dgn pembohongan lain. Caca-merba akhirnya...
[9] Medan maya FB sudah menjadi padang mereka... Penontonnya adalah adik2 kampus yg baru brjinak dgn dakwah & berhati ikhlas yg mahukan Islam dan islah, tetapi di drag kpd polemik lama qiyadah yg berdendam dan "retaliate".
Pepatah Arab sebut;
"kamu yg memukul kamu yg menangis, kamu yg maki kamu yg mengadu..."
Tindakan akhirnya bila gagal berhujjah... "cukuplah berjidal... " :)
[10] Saya pernah melihat situasi sedemikian dulu sekitar 1980 & 1990an. Pemainnya yg sama dan ada yg baru. Terasa seolahnya jalan dakwah ini cuba dihenjak 20-30 tahun ke belakang!
Tapi itulah;
[11] Sejarah berulang2, dan beruntunglah mereka yg mampu melihat sejarah lampau utk teladan hadapan.
W'alam.
Jadikan ini satu muhasabah buat du'at di luar sana...!

Friday, April 26, 2013
Impian ISMA...
WALAUPUN SEKADAR MEMPUNYAI 7 KERUSI PARLIMEN TAPI BERTEGAS MAU JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA!!!!!!
Inilah dinamakan politik tidak masuk akal.. politik mereng gila kuasa.. politik tidak sedar diri...politik syok sendiri... politik tidak cermin diri.
Itulah pandangan serius tapi ikhlas dari Omak kau apabila Isma yang bakal bertanding atas tiket dan lambang Berjasa berkata jika UMNO maupun PAS ajak bergabung seandainya berlaku "Parlimen Tergantung"sedangkan ISMA memenangi kesemua 7 buah kerusi parlimen yang ditandinginya, ISMA tetap mau menjadi PM dan akan kerah dan arahkan UMNO atau PAS duduk semeja mengadap dirinya dan tunduk kesemua syarat dan kehendak ISMA.
BELUM APA-APA DAH BERLAGAK.....KALAU TIDAK HILANG WANG DEPOSIT PUN DAH KIRA NASIB BAIK.
Asalkan bukan ISMA
Asalkan Bukan Isma
April 8, 2013No Comments“Saya lihat PAS mula matang. Saya tidak melihat PAS terkebelakang daripada pendirian mereka. Dan saya lihat pada masa yang sama, saya melihat ISMA mengambil langkah gerakan Islam era 80-an yang tidak matang.” – Dr. Asri Zainul Abidin.
“Saya punyai ramai teman dan rakan dari jemaah ISMA, namun dek kerana apa yang sebahagian pimpinan mereka lakukan ini, sebahagian teman itu kelihatan sudah mahu menjadi lawan, memperkecilkan saya. Mesraan yang dulu kini menjadi sindiran, ada juga yang terpaksa saya blocked atau unfriendkerana berlisan celupar. Semua akibat tindakan agak gopoh segelintir pimpinan ISMA. Belum full time politik sudah jadi begini. Maka bagaimana jika full time? Justeru, saya semakin ragui kewibawaan calon berjasa tajaan ARUS BARU dalam dunia politik TANAHAIR. Mereka mungkin wibawa dalam dunia kitab dan juga amanah. Namun dunia politik dan pentadbiran,public relation etc. Hmmm..adakah mereka punyai quwwah?” -Dr Zaharuddin Abd Rahman
“Kelemahan ISMA pada idea yang dibawa menyebabkan UMNO pun tidaklah berminat sangat dengan ISMA dan rakan-rakan seperjuangan yang lain pula semakin dijauhkan/menjauhkan diri. Akhirnya, ia menjadi perjuangan yang mungkin akan mensia-siakan masa dan tenaga anak muda kerana ISMA sendiri gagal mencapai objektif yang mereka sendiri tetapkan.” -Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
http://pemudagombak.com/v1/asalkan-bukan-isma/
Monday, April 22, 2013
HUJAH MENARIK UNTUK ISMA YANG SELALU MENFITNAH DAP.

Petang tadi saya di khabarkan oleh seorang teman
muslimat di Bangi bahawa orang kuat ISMA kempen maklumat kalau DAP
menang..negara malaysia akan jadi negara kristian..saya sahkan.,.berita tu
benar (tak guna saya bohong..saya belajar agama)..ditambah lagi dgn berita2
palsu ini di share geng isma di laman fb..fakta yang agak lucu dan
songsang..tapi sedap amik dan sebar..saya sediakan beberapa fakta berkenaan dengan
perkara ke 2 dan ke 3 dalam poster (POSTER 7 PERKARA YANG SAMA DIANTARA ISMA
& PERKASA
( link https://www.facebook.com/photo.php?fbid=528782183841360&set=a.498211783565067.131121.498199290232983&type=1&relevant_count=1 ) tu..menafikan berita songsang ini :
Hujah Pertama : DEKLARASI PAKATAN RAKYAT (Persefahaman Pakatan Rakyat yang menegakkan konsep dalam persamaan dan tidak memaksa dalam perbezaan. Secara bersama, permuafakatan Pakatan Rakyat telah mengisytiharkan resolusi ) :
1-Islam Agama Persekutuan dan memberikan hak yang adil kepada agamaagama lain untuk diamalkan di Malaysia.
2- Hak Istimewa Bumiputra dan melaksanakan hak yangdil kepada semua kaum
3-Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menerima hak bahasa ibunda berbagai
kaum.
4- Kedudukan Raja berperlembagaan (Ucapan Muktamar PAS 2012, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang)
Hujah kedua : Mengikut statistik dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini, penduduk Kristian merupakan 9.2% daripada jumlah penduduk di Malaysia. Ini bererti dari jumlah penduduk 28,334,135 orang di Malaysia, seramai 2,617,159 orang adalah penganut Kristian.- Daripada jumlah 2.6 juta orang Kristian di Malaysia, 710,447 orang tinggal di Semenanjung, sementara 853,726 orang tinggal di Sabah dan 1,052,986 orang menetap di Sarawak. Ini bererti bahawa majoriti orang Kristian di Malaysia (72.8%) tinggal di Sabah dan Sarawak, dan kebanyakannya adalah pengguna Bahasa Malaysia..dan 9 hingga 10 % tidak akan mampu dan MUSTAHIL menjadi penguasa negara kerana ia sangat minoriti dan juga memerlukan kuasa majoriti parlimen
Hujah ketiga :
1. Artikel 43 [1] (perlembagaan Malaysia) memberi kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang pada pertimbangan Baginda mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat.
2. Parlimen Malaysia (Dewan Rakyat) memiliki 222 kerusi yang mewakili seluruh Parlimen di setiap negeri di Malaysia. Berdasarkan mesyuarat dan persetujuan antara pimpinan Pakatan Rakyat, DAP hanya akan meletakkan calonnya untuk bertanding sekitar 46 - 50 kerusi Parlimen, manakala PAS dan PKR pula akan meletakkan calonnya masing-masing di 172 kerusi Parlimen yang lain yang mana majoriti mereka adalah ISLAM. Ini bermakna, jika PAKATAN RAKYAT menang di parlimen penguasaan majoriti kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) masih di pihak Melayu Islam yang mana majoriti anggota parlimen ISLAM iakan bersama mewajili keyakinan dipersembah kepada Sultan untuk perlantikkan Perdana Menteri Islam.
3. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan Ketua Menteri LIM GUAN ENG pada PRU 2008,peruntukkan untuk Hal Ehwal Islam bertambah dari 2009 hingga 2012 sebanyak 33.2 pada 2009, 38.9 pada 2010 . 45.7 pada 2011 dan 64 juta pada tahun 2012. Fakta ini menjelaskan mereka tidak anti Islam malah membantu perjalanan Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang. Berbeza dengan zaman pentadbiran sebelumnya hanya 25.7 juta pada tahun 2006
ADAKAH MUNASABAH LIM GUAN ENG DARI DAP BANTU HAL EHWAL ISLAM TAPI MAHU MENUBUHKAN NEGARA KRISTIAN, SEOLAH INI BERTENTANG DENGAN PERANAN DIA MEMBANTU ISLAM DI PULAU PINANG.
Hujah keempat :
1.Untuk mengatakan DAP akan memerintah dengan kristianisasi jika menang, DAP sebagai parti politik sekular langsung tidak menggunakan atau mempergunakan mana-mana agama dalam dasar politiknya. Tuduhan konspirasi ‘negara Kristian’ adalah fitnah semata-mata.
2.Kedudukan istimewa Melayu yang ternyata dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah dipersoalkan oleh DAP. Malah, DAP dengan tegas mempertahankan apa-apa hak yang termakbul dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, termasuk agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
Ada beberapa fakta lagi yg saya tak kemukakan..hasil kajian saya sendiri..tapi itu pun dah cukup..tak guna juga saya post kalau depa ni geng MALAS baca dan kaji..bukan pertahankan DAP, ini bukan wayang kulit..ini politik..jangan di perbodohkan hanya dengan semangat. kdg2 lucu dengan depa ni..bersemangat tapi, atas angin sja, Islam ajar kita adil dgn manusia.ABCD !
Terima kasih Musafir Haraki diatas hujah-hujah anda..

ABI
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=528908470495398&set=a.498211783565067.131121.498199290232983&type=1&relevant_count=1
Saturday, April 20, 2013
Presiden Isma seru umat Islam tolak PAS dan PKR yang dituduh sokong pluralisme dan liberalisme agama.
Beraninya ISMA buat tuduhan!! Apa buktinya buat tuduhan seberat ini? Sudah tabayyun?
ARKIB : 11/04/2013
Tolak parti sokong pluralisme
Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, perkara itu bagi memastikan agama Islam dan kaum Melayu yang menjadi teras kepada pembinaan negara ini dapat dipertahankan.
"Perkara ini perlu diberi perhatian oleh rakyat terutama pengundi-pengundi muda supaya tidak tersalah memilih kepimpinan negara yang sanggup menolak asas Islam dan Melayu semata-mata kerana kuasa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau mengulas deklarasi yang dikeluarkan Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz semalam yang menekankan adalah haram bagi umat Islam mengundi Pas dan PKR yang berpakat membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama selain Islam.
Sebelum ini, pemimpin kanan Pas dan PKR bersetuju dengan desakan DAP supaya kalimah Allah dibenarkan kepada penganut agama lain, sekali gus menimbulkan kemarahan umat Islam.
Sementara itu, Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI), Dr. Yusri Mohamad berkata, beliau tidak terkejut dengan deklarasi tersebut yang disifatkan manifestasi penentangan kumpulan ahli agama terhadap pendirian pemimpin Islam di dalam Pas dan PKR.
"Selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang, mereka akan terus terikut dengan rentak PKR dan DAP yang menunjukkan kecenderungan kepada pluralisme dan liberalisme agama," katanya.
Sehubungan itu, tambah beliau, rakyat perlu menolak pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan agama Islam terus dipertahankan manakala keharmonian agama dapat dijaga.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130411/px_15/Tolak-parti-sokong-pluralisme#ixzz2R0VjiXpi
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sunday, April 14, 2013
Jika anda percaya kaedah ISMA, orang lain yang anda pangkah, orang lain yang bakal meraih kemenangan!!
Apakah Pilihan Kita Itu Memang Pilihan Kita?
Beberapa orang melayu yang kurang biasa dengan makanan Jepun memasuki sebuah restaurant makanan Jepun untuk mencuba. Pelayan Japanese Restaurant itu datang dan memberikan menu makanan yang ada di restaurant berkenaan. Nama-nama makanan semuanya berbunyi jepun. Semua bunyi itu agak asing bagi pelanggan-pelanggan melayu berkenaan. ‘Sila pilih menu yang tuan-tuan mahukan’, kata pelayan.
Oleh kerana mereka tiada pengalaman merasai makanan jepun mereka kata ‘kami mahu menu yang sedap’. Pelayan itu pun mula membuat cadangan yang sedap pada pendapat beliau. Mereka pun setuju dan memesan makanan berdasarkan cadangan tersebut. Setelah makanan dihidangkan, para pelanggan melayu berkenaan mendapati ia tidak sedap seperti yang diharapkan. Kata mereka: ‘Ini tidak sedap! Kami minta yang sedap! Dah la harganya pula mahal, kita tertipu!’. Pelayan menjawab: “Saya berikan berdasarkan pilihan tuan-tuan. Saya tidak bersalah. Tuan-tuan telah membuat pilihan tadi tanpa sebarang paksaan”.

Kegagalan para pelanggan tadi memilih apa yang mereka benar-benar mahukan iaitu makanan yang sedap adalah disebabkan beberapa perkara. Antaranya, mungkin makanan yang sedap yang mengikut selera melayu mereka tidak wujud di restaurant berkenaan. Maka, walaupun hak memilih diberikan, namun pilihan mereka terbatas dan apa yang dihajati tidak wujud dalam senarai pemilihan. Ini juga berlaku dalam hidup kita di mana kita kadang-kala walaupun mempunyai ruangan memilih tetapi apa yang menjadi pilihan kita tiada dalam senarai yang boleh kita pilih. Ini telah membataskan kebebasan pemilihan yang ada. Sehingga seseorang mungkin terpaksa memilih yang terbaik antara yang buruk-buruk. Ini disebut dalam qawaid fiqhiyyah ‘ Yukhtar Ahwan al-Syarrain’ atau Akhaf al-Dararain iaitu dipilih keburukan ataupun kemudaratan yang paling ringan dibandingkan yang lain. Ertinya jika tiada pilihan kita disuruh memilih bahaya yang paling kurang dibandingkan yang lain.
Kedua, kebebasan pemilihan tidak memberikan apa-apa makna jika kita tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang kita pilih. Ini seperti kaki ‘tikam ekor’ yang sekalipun dia memilih nombor yang dia mahu, tetapi semuanya tidak berasaskan ilmu pengetahuan. Kejahilan! Ya kejahilan akan mensia-siakan kebebasan memilih sesuatu. Para pelanggan Japanese Restaurant tadi jahil tentang makanan Jepun. Sekalipun mereka diberikan peluang memilih, tetapi memilih dalam kejahilan. Oleh kerana mereka jahil, maka terpaksa bergantung kepada pihak lain yang belum tentu tahu apakah maksud ‘sedap’ yang sebenarnya menjadi hasrat mereka. Ataupun, mereka tertipu kerana mereka mudah ditipu sebab tidak tahu. Mereka terdedah untuk ditipu atas nama pilihan sendiri. Padahal pilihan mereka ditentukan oleh pihak lain disebabkan kegagalan ilmu untuk menentukan pilihan yang benar-benar dikehendaki.
Justeru, memberikan kebebasan memilih tetapi tidak memberikan ilmu mengenai pilihan yang ada hanya mensia-siakan hak pemilihan. Akhirnya, walaupun seseorang mempunyai hak memilih tetapi pilihannya ditentukan oleh pihak lain yang mengambil kesempatan atas kejahilan. Dalam kata lain, memberikan kebebasan memilih, tapi tidak diberikan ruang ilmu untuk mengetahui senarai pilihan dengan adil dan betul adalah satu penipuan.
Manusia hari ini banyak yang tertipu oleh iklan palsu. Dunia advertisement mempunyai seni yang tersendiri untuk mempengaruhi pelanggan sehingga mereka membeli apa yang bukan sebenarnya hasrat mereka. Media-massa demikian juga. Manusia akhirnya mempercayai apa yang bukan sebenarnya mereka patut percayai. Kedanggalan pengetahuan boleh diambil kesempatan oleh pihak lain untuk menipu pilihan seseorang.
Dalam pilihanraya, jika kebebasan memilih diberikan tetapi peluang untuk rakyat mengenali setiap calon dan parti secara adil tidak diberikan maka itu mensia-siakan hak memilih. Jika ada pihak yang menghalang rakyat mengetahui latar senarai pilihan secara adil dan saksama bererti pihak itu adalah penipu dan perosak kepada hak memilih yang sebenar rakyat.
Islam melarang kita mengikut ataupun memilih sesuatu tanpa ilmu yang cukup. Firman Allah: (maksudnya):

Al-Quran menyuruh untuk kita mendengar dari pelbagai maklumat dan mengikut yang terbaik. Inilah yang dipanggil Ulul Albab. (maksudnya)
Menipu dengan cara mengelirukan pemilihan orang lain adalah satu kesalahan. Penipuan bererti mengkaburkan pengetahuan pihak yang memilih sehingga dia memilih apa yang bukan pilihannya. Justeru itu suatu ketika, Rasulullah s.a.w melintasi satu bekas makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah. Baginda pun bersabda:
Kita impikan kerajaan dan pemimpin yang menjamin hak-hak rakyat memilih dengan cara yang adil dan saksama. Pemberian hak mengundi secara bebas tidak bermakna jika ruang mengetahui apa yang hendak dipilih secara adil tidak bebas dan diberikan secara yang adil juga. Keadilan media awam amatlah penting dalam proses pilihanraya yang adil. Jika tidak, kita memilih apa yang bukan pilihan kita kerana kita tertipu.
http://drmaza.com/home/?p=2379
Beberapa orang melayu yang kurang biasa dengan makanan Jepun memasuki sebuah restaurant makanan Jepun untuk mencuba. Pelayan Japanese Restaurant itu datang dan memberikan menu makanan yang ada di restaurant berkenaan. Nama-nama makanan semuanya berbunyi jepun. Semua bunyi itu agak asing bagi pelanggan-pelanggan melayu berkenaan. ‘Sila pilih menu yang tuan-tuan mahukan’, kata pelayan.
Oleh kerana mereka tiada pengalaman merasai makanan jepun mereka kata ‘kami mahu menu yang sedap’. Pelayan itu pun mula membuat cadangan yang sedap pada pendapat beliau. Mereka pun setuju dan memesan makanan berdasarkan cadangan tersebut. Setelah makanan dihidangkan, para pelanggan melayu berkenaan mendapati ia tidak sedap seperti yang diharapkan. Kata mereka: ‘Ini tidak sedap! Kami minta yang sedap! Dah la harganya pula mahal, kita tertipu!’. Pelayan menjawab: “Saya berikan berdasarkan pilihan tuan-tuan. Saya tidak bersalah. Tuan-tuan telah membuat pilihan tadi tanpa sebarang paksaan”.

Terhad
Saya mulakan sketch di atas sebagai gambaran bagaimana
manusia kemungkinan memilih apa yang bukan menjadi hasratnya sekalipun
dia diberikan kebebasan memilih. Hal ini juga dibincangkan oleh
ahli-ahli theology, falsafah dan kerohanian tentang sejauh manakah manusia benar-benar memilih apa yang dia benar-benar mahukan. Who decides? Do I choose for myself? Am I really free to decide? . Namun saya tidak mahu tenggelam dalam perbahasan mereka. Saya ingin membahaskan perkara ini dengan lebih simple terutamanya di musim pilihanraya ini.Kegagalan para pelanggan tadi memilih apa yang mereka benar-benar mahukan iaitu makanan yang sedap adalah disebabkan beberapa perkara. Antaranya, mungkin makanan yang sedap yang mengikut selera melayu mereka tidak wujud di restaurant berkenaan. Maka, walaupun hak memilih diberikan, namun pilihan mereka terbatas dan apa yang dihajati tidak wujud dalam senarai pemilihan. Ini juga berlaku dalam hidup kita di mana kita kadang-kala walaupun mempunyai ruangan memilih tetapi apa yang menjadi pilihan kita tiada dalam senarai yang boleh kita pilih. Ini telah membataskan kebebasan pemilihan yang ada. Sehingga seseorang mungkin terpaksa memilih yang terbaik antara yang buruk-buruk. Ini disebut dalam qawaid fiqhiyyah ‘ Yukhtar Ahwan al-Syarrain’ atau Akhaf al-Dararain iaitu dipilih keburukan ataupun kemudaratan yang paling ringan dibandingkan yang lain. Ertinya jika tiada pilihan kita disuruh memilih bahaya yang paling kurang dibandingkan yang lain.
Pengetahuan
Kedua, kebebasan pemilihan tidak memberikan apa-apa makna jika kita tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang kita pilih. Ini seperti kaki ‘tikam ekor’ yang sekalipun dia memilih nombor yang dia mahu, tetapi semuanya tidak berasaskan ilmu pengetahuan. Kejahilan! Ya kejahilan akan mensia-siakan kebebasan memilih sesuatu. Para pelanggan Japanese Restaurant tadi jahil tentang makanan Jepun. Sekalipun mereka diberikan peluang memilih, tetapi memilih dalam kejahilan. Oleh kerana mereka jahil, maka terpaksa bergantung kepada pihak lain yang belum tentu tahu apakah maksud ‘sedap’ yang sebenarnya menjadi hasrat mereka. Ataupun, mereka tertipu kerana mereka mudah ditipu sebab tidak tahu. Mereka terdedah untuk ditipu atas nama pilihan sendiri. Padahal pilihan mereka ditentukan oleh pihak lain disebabkan kegagalan ilmu untuk menentukan pilihan yang benar-benar dikehendaki.
Justeru, memberikan kebebasan memilih tetapi tidak memberikan ilmu mengenai pilihan yang ada hanya mensia-siakan hak pemilihan. Akhirnya, walaupun seseorang mempunyai hak memilih tetapi pilihannya ditentukan oleh pihak lain yang mengambil kesempatan atas kejahilan. Dalam kata lain, memberikan kebebasan memilih, tapi tidak diberikan ruang ilmu untuk mengetahui senarai pilihan dengan adil dan betul adalah satu penipuan.
Kesempatan
Manusia hari ini banyak yang tertipu oleh iklan palsu. Dunia advertisement mempunyai seni yang tersendiri untuk mempengaruhi pelanggan sehingga mereka membeli apa yang bukan sebenarnya hasrat mereka. Media-massa demikian juga. Manusia akhirnya mempercayai apa yang bukan sebenarnya mereka patut percayai. Kedanggalan pengetahuan boleh diambil kesempatan oleh pihak lain untuk menipu pilihan seseorang.
Dalam pilihanraya, jika kebebasan memilih diberikan tetapi peluang untuk rakyat mengenali setiap calon dan parti secara adil tidak diberikan maka itu mensia-siakan hak memilih. Jika ada pihak yang menghalang rakyat mengetahui latar senarai pilihan secara adil dan saksama bererti pihak itu adalah penipu dan perosak kepada hak memilih yang sebenar rakyat.
Islam melarang kita mengikut ataupun memilih sesuatu tanpa ilmu yang cukup. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).

Al-Quran menyuruh untuk kita mendengar dari pelbagai maklumat dan mengikut yang terbaik. Inilah yang dipanggil Ulul Albab. (maksudnya)
“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).Ertinya, untuk seseorang dapat menjadi insan yang baik dia hendaklah mendengar pelbagai maklumat kemudian mengikut yang terbaik dari apa yang didengari dan dipelajari. Jika ada pihak yang menghalang rakyat dari ruang mendapat maklumat yang seimbang, maka itu satu usaha untuk menyesat rakyat dari pilihan yang betul samada dalam pemikiran ataupun politik. Tariq Ramadan dalam The Quest For Meaning menyebut:
‘..any society that does not guarantee the conditions for survival and life of all, education for all and rule of law to defend individual freedom (in the handling of interpersonal relationships) is a society that fails to respect basic human rights. It deprives its members of their potential and their powers, and, at best, encourages their illusions as to the immensity of power offered by the virtuality of their will, their dreams and their imagination.’ (57-58. Penguin Books, UK).
Tertipu
Menipu dengan cara mengelirukan pemilihan orang lain adalah satu kesalahan. Penipuan bererti mengkaburkan pengetahuan pihak yang memilih sehingga dia memilih apa yang bukan pilihannya. Justeru itu suatu ketika, Rasulullah s.a.w melintasi satu bekas makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah. Baginda pun bersabda:
“Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?. Dia menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah!”. Baginda bersabda: “Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak?! Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku” (Riwayat Muslim).Jika dilihat dalam konteks pilihanraya, ramai yang menyembunyikan hakikat dan menzahir yang baik sehingga orang ramai tertipu. Mereka menyangka mereka membeli barangan yang baik, padahal itu sebenarnya buruk. Mereka sangka mereka undi pihak yang baik, sebenarnya mereka memilih yang buruk. Namun, kempen yang bohong telah merosakkan hasrat pemilihan mereka yang sebenar. Sesiapa yang terlibat dalam kempen yang sedemikian, dia bukan dalam pengikut umat Nabi s.a.w.
Kita impikan kerajaan dan pemimpin yang menjamin hak-hak rakyat memilih dengan cara yang adil dan saksama. Pemberian hak mengundi secara bebas tidak bermakna jika ruang mengetahui apa yang hendak dipilih secara adil tidak bebas dan diberikan secara yang adil juga. Keadilan media awam amatlah penting dalam proses pilihanraya yang adil. Jika tidak, kita memilih apa yang bukan pilihan kita kerana kita tertipu.
http://drmaza.com/home/?p=2379
Friday, April 12, 2013
Pandangan Ustaz Anhar Opir
CALON MUSLIM vs NON MUSLIM
1. Bahang Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 Malaysia yang bakal diadakan pada
bila-bila masa sahaja menjadi lebih hangat dengan isu calon muslim apabila
bertembung dengan calon non muslim di satu-satu kawasan. Sama ada di peringkat
Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat (Parlimen), terdapat pandangan
daripada satu kumpulan yang mengharamkan undi kepada non muslim. Adakah tepat istinbat
(kaedah keluar) hukum ini?
gambar hiasan
2. Kumpulan ini juga menegaskan bahawa hukum ini terpakai walaupun pertembungan
berlaku di antara calon muslim yang jahat dengan calon non muslim yang baik.
Kayu ukur mereka adalah agama, walaupun seseorang itu jahat dan zalim tetapi
jika beragama Islam maka kita wajib undi dan sokong kerana lebih ‘afdhal’
berbanding non muslim yang baik tadi. Selain itu mereka menganggap dengan
mengundi non muslim sehingga menyebabkan menang, ini membawa kepada wilayah
(kekuasaan) non muslim ke atas orang-orang Islam.
3. Mereka menyandarkan hukum ini kepada beberapa dalil ayat
al-Qur’an, antaranya firman Allah SWT dalam surah al-Nisaa’ ayat 141:
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
Maksudnya:
Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk
membinasakan orang-orang yang beriman.
4. Seringkali juga mereka bersandarkan firman Alah Azza wa
Jalla dalam surah Ali Imran ayat 28:
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ
دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَنْ يَفْعَلْ
ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ
إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ
Maksudnya:
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman
rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan
yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam
sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang
ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu).
5. Juga firman Allah SWT yang mempunyai sighah yang
sama dalam surah al-Nisaa’ ayat 144:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ
أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ
ۚ
Maksudnya: Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi
teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.
TELITI
DALAM ISTINBAT
6. Ayat-ayat ini secara
zahirnya melarang kita daripada mengambil non muslim sebagai kawan, penolong,
dan termasuk juga calon untuk diundi hingga menjadi ketua yang mempunyai kuasa.
Namun istinbat hukum haram mengundi calon non muslim
menerusi ayat ini memerlukan ketelitian dan penguasaan ilmu Usul al-Feqh. Ini kerana
tidak semua teks ayat al-Qur’an boleh kita bergantung kepada zahirnya sahaja,
bahkan terdapat ayat-ayat al-Qur’an pada dalalah (pendalilan) hukumnya adalah
mu’allalah (bersebab). Selain adakah ia bersifat mutlak kepada
semua non muslim atau muqaiyyad (terikat) untuk sebahagian daripada
mereka sahaja? Seterusnya adakah kita telah kumpulkan semua ayat al-Qur’an yang
berkaitan dengan non muslim sehingga kita boleh buat kesimpulan dan istinbat
hukum haram?
7. Mungkin kumpulan tadi terlupa atau tidak bertemu dengan
firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 8-9:
لَا
يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ
الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ
وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ
أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا
إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ
الْمُقْسِطِينَ . إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ
فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ
مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا
عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ
ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ
الظَّالِمُونَ.
Maksudnya:
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada
menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk
mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim.
8. Menerusi ayat ini,
Allah Azza wa Jalla telah membahagikan non muslim kepada dua kumpulan; pertama
adalah yang baik kepada orang-orang Islam, tidak memerangi dan mengusir muslimin
dari kediaman mereka. Manakala kumpulan kedua adalah yang memusuhi, ,memerangi
dan mengeluarkan orang-orang Islam dari rumah-rumah mereka. Kumpulan ini
seperti Musyrikin Mekah yang telah menyakiti dan menghalau nabi SAW dan umat
Islam. Inilah kumpulan yang kita tidak boleh berkawan dan mengundi mereka. Adapun
kumpulan yang pertama, kita tidak dilarang untuk berkawan dan mengundi mereka
berdasarkan dalalatu al-nas yang tidak perlukan sebarang ta’wil.
Maka ayat ini telah mengikat (qayd) mutlaknya ayat-ayat yang digunakan
oleh kumpulan yang mengharamkan undi kepada non muslim.
9. Di
samping itu, ayat yang melarang kita mengambil non muslim sebagai kawan rapat
serta penolong, illah (sebab) nya bukan semata-mata kufurnya mereka
kepada Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 1:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ
وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُمْ
مِنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَنْ تُؤْمِنُوا
بِاللَّهِ رَبِّكُمْ
Maksudnya: Wahai orang-orang
yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman
rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka dengan sebab hubungan baik dan
kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur
ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah
mengeluarkan Rasulullah (SAW) dan juga mengeluarkan kamu disebabkan kamu
beriman kepada Allah Tuhan kamu.
10. Ayat
ini telah menafsirkan ayat-ayat yang awal di atas, bahawa larangan Allah Azza wa
Jalla menjadikan non muslim sebagai kawan rapat dan penolong bukan hanya kerana
tidak berimannya mereka, tetapi juga bergabung dengan illah (sebab) lain
iaitu menghalau dan mengusir nabi SAW dan umat Islam daripada kediaman mereka
tanpa hak. Oleh itu, jika seorang non muslim hanya sekadar tidak beriman tanpa illah
(sebab) kedua iaitu menghalau, maka tiada larangan.
11. Ini
lebih jelas lagi dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 22:
لَا تَجِدُ قَوْمًا
يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
Maksudnya:
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan
rasulNya,
12. Daripada ayat ini menunjukkan
bahawa larangan berkawan dan menyokong non muslim adalah bagi yang menentang Islam.
Maka mafhumnya adalah sebaliknya iaitu tiada larangan bagi non muslim yang
tidak menentang Islam. Persoalannya ialah bagaimana pula dengan calon muslim
yang terang-terang menentang, mempersenda dan menolak Islam menerusi ucapan dan
tulisan meraka?
13. Mengetahui perbahasan
ayat-ayat di atas menjadikan kita faham dan memperhalusi maksud muwalat (penguasaan)
non muslim yang sebenarnya dilarang oleh Islam. Dengan kefahaman tersebut kita
terhindar daripada kesilapan memetik dan istinbat hukum hanya kerana baru
berjumpa dengan satu ayat al-Qur’an yang belum tentu dalalah
(pendalilan) nya qat’ie (putus dan pasti). Ia keliru dan mengelirukan!
14. Calon
yang menang dalam pilihanraya nanti bakal menjadi seorang wakil rakyat bukannya
khalifah, Imam atau ketua negara. Itu pun bukannya wakil kepada kesemua rakyat
tetapi hanya mewakili satu juzu’ daripada jumlah rakyat di seluruh negara
(kerusi Parlimen) atau negeri (kerusi DUN). Al-Qaradhawi menjelaskan:
Sesungguhnya al-niyabah
(perwakilan) ini merupakan wakil kepada sebahagian orang ramai dalam kawasan
tertentu, ia tidak dianggap dalam bab al-imarah (kepimpinan) dan al-wilayah (kekuasaan)
yang hadith melarang bersungguh-sungguh atau memintanya. Seorang wakil (rakyat)
bukannya ketua, menteri atau gabenor, tetapi dia mewakili kawasannya dalam dewan
yang berfungsi untuk menegur kepimpinan, penguasa dan para menteri. Oleh itu,
dia menegur bukannya yang ditegur. (al-Qaradhawi: Min Fiqh al-Daulah fi
al-Islam, Dar al-Syuruq, hlmn 194)
KUASA
TERHAD
15. Kuasa seorang wakil
rakyat di Malaysia terhad dan terbatas, dikawal dan terikat dengan
undang-undang serta perlembagaan negara. Apatah lagi ingin menyentuh sebarang
urusan yang berkaitan dengan agama Islam, perlu melepasi dan mendapat perkenan
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Majlis Raja-raja. Tambahan pula
jumlah non muslim tidak majoriti dalam DUN atau Parlimen. Dan pasti wakil-wakil
rakyat muslim akan bersuara dan berperanan mempertahankan. Melainkan jika
mereka hanya datang untuk tunjuk muka kepada ‘bos’ serta klim tambang hadir
persidangan semata-mata!
16. Tidak
mempunyai kuasa penuh dan terhad ini yang menyebabkan al-Mawardi (450H)
membenarkan ahli al-Zimmah boleh dilantik menjadi menteri yang hanya bersifat
membantu melaksanakan dan melicinkan kerja seorang ketua negara. Kata
al-Mawardi:
Harus
seorang menteri (tanfiz) itu daripada ahli a-Zimmah meskipun dia tidak boleh memegang
jawatan menteri tafwidh (mendapat kuasa). Perbezaan di antara kedua-dua
kementerian ini berdasarkan perbezaan dua kuasa, yang demikian itu dari empat
aspek; salah satunya ialah menteri tafwidh berkuasa untuk menentukan hukum dan
menghapuskan kezaliman, sedang ini tiada pada menteri tanfiz. (al-Mawardi:
al-Ahkam al-Sultaniyah, Dar al-Kutub al-Ilmiah, hlmn 28)
17. Menurut
al-Mawardi, menteri tanfiz (pelaksana) bidang kuasanya tertakluk kepada
arahan imam (ketua negara). Ini berbeza dengan menteri tafwidh yang
mendapat kuasa penuh untuk melakukan sebarang tindakan berdasarkan kehendak dan
pendapatnya. Abu Ya’la al-Farra’ (458H) juga menyokong pendapat ini, iaitu dalam
hal tiada kuasa penuh bahkan terbatas dan terhad, katanya:
Dan al-Kharqi menyebut sesuatu yang menunjukkan
bahawa harus seorang menteri tanfiz itu dalam kalangan ahli al-Zimmah, kerana
dia membenarkan pemberian satu juzu’ daripada zakat kepada mereka jika mereka
menjadi amil, lalu diberikan kepada mereka hak ke atas kerja mereka. Ini menunjukkan
hukum harus perlantikan mereka. (Abu Ya’la:
al-Ahkam al-Sultaniyah)
18. Hal ini tidak
bercanggah dengan pendapat Imam al-Haramain al-Juwaini (478H) yang tidak
membenarkan ahli al-Zimmah memegang jawatan menteri. Kerana yang dimaksudkan
oleh al-Juwaini adalah menteri yang mempunyai kuasa penuh dan bebas dalam
bertindak, serta berkaitan dengan syarat periwayatan dan persaksian, kerana
wakil rakyat di Malaysia
tidak begitu sifatnya. Al-Juwaini menyatakan:
Sesungguhnya kepercayaan perlu untuk dijaga, seorang zimmi itu tidak boleh
dipercayai dalam perbuatan dan kata-katanya, begitu juga gerak-gerinya.
Periwayatannya ditolak, demikian juga dengan persaksiannya ke atas orang-orang
Islam, jadi bagaimanakah diterima kata-katanya pada perkara yang bakal menjadi
sandaran dan rujukan imam (ketua negara) orang-orang Islam. (al-Juwaini: Ghiyath al-Umam fi al-Tiath al-Dzulam, Dar al-Dakwah,
hlmn 114)
19. Ini dalam hal melantik menteri, adapun wakil rakyat ia lebih
rendah darjatnya dan tidak sepenting jawatan menteri. Keadaan dan sistem yang
berbeza juga menyebabkan kita perlu menilai dan meneliti setiap perbezaan
ungkapan para ulama’. Yang salah bukan pandangan mereka, tetapi kita yang
sering silap menggunakan secara pukul rata untuk semua perkara sedangkan
konteksnya berbeza. Sistem pentadbiran negara Malaysia yang berasaskan demokrasi
berperlembagaan tidak sama dengan sistem khalifah pada kurun-kurun awal Islam. Walaupun
berkongsi istilah seumpama menteri dan kementerian, namun ia belum tentu sama
pada perlaksanaannya.
20. Selepas tiada teks dalil yang qat’ie (putus dan
pasti) melarang daripada mengundi calon non muslim dalam PRU, maka masolih
mursalah menjadi sandaran kepada keharusan hukum mengundi mereka. Ini
kerana kita tidak boleh menafikan kewujudan mereka di Malaysia yang mewakili hampir 40 peratus
daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia . Mereka akan mewakili
suara non muslim di dalam sidang DUN atau Parlimen. Maka maslahat dan
kepentingan wujud di sini untuk didengar pandangan serta tuntutan mereka guna
memelihara hak mereka yang dijamin oleh Islam sebagai kumpulan minoriti.
21. Jangan kerana
ingin menang mudah dalam PRU dan menafikan hak orang lain, dengan senang kita
meletakkan hukum haram mengundi calon non muslim. Tindakan ini bakal mematikan
keanjalan dan kesyumulan syari’at Islam sebagaimana para sahabat yang telah
menyebabkan kematian sahabat mereka sehingga ditegur oleh nabi SAW kerana
kesilapan memberi fatwa. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA katanya:
أَصَابَ رَجُلًا جُرْحٌ
في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه
وسلم ثُمَّ احْتَلَمَ فَأُمِرَ
بِالِاغْتِسَالِ فَاغْتَسَلَ فَمَاتَ فَبَلَغَ ذلك رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال قَتَلُوهُ قَتَلَهُمْ الله أَلَمْ يَكُنْ
شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالَ
Maksudnya: Seorang lelaki cedera pada zaman nabi SAW, kemudian bermimpi,
disuruh kepadanya mandi, lalu dia pun mandi dan meninggal dunia. Kisah itu
sampai ke pengetahuan nabi SAW lalu nabi bersabda: mereka telah membunuhnya,
Allah akan membunuh mereka. Bukankah ubat bagi orang yang tidak tahu adalah
bertanya. (Riwayat Abu Daud)
22. Kesimpulannya, tiada dalil qat’ie yang melarang untuk
mengundi calon non muslim dalam PRU di Malaysia. Ia termasuk dalam siasah
syar’iyah bagi pemerintah untuk membenarkan pencalonan mereka atas dasar
maslahat kumpulan minoriti. Wallahu a’lam.
Anhar
Opir
29 Rabi’
al-Akhir 1434H Sweileh, Amman
http://hjanhar.blogspot.com/2013/03/calon-muslim-vs-non-muslim.html
Subscribe to:
Posts (Atom)