Sunday, March 10, 2013

Apa kata ulama besar mengenai dakwaan tak boleh undi wakil rakyat non-Muslim?


Pendapat mana lebih kita yakini? Dato' Dr Siddiq Fadzil dan Sheikh Yusuf Qardhawi atau  Ustaz-ustaz ISMA..? 






"...Tahaluf siyasiy dalam konteks masyarakat majmuk yang mengamalkan demokrasi elektoral tentunya akan membawa kepada pembahasan isu pengangkatan calon bukan Islam sebagai wakil rakyat.

Dalam kaitan ini al-Shaykh Dr. Yusuf al-Qaradawiy mengatakan bahawa isu pengangkatan wakil rakyat tidak sampai dan tidak termasuk dalam bab imarah atau wilayah . Wakil rakyat bukan amir,  bukan  wazir  dan bukan juga wali . Ia hanya mewakili sejumlah warga di kawasan tertentu. Tugasnya hanya menyuarakan kepentingan rakyat yang diwakilinya, kalau pun ikut menggubal undang-undang, ia tidak melibatkan hukum-hakam agama yang dinaskan secara muhkam. (Al-Qaradawiy, Yusuf, 1999: 194-195).Seandainya pengangkatan mereka sebagai wakil rakyat akan berhujung dengan pelantikan mereka sebagai menteri sekalipun, ia tidak menjadi isu, kerana pada zaman tamadun Islam dahulu pun, para ulama mengharuskan pelantikan orang bukan Islam ( ahl al-dhimmah  sebagai menteri pelaksana ( wazir al-tanfidh ).

Sejarah mencatatkan ramai orang bukan Islam yang menjadi menteri dalam kerajaan Abbasiyah, dan tidak ada bantahan ulama terhadap mereka. Memberikan kepercayaan dengan tanggungjawabtertentu kepada orang bukan Islam yang memang boleh dipercaya tidak perlu dipermasalahkan. Jika lelaki Muslim boleh mengahwini wanita bukan Muslim kitabiyyah,  bukankah itu juga bererti mempercayakan tugas pengurusan rumahtangga dan tanggungjawab keibuan kepada orang bukan Islam?”…


- Siddiq Fadzil,   Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)

(Teks ucapan di Konvensyen Pencerdasan Rakyat, di DewanKompleks Belia dan kebudayaan, Shah Alam, pada 9hb.Mac 2013)

http://www.scribd.com/doc/129398412/Syarahan-Plurariti-Dan-PRU-13-Oleh-Dato-Dr-Siddiq-Fadzil-Sempena-Penganjuran-Konvensyen-Pencerdasan-Rakyat-Memimpin-Kesedaran-Rakyat-Memartabat-Ka