Friday, March 22, 2013

Beberapa persoalan terhadap penglibatan ISMA dalam PRU


Sunday, March 17, 2013

NGO ISMA - Setali Dua Kupang- dengan Umno & NGO Jati@Hassan Ali.





Raih Pahala dan Sebarkan !


by Wilhelmina -Political Editor.




Hiruk-pikuk pesta demokrasi yang akan menjelang tiba ini-PRU-13-,Berbagai isu dan polemik serta fitnah yang muncul di permukaan persada politik tanah air Malaysia ini.
Namun ada yang menarik perhatian saya untuk dibahas dan perlu diperbincangkan segera dengan penuh ukhuwah tanpa prejudis.Yaitu adanya sebuah NGO bernama ISMA-
Ikatan Muslimin Malaysia-  Malaysian Muslim Solidarity) yang akan meletakkan calon anggotanya bertanding pada PRU-13 ini-bertanding dengan tiket Parti Berjasa -sebuah parti serpihan PAS.

ISMA.jpg


Yang jadi persoalan kita  disini ada sesuatu yang mencurigakan maksud tujuan mereka meletakkan calon bertanding-
Pertama -Dengan mendabik dada mereka mendakwa bahwa calon2 mereka berintegritiserta berwibawa.?

 ISMA -mungkin boleh saja berkempen dengan mendakwa wakil -calon mereka berwibawa -Namun ISMA bukanlah sebuah organisasi kepartian tapi sebuah wadah persaudaraan muslim yang lebih kebangsaan-kemelayuan.

Juga anggota2nya belum pernah teruji dan terasah dengan perjuangan menentang  kezaliman UMNO/BN-Otomatik calon2 mereka tidak dikenali majoriti rakyat Malaysia-atau boleh digelar sebagai  'unknown'[1]

Juga  apakah Isma tidak memahami CALON DITENTUKAN OLEH PARTI DAN CALON TERIKAT DENGAN DASAR PARTI- Kita maklum Isma bertanding atas tiket Parti Berjasa-Disini timbul persoalan apakah ISMA telah mengubah haluan perjuangannya yang asal dan kini berpaksi-kan dengan perjuangan parti yang kecewa dan telah terlena panjang selepas keluar dari wadah perjuangan Parti PAS?

 Sesungguhnya  ISMA perlu fahami dalam sistem demokrasi Malaysia (dipanggil Westminster) calon-calon pilihanraya ditentukan oleh parti, bukan oleh rakyat marhaen. Tidak ada rakyat marhaen yang mengundi untuk menentukan siapa calon pilihanraya. Parti2 yang akan bermesyuarat dan mengeluarkan senarai calon.


Kedua -  Target mereka bertanding adalah kawasan2 Parlimen dan DUN yang calon2 adalah bukan Islam dari parti yang lain dari PAS dan UMNO.


Disini sangat jelas sandiwara ISMA-mereka bukan perjuangkan siyasah Islam hakiki tetapi lebih kepada 'kebangsaan-assabiyyah-kemelayuan-
Dasar politk Islam mana yang mereka banggakan.

Kebetulan Saya telah temui info ISMA ini -.wikipedia. Slogan Isma adalah"Membangun Umat Beragenda;
Melayu Sepakat, Islam Berdaulat " [2]

Tidak keterlaluan kita melabel ISMA ini sama siyasah perjuangan mereka -setali dua kupang- dengan Umno atau NGO Jati@Hassan Ali.
Sudah tentu undi yang Isma perolehi nanti akan menguntungkan parti2 komponen -Umno/BN dan merugikan Pakatan Rakyat

Sesungguhnya pengundi2-atau ahli2 totok Umno  yang mahu kekal mengundi BN akan tetap mengundi BN kerana melayu2 yg pro-Umno/ BN ini majoriti nya  tidak ambil peduli hal-ehwal berkaitan agama Islam.

Kita kena ingat, bahawa terdapat banyak pengundi hantu dan "pengundi warga asing" yang telah masuk dalam daftar pemilih. Maka, tidak mustahil ia mampu mengecilkan majoriti kemenangan calon2 PR. Kemungkinan PR cuma mampu mengekalkan kerusi2 mereka dengan majoriti ratusan undi sahaja.

Maka apabila ISMA membawa ratusan undi yang sepatutnya pergi ke PR itu kepada mereka, hasilnya yang akan menang adalah calon2 Barisan Nasional.

Dan info terbaru -NGO- Hizbuttahrir Malaysia -yang anggotanya 100% melayu-Islam -tidak akan ikut serta mengundi pada PRU-13.alasan mereka- Sistem Pilihan Raya Malaysia ini berlandaskan Demokrasi bukan Islamik.

Coba kita bayangkan-ahli2 mereka yang puluhan ribu diMalaysia ini-kita akan kehilangan suara majoriti -baik dari sudut nasionalisme apatah lagi secara Islam...MasyaAllah

Ketiga - Darimana ISMA mendapat Wang-modal dan biaya yang begitu besar dalam menghadapi PRU -13 ini?.

Pesta Demokrasi ini memerlukan kos yang tinggi serta tenaga yang mapan sebagai contoh;
Wang diperlukan untuk pencalonan dan deposit sekitar RM30.000 setiap Parlimen dan RM20000 untuk DUN-Anggaran kasar-sahaja-

Wang diperlukan untuk mencetak poster, banner, bunting dan bahan kempen yang lain.

Wang juga diperlukan untuk menjalankan kempen seperti dialog dan ceramah.

Wang diperlukan untuk membuka bilik2 gerakan seluruh kawasan Parlimen.

Wang diperlukan untuk belanja petugas2 parti untuk makan-minum dan minyak-transport- mereka. Hingga kos yang besar  diperlukan sepanjang pesta demokrasi tsb.. Dan ini hanya untuk satu Parlimen sahaja.

Diberitakan mereka akan meletakkan calon di 20 Parlimen atau lebih. belum lagi kerusi2 DUN- Coba Anda kalkulasi kan..!!!


Semua ini adalah bertujuan untuk kalah dan kemungkinan besar hilang deposit yang sebegitu banyak- Pelik bin Ajaib bukan???


Isma bertanding atas tiket parti Berjasa yg telah -layu sebelumberkembang-(teringat lagu lama Bob Tutupoli) dan calon yang dikategorikan'unknown' Tentu sudah pasti kalah, buat apa bertanding pilihanraya sebegini kalau hanya untuk kalah?Tidak keterlaluan kita menduga tujuan Isma adalah memecah undi  Pakatan Rakyat -Cuma dengan slogan Islam-Inilah yang dikatakan perjuangan menjual agama untuk politik!..Sangat jelas sekali.!

Khatimah,

Walaupun Isma berhujjah dan berdalih tentang Slogan Isma "Membangun Umat Beragenda; Melayu Sepakat,Islam Berdaulat "
Jelas sekali "motto" ISMA ini lebih kurang sama dengan slogan Umno hingga menimbulkan banyak spekulasi dan perbahasan dalam kalangan pejuang-pejuang, persatuan dan parti Islam terutamanya di Malaysia. Perkataan 'Melayu' di dalam slogan ISMA itu  ditafsir sebagai lambang perjuangan ISMA khusus kepada orang Melayu sahaja dan tidak bersifat universal kepada perjuangan Islam.

Itu soal mereka lah ! Yang kita persoalkan adalah agenda ISMA ini akan memecah-belahkan penyokong2 Melayu atau non Melayu-Islam secara tidak langsung-untuk mengundi calon2 Isma.



Para eksekutif2 dan elit2 ISMA perlu renungkan..Melayu dan Islam tetap bersatu dan tidak berpecah-belah di Malaysia- Yang secara kerasnya kita nyatakan -Melayu-Muslim tidak lagi mahu mengundi dan menyokong Umno/BN - Jadi alasan Isma untuk menyatukan umat Melayu-Muslim hanyalah sandiwara belaka-


Tujuan mereka dalah untuk Umno/BN kembali berkuasa..itusaja!


 Apatah lagi dengan agenda ISMA ini nantinya sekiranya umat Islam bergaduhan dan berbalah sesama sendiri di dalam melakukan pesta Demokrasi ini , maka terlebih lagi besar dosa dan seksanya. Rasulullah SAW bersabda,


“Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud]. 
[3]



SUMBER :

[1]  Malaysia Waves
[2] wikipedia.

[3] Ibid,

http://helmysyamza.blogspot.com/2013/03/ngo-isma-setali-dua-kupang-dengan-umno.html?zx=1597f8f725126320