Friday, March 1, 2013

Tengoklah gaya "Muslim Berwibawa" berhujjah menakutkan orang Melayu seperti kakak tua UMNO.

Sepatutnya semakin berwibawa, tetapi sebaliknya semakin hari semakin jelas menjadi kakak tua yang menjadi lidah propaganda UMNO.

Mana bukti:" .. janji PR (PAS+PKR+DAP) untuk melantik seorang kristian, Baru Bian menjadi Ketua Menteri Sarawak jika PR berkuasa di sana.."


Bercakap dengan bukti, jangan main sedap mulut saja. Baca balik tafsir  Surah Alhujurat:6.


Dan kecetekan dan kecelaruan kefahaman politik jelas terserlah apabila beliau menyangka  PRU13  bakal melibatkan DUN di Sarawak.  


Hari demi hari,  Allah serlahkan lagi kedangkalan dan kejahilan mereka. 


Sedih melihat anak buah terkial-kial mengikut rentak tari pemimpin sebegini.


---------------------------------




Mahu Malaysia menjadi sebuah negara KRISTIAN?

"Sesebuah negara boleh menjadi negara Kristian bukan semata-mata memerlukan majoriti negara tersebut menganut Kristian.

Lihat contoh Eriteria, Ethopia dll. Ia menjadi Kristian dengan ia diperintah oleh seorang kristian atau pemerintah didominasi oleh agenda Kristian.

Ia juga bukan berlaku sekelip mata, akan tetapi beransur-ansur didahului usaha mengkristiankan penduduk Islam terlebih dahulu sehingga mencapai bilangan yang munasabah, tanpa semestinya menjadi majoriti.

Dakyah Kristianisasi ini, yang berusaha mengkristiankan Umat kearah mengkristiankan negara inilah yang ditentang oleh ISMA termasuk janji PR (PAS+PKR+DAP) untuk melantik seorang kristian, Baru Bian menjadi Ketua Menteri Sarawak jika PR berkuasa di sana."

Ustaz Abdul Halim Abdullah
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

Pasti seorang Muslim tidak mahu Malaysia menjadi sebuah negara Kristian!

AYUH UNDI CALON MUSLIM BERWIBAWA
Arus Baru

----------------------------------