Sunday, March 24, 2013

Jangan 'perasan' dirimu Ghuraba'


Ada orang menggunakan hadis berikut untuk menegakkan pandangan songsang mereka.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". 

H.R. Muslim 


Menurut mereka, merekalah golongan ghuraba' kerana mereka membawa pandangan yang 'asing' bagi masyarakat Islam kini.

Sebenarnya, pandangan mereka bukan pandangan 'asing' kumpulan ghuraba', tetapi sebaliknya pandangan 'pelik'. Ia bertentangan dengan pandangan jumhur ulama gerakan Islam dunia dan ulama gerakan Islam di Malaysia.   Pandangan ini merupakan pandangan golongan yang tidak berijtihad mengikut kaedah-kaedah yang betul.

Pandangan mereka tidak mempunyai asas kukuh, tidak berpijak kepada realiti sistem politik negara, bakal memporak-peranda usaha gerakan-gerakan Islam yang cuba  membawa islah kepada sistem pemerintahan dan politik negara.

Jika  semua  pandangan minoriti yang menongkah arus boleh dianggap  sebagai ghuraba', maka   banyaklah kumpulan yang boleh mengaku diri mereka  ghuraba' dalam masyarakat kini, JATI, Sisters in Islam, UMNO, PERKASA, Syi'ah, golongan anti-hadis; semuanya mengaku mereka juga memperjuangkan Islam mengikut cara yang mereka fahami  bertentangan dengan pandangan umum ulama islam semasa. 

Maka adakah mereka juga Ghuraba'?

Oleh itu berhati-hatilah mendakwa pandangan yang pelik itu sebagai pandangan ghuraba' yang dimaksudkan oleh hadis di atas.